Jalan-Jalan Lagi

Mandi Manda Di Kolam Renang Cisereh

Masih dalam Jalan-jalan Jakarta, Pada perjalanan kami kali ini kami menyempatkan diri untuk bermandi-manda di salah satu kolam renang di daerah Cisereh, Tigaraksa Tangerang, Banten Indonesia. Lumayan besar kolam renang disini dan bersih. Masa kami datang tidak berapa ramai orang yang berenang disitu, mungkin kerana bukan hari cuti. Tapi seronok bila bermandi -manda dengan keluarga tiada ramai orang sangat jadi boleh la menikmati pemandian dengan air yang bersih. Ketika itu kami sampai pagi dan memang kolam tu bersih kerana baru dibersihkan. Rania dan Aira nampak ceria sekali kerana boleh bermain sesuka hati.

IMG_20151116_095907
Pintu masuk kolam

 

20151012_103321
Kolam untuk kanak-kanak

Nama kolam renang ini Situ Pancuran, ada sebuah pancuran besar disini. Pemandangan dikawasan kolam renang ini cukup mendamaikan. Di bahagian luar kolamada sebuah tasik, dan tasik itu selalu dimanfaatkan untuk beriadah seperti ada bot-bot yang berbentuk angsa dan juga berbentuk naga air. Kawasan disitu memang menarik dan mendamaikan. Dari cerita kawan-kawan disini, kolam renang ini akan dipenuhi orang pada musim percutian seperti selepas hari raya ataupun pada cuti sekolah. Memang keadaannya huru hara dan sesak. Ramai peniaga akan berjualan di sekitar pintu depan kolam renang yang berbentuk seperti food court.

 

IMG_20151116_095835
Tasik area permainan boat

 

kolam renang cisereh tigaraksa
Tasik area permainan air dan boat

Dibahagian luar kolam banyak di sediakan permainan air seperti naik boat atau pun permainan kanak-kanak. Disekitar tasik juga disediakan pondok-pondok untuk pengunjung beristirehat. Disamping disediakan pelbagai kemudahan lainnya. Tempat area parking pun luas dan boleh menampung banyak kendaraan. Gerai-gerai makanan juga disediakan disini. Pelbagai makanan traditional disediakan. Juga ada gerai kelengkapan untuk berenang seperti pelampung dan lain-lain.

IMG_20151116_100457
Tempat parking yang luas

Kolam disini pun banyak dan sangat sesuai untuk membawa keluarga mahupun kawan-kawan untuk aktifiti sukan renang. Ada kolam untuk dewasa, dan juga kanak-kanak. Yang paling penting air disini bersih dan kawasan area kolam renang pun besih dan teratur.

 

20151012_103158
kolam untuk dewasa

 

20151012_103900
gelongsor untuk dewasa

 

situ pancuran kolam renang
kolam untuk kanak-kanak

Bayaran masuk kesini Rp. 12,000 sahaja. Kalau dalam duit Malaysia dalam kurang lebih RM 4 sahaja. Sangat berbaloi-baloi dengan pengkhidmatan yang disediakan. Penjaga dan staff disini pun ramah dan bersopan santun kepada semua pelanggan yang datang. Mereka cekap dalam bertindak dan melihat keperluan pelanggan mereka. Semoga kami boleh singgah berenang lagi di tempat ini di kemudian hari. In Sha Allah…

IMG_20151110_140028
kolam untuk kanak-kanak

Mungkin banyak kolam renang yang lain di daerah Tangerang yang lebih cantik dan cukup fasilitasnya, namun bagi kami disini sudah cukup sempurna untuk anda membawa ahli keluarga beriadah dan juga bermandi manda bersama. Selain murah, kondisi air kolam disini cukup bersih dan memuaskan. Satu lagi yang tak kalah bagusnya, staff disinijuga prihatin kepada semua pengunjung. Mereka sentiasa memantau dari pusat tinjauan untuk mengawasi keselamatan pengunjung. Mereka bersopan santun dan juga ramah.

Contoh sahaja adik kembar ini Alena dan Alexa selalu datang kesini untuk bermain dan berenang. Orang tua mereka sangat berpuas hati dengan keadaan kolam dan persekitaran kolam yang bersih dan tenang. Anda boleh menikmati pemandangan yang asri sambil mengajak anggota keluarga beriadah. Anda boleh membawa bekal makanan kesini dan duduk di pondok-pondok yang sudah disediakan. Memang terasa macam piknik. Jika anda berpeluang datang ke daerah Banten, Indonesia singgah la kesini. Memang rugi kalau tak datang. Mudah-mudahan perkongsian saya kali ini bermanfaat untuk anda. Mudah-mudahan di masa akan datang kami sekeluarga berkesempatan untuk datang kesini lagi.

 

Lihat Edisi Perkawinan Adat Sunda Disini.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam