Umum

Peningkatan Jerebu Boleh Mengancam Kesihatan Anda

Sejak akhir-akhir ini Malaysia selalu dilanda jerebu, dan ianya membawa dampak besar kepada alam sekitar dan mengganggu aktiviti harian kita. Pencemaran udara yang tinggi tentunya akan menganggu kesihatan.

Apakah jerebu itu sebenarnya ?

Jerebu ialah suatu fenomena yang wujud disebabkan adanya partikel-pertikel kecil yang tak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin ada kerana faktor semulajadi atau disebabkan kesan sampingan aktiviti manusia. Apabila partikel-pertikel ini banyak bertompok dan berkumpul, ianya akan dapat menghalang pancaran sinar matahari ke bumi. Suasana jerebu dengan kadar bacaan IPU yang tinggi akan mempengaruhi jarak pandang.

 

FB_IMG_1441969666855
Jerebu di Kuala Lumpur

 

Penyebab Jerebu

Penyebab jerebu ini terjadi kerana pembakaran hutan terbuka, asap dari kilang-kilang dan juga termasuk asap kendaraan.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan.

Diantara bacaan IPU yang boleh anda ketahui

nilai IPU

0-50          berstatus baik

51-100       berstatus sederhana

101-200    berstatus tidak sihat

201-300   berstatus sangat tidak sihat

301-500   berstatus bahaya

 

Pastikan anda mengikuti perkembangan keadaan IPU setiap masa untuk memastikan anda boleh mengambil langkah pencegahan. Keadaan jerebu yang tidak sihat akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan, terutamanya kepada mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit-pesakit kronik, warga emas, kanak-kanak, perokok dan juga mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

 

jerebu di kuala lumpur

 

 

Kesan daripada Jerebu kepada kesihatan

Jika anda terdedah kepada jerebu, kemungkinan besar anda akan mengalami gatal-gatal dibahagian kerongkongan dan juga batuk. Sukar untuk bernafas ataupun akan mengalami sesak nafas. Mata pedih dan berair. Hidung akan berair atau pun kerap bersin. Kulit badan akan rasa gatal-gatal dan juga kadang akan terasa sakit dada. Jika anda mempunyai gejala-gejala tersebut, segeralah dapatkan rawatan doktor di klinik-klinik yang berdekatan. Agar anda akan dapat langkah-langkah pencegahan sesegera mungkin. Sebagai langkah pencegahan semasa jerebu, orang ramai dinasihatkan supaya meminimakan aktiviti luaran. Anda boleh melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan di dalam bangunan seperti di stadium dengan melakukan aktiviti seperti badminton, sukan futsal, dan juga skuash. Gunakan tangga berbanding lift ditempat kerja atau pun dimana-mana bangunan. Membuat kerja rumah seperti menyapu atau mop lantai rumah anda ataupun berjalan dengan membeli belah di pasaraya.

 

penutup hidung

 

Jangan lupa untuk meminum air yang mencukupi iaitu 2 liter sehari dan tidak merokok. Anda boleh mengaktifkan penghawa dingin dirumah jika ada. Aktiviti luaran boleh diteruskan jika bacaan IPU selamat dan tidak berbahaya bagi kesihatan anda. Tetap jaga kesihatan anda semasa berjerebu dengan membasuh muka dan membersihkan diri selepas berada di daerah berjerebu. Pastikan memakai mask atau topeng penutup hidung apabila berada diluar rumah. Jangan lupa untuk mengambil makanan tambahan seperti Vitamin C dan juga minuman seperti Performanced Drink agar badan anda sentiasa sihat dan segar semasa keadaan berjerebu ini.

 

Project Bebas Hutang

Peluang Menjana Pendapatan Dari Rumah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam