Peluang Bersama Shaklee, Semua Tentang Shaklee

Kenapa Bisnis MLM Banyak Di Cemooh Orang

Sebelum bergabung dengan Shaklee, saya pun mengganggap Shaklee MLM yang sama dengan MLM yang lain, yang hanya mengambil keuntungan dari sistem cari orang. Dan jika kita berada diatas kita tak perlu buat apa-apa. Ada juga yang mengatakan MLM ini hanya fokus pada berapa banyak ahli dan member sahaja, sedangkan produk tidak pernah dilihat sama sekali. Ada juga yang menyebut MLM ini selalu tayang duit sana sini berkepok-kepok dan juga asik tayang kereta mewah sebagai habuan. Dan tentunya ramai juga MLM yang gulung tikar kerana gagal memberi bonus kepada ahli-ahlinya. Banyak lagi perkara negatif yang selalu berlegar-legar kalau kita tanya kepada sesiapa sahaja apa itu MLM.

mlm 2

Apa itu MLM ?

MLM adalah singkatan dari perkataan Multi Level Marketing, secara mudahnya iaitu pemasaran secara bertingkat. Ianya juga dikenali dengan memasarkan suatu produk dan dalam masa yang sama juga membina rangkaian dan mengembangkannya. Kaedah MLM merupakan suatu kaedah yang mencapai tahap jualan yang tinggi dalam masa singkat.

MLM

 

Kenali MLM yang terlarang

Tapi ada sebahagian orang yang tak bertanggung jawab melakukan hal yang tak wajar dalam MLM, yang akhirnya mengakibatkan kerugian kepada orang lain. Contohnya sahaja MLM haram yang memasarkan produk haram seperti dadah ataupun pinjaman haram dan barang terlarang lainnya. Berhati-hatilah anda jika terserempak dengan MLM yang mencurigakan seperti ini. Kadang anda akan digimingkan dengan duit yang banyak tanpa harus buat apa-apa. Ada juga yang mensyaratkan anda untuk melaburkan duit yang banyak dan juga membuat pinjaman untuk dapat membeli pangkat atau pun kedudukan dalam MLM tersebut. Jangan cepat percaya dan selidiki dulu MLM seperti apakah yang anda sertai. Masih banyak MLM yang halal dan menjanjikan masa depan yang cerah kepada anda tanpa merugikan orang lain.

 

Bagaimana Dengan MLM Shaklee ?

Shaklee juga  mempunyai sistem seperti MLM, iantu bersifat jualan langsung, tapi  Shaklee ini berlainan kerana kita menjual atas produk dan lebih terfokus kepada produk. Keahlian Shaklee pun sangat murah dan terjangkau oleh sesiapa sahaja. Dalam Shaklee sesiapa sahaja boleh menjadi yang terpantas, itu mengikut kerajinan masing-masing. Contohnya sahaja, anda baru sahaja bergabung dengan Shaklee dan ternyata jualan anda lebih besar daripada upline anda, maka anda layak menerima bonus yang lebih besar dari upline anda, jika upline anda tiada ataupun sedikit mendapatkan jualan daripada anda. Sistem yang sangat adil bukan ?

Shaklee banyak mengeluarkan produk yang menambat hati customer dengan keberkesanannya dan juga manfaatnya kepada customer. Produk yang berkualiti dan juga selamat digunakan. Perlu anda tahu bahawa produk Shaklee ianya natural dan tanpa bahan kimia. Sesiapa sahaja pasti akan tertawan dengan keberkesanan produk Shaklee ini. Pasti anda tidak menyangka yang Shakleemelaburkan banyakwang untuk membuat kajian terhadapproduk-produk yang dikeluarkannya. Shaklee lebih mementingkan mutu dan juga hasil prosuk yang baik dan selamat untuk penggunanya.

 

shaklee is my job

 

Berdasarkan fakta-fakta yang ada, saya sangat menyukai sistem yang diamalkan oleh Shaklee ini, walaupun sistemnya pun termasuk kepada MLM, tapi tidak merugikan kepada ahlinya walaupun masih baru bergabung atau sudah lama. Kerana semua akan mendapatkan peluang yang sama rata, hanya kerajinan dan kepantasan sahaja yang membezakannya. Anda rajin ?? anda akan jadi pemenangnya.

Dalam bisnis Shaklee, pemasarannya tidak perlu harus menyusahkan kita. Anda boleh melakukan penjualan secara online mahupun  offline. Anda boleh menggunakan pelbagai medium untuk menjayakan usaha anda. Tentunya lebih ramai lagi ahli atau member aktif dibawah anda itu merupakan suatu bonus yang baik untuk anda. Tapi ahli yang aktif tentunya, kalau tak aktif ianya tidak memberi dampak apa-apa. Dalam sistem MLM Shaklee ini juga tidak perlu anda bersusah payah mengeluarkan modal untuk mencari duta ataupun model produk anda. Anda boleh menjadi duta sendiri untuk produk yang anda jual. Sangat menjimatkan dan tak perlu memeningkan kepala.

Kebanyakan ahli ataupun member Shaklee ini adalah dari pengguna produk sendiri. Mereka sudah merasakan kehebatan dan keberkasanan produk yang mereka gunakan. Hingga akhirnya timbul hasrat untuk mereka berkongsi tentang kebaikan produk kepada orang ramai. Anda tak perlu mengikuti kelas ataupun perjumapaan kesana kemari setiap kali. Cukup hanya dari meja disudut rumah anda, anda sudah pun boleh memulai perbincangan dengan group anda. Semua di hujung jari sahaja. Sangat mudah dan sederhana. Tentunya usaha dan semangat anda juga menjadi satu penyumbang kesuksesan anda untuk meraih masa depan yang gemilang. Semua usaha akan terbalas jika kita usahakan dengan sungguh-sungguh.

 

Nak Turut Serta Menjadi Sebahagian Dari MLM Shaklee

Peluang Jana Pendapatan Dari Rumah

Nak Jadi Ahli Shaklee

 

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya wassup ke 0176281787, Qaseh Firdaus

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

8 Comments

  1. Emyashura

    Memang bg saya so far shaklee byk membantu dr pelbagai segi. Perubahan hidup pun dpt dilihat. Sblm ni pnh buat mlm lain juga smpkan pnh buka stokis tp mcm byk rugi dr untung. Yg shaklee sgt puas hati. Paling best dpt mkn vitamin free

    Reply
  2. tengok “cara” diaorang promosi.

    tengok sistem marketing.

    tengok produk.

    kalau semua “dibenarkan” dan syariah compliance..

    go ahead dan teruskan.

    Itu aje kalau kita nak kaji sesuatu syarikat MLM sebelum kita sertai.

    Tapi majoriti orang kita..

    dia tak tengok sangat produk tu. dia tengok berapa komisen boleh dapat dulu..dan tengok untung dulu.

    yang lain, tolak tepi.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam