Ibu Menyusui

Puting Payudara Tenggelam

Dalam beberapa hari lepas, saya berborak dengan kawan-kawan seperjuangan tentang masalah penyusuan bayi. Ramai yang mengatakan agak mengalami kesukaran untuk menyusukan bayi kerana puting payudara tenggelam. Puting payudara seakan-akan tenggelam dan menyebabkan puting susu tidak kelihatan dan agak susah untuk menyusukan bayi. Jom kita bahas sedikit masalah ini hari ini. Apakah hal ini wajar ataukah perlu cara lain untuk menyusukan bayi ?

Kebanyakan wanita mempunyai puting payudara timbul. Tetapi, sebahagian kecil wanita mempunyai puting payudara yang tenggelam. Keadaan ini dipanggil inverted nipple. Sebutan ini bagi puting payudara yang tenggelam atau masuk kedalam dan juga datar. Inverted nipple ini bukan suatu kelainan melainkan hanya penyimpangan pada pola standart puting payudara  dari kebiasaan normalnya. Menurut para pakar, inverted nipple ini tidak semua berbahaya bahkan puting yang masuk ke dalam dan tenggelam ini lama kelamaan akan muncul keluar setelah seorang wanita bernikah dan aktif melakukan aktiviti seksual. Puting payudara dengan sendirinya akan keluar saat anda terangsang secara seksual dan ketika mulai menyusui.

 

Puting payudara tenggelam

 

Puting tenggelam dapat dirawat dengan memicitnya keluar semasa hamil ataupun dengan memakai coli yang mempunyai lobang bagi mengeluarkan puting payudara. Langkah ini dibuat bagi menyenangkan bayi untuk proses pelekatan semasa menyusu badan . Bagi ibu yagv mempunyai puting tenggelam kekal, mungkin akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan puting. Tetapi keadaan ini tidak akan menghalang anda untuk tetap menyusukan bayi, kerana mulut bayi melekat pada bahagian aerola iaitu bahagian hitam sekeliling puting payudara semasa menyusu dan bukan pada puting. Puting normal memudahkan pelekatan mulut bayi pada payudara.

 

puting payudara

 

Bagi para calon ibu, pada kehamilan trimester akhir boleh menarik keluar puting dengan cara memegang payudara tepat di ujung aerola dengan ibu jari dan telunjuk. Buat urutan lembut ke arah puting sampai puting keluar. Selepas melahirkan dan sesaat sebelum menyusui, lakukan tekanan atau hisapan manual untuk menonjolkan puting agar mudah dihisap oleh bayi. Anda perlu yakin bahawa anda pasti boleh melakukan penyusuan kepada bayi. Pastikan posisi lekapan betul dan bayi selesa dengan posisi tersebut. Untuk memastikan proses penyusuan berjalan lancar. Jika dengan tehnik ini tidak menjadi, anda boleh menghubungi pakar-pakar penyusuan bayi dan meminta saran ataupun pendapat mereka bagaimana mengatasi masalah yang anda alami.

 

Anda perlukan Set Tambah Susu ?

Bekerja Dari Rumah Dengan Pendapatan Yang Lumayan

Join Side Income

Nak Percutian Percuma Ke Bangkok

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam