div id="fb-root">
Jalan-Jalan Lagi

Selamat Datang ke Zoo Ragunan ( Jalan Jalan Jakarta Part 2 )

Selepas kenduri perkawinan adik semalam, kami meneruskan perjalanan untuk berjalan-jalan ke sekitar tempat pelancongan area Jakarta. Kali ini kami memilih tempat yang berdekatan sahaja kerana kekangan masa dan juga jadual yang padat.

CYMERA_20151125_073710
Kebagusan City

 

kebagusan city 13
Kebagusan City

Kami menetap di Apartment  Kebagusan City. Tempatnya di area kebagusan dan tak jauh dari tempat-tempat menarik di Jakarta. Kebagusan City tempat yang menarik kerana anda berada dekat dengan pusat ibukota Jakarta. Siapa yang menyangka bahawa kebun binatang Ragunan hanya berada 15 minit sahaja dari Kebagusan City. Malah boleh sahaja untuk berjalan kaki kesini. Suasana perjalanan kesana pun cukup meriah dengan pepohonan yang rindang.

Kali ini kami melawati kebun binatang Ragunan. Banyak pelbagai spesies haiwan yang boleh kita lihat disini. Seperti harimau, gajah, ular, singa, jerapah, kancil, rusa, monyet, orang utan, buaya, zebra dan juga banyak lagi. Kanak-kanak tentunya sangat menyukai aktifiti ini. Mereka sangat riang gembira melihat betapa banyak haiwan di sini.

 

20151004_101112
Bergambar di depan pintu masuk Ragunan

Suasana disini begitu asri dan juga terdapat ramai penjaja yang berjualan di sekitar area kebun binatang ini. Para peniaga yang menjual baju pun ramai. Yang menarik disini, mereka memberikan minuman percuma kepada setiap pengunjung yang datang di depan pintu masuk. Tentu sahaja kami pun mendapatkan minuman percuma itu juga. Sebotol setiap seorang.

Tiket masuk ke dalam kebun binatang ini juga murah, hanya Rp. 6000/0rang  sahaja. Bersamaan dengan RM 2 kurang lebihnya. Murah sangat kan..? Suasana di kebun binatang ini sangat nyaman dengan banyak pepohonan. Pertama kali kami masuk berdekatan dengan kandang gajah. Ada beberapa gajah sedang bermain bola dan mandi. Kanak-kanak sangat suka melihat aksi gajah ini. Penuh sekeliling oleh pengunjung yang nak melihat aksi gajah itu.

20151004_104427
Adik Shakty Bergambar di depan kandang Gajah

 

Tidak jauh dari kandang gajah ada kandang kijang dan rusa. Begitu banyak rusa dan kijang disana. Berjalan-jalan di area kebun binatang ini cukup membuat anda mengeluarkan peluh, kerana anda akan dibawa berpusing ke semua kandang-kandang haiwan disini. Ada juga basikal dan semacam skate board yang disewakan disini untuk anda yang berminat. Harga untuk menyewa basikal tersebut dalam Rp 20.000, kalau tak silap saya. Rp. 20,000 tu dalam lingkungan  RM6. Dan ada juga kereta khusus untuk membawa anda mengelilingi kebun binatang ragunan ini. Ianya percuma sahaja.

 

20151004_103124
Burung Pelikan

 

Cantikkan burung kat gambar atas ini ? namanya burung pelikan, sangat cantik bila kita tengok dari dekat. Tinggi dan besar. Suasana dekat kandang burung pelikan ini sangat nyaman. Banyak pohon rindang. Tak jauh dari kandang burung ini ada kandang jerapah dan zebra. Kakak Rania dan adik Humairah sangat teruja nak tengok, jadi kami tak begitu lama di kandang burung pelikan. Jom kita lihat pulak kandang jerapah dan zebra.

 

20151004_105655
Jerapah

 

20151004_105917
Zebra

 

Semasa mngunjungi kandang ular, kami terserempak dengan aksi seorang wanita memegang seekor ular. Sungguh luar biasa wanita itu tak takut dan merasa nyaman memegang ular itu. Kamihanya berdiri agak jauh dari situ,kerana tak sanggup melihat aksinya. Kami ni takut ular sebenarnya. Banyak binatang lainnya di pamerkan di kandang itu, ada kura-kura, biawak, iguana dan juga buaya. Tempat itu sangat sesak dengan pengunjung yang ingin melihat binatang itu dari dekat.

 

20151004_115158
Ular Albino

 

Hari semakin petang, akhirnya kami sampai di kandang harimau dan juga singa. Kali ini kami tak nampak dengan jelas kerana harimau  berada jauh di bawah. Mungkin sedang tidur. Begitu juga dengan singa si raja rimba. Singa di ragunan ini lumayan besar dan panjang. Tapi sangat sayang tak boleh mengambil gambarnya kerana ianya jauh di bawah. Tiba saatnya kami untuk pulang kerana sudah petang dan cuaca pun berangin. Adik Humairah pun dah macam resah gelisah macam dah tak selesa. Esok in sha Allah kami akan berbagi cerita kembali bersama anda, kemana esok kita akan pergi ya…??? tunggu entry seterusnya yaa….

 

20151004_101232
Adik Humairah

 

Lihat Edisi mandi manda disini,

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam