Jalan-Jalan Lagi

Jalan Jalan Jakarta part 1

Tak terasa dah berlalu 17 hari kami sampai ke rumah. Perjalanan yang panjang dan melelahkan tapi banyak keseronokkan yang kami dapat. Kali ini saya akan ceritakan dan kongsi sedikit kisah kami anak beranak berjalan-jalan ke Jakarta pada awal bulan ini. Sudah agak lama kami sampai ke rumah, baru sekarang saya berkesempatan bercerita disini kerana banyaknya kerja yang harus disiapkan. Jadi agak lambat untuk update pasal trip kami kali ini. Walau bagaimanapun belum terlambat bagi saya untuk berkongsi dengan anda. Sekadar mengimbas kembali pertualangan kami semasa ke Jakarta tempo hari.

Kami ke Jakarta sebenarnya nak menghadiri sebuah perkawinan adik saya disana. Kali ini kami akan berada disana selama 12 hari. Dalam meraikan perkawinan adik, kami juga menyempatkan diri untuk berjalan-jalan disekitar Jakarta. Tepat pukul 4 waktu malaysia kami cek in di kaunter KLM. Sebaik sahaja memasukan bagasi dan semua barang kami terus menuju gate dan ke ruangan bording. Kali ini kakak Rania dan Adik Aira sangat teruja kerana boleh pergi bersama-sama. Kakak paling teruja kerana akan bertemu dengan nenek dan semua keluarga disana. Lihat sahaja gelagat kakak dan adik masa di ruang boarding, memang sangat teruja sekali.

20151001_133950

Penerbangan mengambil masa 3 jam dari KLIA ke airport Bandara Soekarno Hatta. Perjalanan yang panjang menurut saya, macam adik Aira tentu bosan dan tak senang duduk. Nasib baik ada video kat depan kerusi yang boleh menarik perhatian adik Aira. Macam kakak Rania duduk diam je sambil layan cerita Frozen yang disukainya. Tak terasa dah sampai di Jakarta. Kami merasa sangat teruja sekali masa sampai disana.

20151001_163031

Perjalanan kami sekitar 2 jam dari Bandara untuk sampai ke tempat kami beristirehat. Malam yang sangat panjang kali ini. Badan pun rasa letih je, sebab dari pagi kami dah mula bersiap-siap berangkat. Kemudahan di airport Jakarta ini cukup lengkap dan membantu kami yang sedang bermusafir. Hanya pada masa saya sampai, kami dengan 2 stoller dan kami tidak menemui keberadaan lift semasa hendak keluar. Dan masa tu kami harus menuruni tangga untuk keluar ke tempat pengambilan bagasi. Terpaksa mengangkat stoller dengan dibantu oleh hamba Allah yang kebetulan sedia membantu ketika itu. Mungkin lift ada berdekatan, hanya kami tidak tahu jalan menuju lift saat itu kerana terlalu ramai orang yang nak masuk ke laluan yang kami lalui.

jalan jalan Jakarta part 1

Dari pengamatan kami semasa masuk imegresen di airport Jakarta, begitu ramai pelancong yang mengunjungi Jakarta pada masa itu. Menambahkan lagi kemeriahan suasana di airport itu. Keadaan sangat padat dan masa cop pasport di kaunter pun agak lama. Tentunya Rania dan Aira sangat tak selesa dengan keadaan yang sebegitu. Adik Aira berlarian kesana kemari, menabahkan lagi suasana meriah ketika itu. Saya akan sambung entry ini untuk anda pada bahagian 2. Saya harap anda semua sudi mengikuti perkembangan entry saya ini. Memang seronok untuk berkongsi pengalaman kami dengan anda semasa kami di Jakarta. Banyak hal yang saya akan ceritakan kepada anda. Sampai bertemu pada entry Jalan-Jalan Jakarta Part 2 ya.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam