div id="fb-root">
Jalan-Jalan Lagi

Majelis Perkawinan Adat Sunda Si Bungsu

Kami sampai di Tangerang sekitar jam 9 malam. Seperti biasa ahli keluarga sudah menanti kami. Begitu teruja rasanya bersama orang-orang tersayang. Kali ini anggota keluarga ramai yang datang untuk meraikan hari bersejarah adik kami yang bungsu. Semoga dengan pertemuan ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan kami sesama ahli keluarga.

Keesokan hari nya Jumaat malam selepas sholat Isya, pernikahan akan dilangsungkan. Acara ijab kabul akan dilaksanakan di sebuah surau yang tak jauh dari rumah. Keluarga, jiran tetangga dan kenalan akan turut serta dalam majelis bersejarah itu.

Mejelis berjalan lancar dan alhamdulillah adik kami sudahpun rasmi menjadi seorang suami. Begitu saya dan khidmat acara pernikahan pada masa itu. Alhamdulillah ramai yang datang turut meraikannya bersama kami dan keluarga. Semoga kedua pengantin berbahgia hingga ke jannah. Menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah. Aamiin….

20151002_205932

 

Selepas acara ijab kabul diadakan doa selamat dan juga sedikit kenduri. Suasana penuh dengan kegembiraan dan kebersamaan. Keesokan hari akan diadakan acara kenduri bersanding dengan membawa acara adat perkawinan sunda. Kebetulan keluarga kami berdarah minangkabau dan kali ini kami mendapatkan ahli keluarga baru dari adat sunda. Tentunya sudah tak sabar rasanya nak mengetahui dan melihat sendiri bagaimana kah upacara perkawinan adat sunda di raikan.

 

IMG_20151017_101433
bagai pinang di belah dua, sama cantik sama padan

 

Inilah kedua mempelai segak dan cantik dengan pakaian adat sunda di kolaborasikan dengan dengan sunting minang. Kedua pengantin nampak berseri-seri dan berbahagia duduk di pelaminan. Didalam prosesi pernikahan adat sunda, ada beberapa hal yang harus kita fahami bersama kerana perkawinan atau pernikahan yang ada di di Indonesia khususnya adat sunda,memiliki arti yang sakral,baik penghormatan kepada Tuhan yang maha pencipta mahupun kepada kedua orang tua. Tentunya rangkaian prosesi ritual ini dilaksanakan setelah kedua pengantin resmi menjadi suami isteri.

 

20151003_110738
sungkeman

 

sungkeman
sungkeman

Bahagian pertama dalam prosesi adat sunda iaitu, Sembah sungkem. Sembah sungkem ini ialah kedua pengantin meminta doa restu kepada kedua orang tua. Diiringi dengan salawat nabi untuk menyampaikan salam dan salawat kita kepada Nabi Muhammad Saw. Urutan sembah sungkem ini diawalai oleh masing-masing  ibu  pengantin, kemudian bergantian kepada ibu mertua. Dilanjutkan  dengan sembah sungkem kepada masing-masing ayah dan kemudian bertukar tempat kepada ayah mertua.

selepas melakukan sembah sungkem, kedua pengantin diajak keluar rumah . Kemudian ibu mertua dari pengantin lelaki mengambil merpati jantan dan ibu dari mempelai wanita mengambil merpati betina yang sudah disiapkan. Kemudian merpati tersebut dilepaskan ke udara. Melepaskan merpati memberi makna iaitu mengucapkan selamat jalan kepada anak-anak mereka dan merestui serta merelakan pengantin untuk membina rumah tangga sendiri.

 

nyawer
saweran

Selepas itu adanya acara saweran, iaitu nasihat berupa tembang ataupun pantun sunda untuk kedua pengantin. Biasanya acara saweran ini adalah yang paling meriah kerana ibu mertua akan melemparkan beras kuning, dan juga uang logam dan juga gula-gula yang dilemparkan ke belakang pengantin dan disambut oleh orang banyak yang terdiri dari sanak saudara dan jiran tetangga.

 

20151003_112202
nginjek telor

Selepas itu acara “nginjak telor dan mencuci kaki”, acara ritual inimelambangkan keturunan.Bila dalam acara tersebut, telur yang diinjak pecah,pengantin akan segera memperoleh keturunan. Sementara mencuci kaki adalah menyucikan diri dari pelbagai hal yang negatif. Selepas itu ada acara memecahkan kendi yang mana kedua pengantin memecahkan kendi bersama. Maknanya agar harus ada saling kerjasama diantara suami dan isteri.

 

20151003_112418
memecahkan kendi bersama

Alhamdulillah acara berjalan lancar dan sukses. Terima kasih banyak kepada semua keluarga, sanak saudara serta  semua yang membantu dan bertungkus lumus hingga acara ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Selamat menempuh hidup baru kepada adik kami Indra Cipta Dan pasangan Nina Apriyanti, Semoga berbahagia hingga ke jannah dan dirahmati Allah serta dikaruniakan cahaya mata yang sholeh dan sholeha. Aamiin ya rabbalalamin.

 

20151003_114500
keluarga besar kami

 

IMG_20151016_160330
Rania dan aunti Jen bergambar bersama                                                    pengantin
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

5 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam