Selepas kenduri perkawinan adik semalam, kami meneruskan perjalanan untuk berjalan-jalan ke sekitar tempat pelancongan area Jakarta. Kali ini kami memilih tempat yang berdekatan sahaja kerana kekangan masa dan juga jadual yang padat.

Kami menetap di Apartment Kebagusan City. Tempatnya di area kebagusan dan tak jauh dari tempat-tempat menarik di Jakarta. Kebagusan city ini terletak di daerah pasar minggu. Kebagusan City tempat yang menarik kerana anda berada dekat dengan pusat ibukota Jakarta. Kebetulan adik kami tinggal di apartement ini. Jadi senang kami mendapatkan bilik yang kosong disini. Apartement ini ramai didiami oleh penyewa. Ada yang menyewa secara harian ada juga secara bulanan. Wang sewa yang dikenakan pun sangat berbaloi, Bagi anda yang sekali sekala nak melancong ke Jakarta, apartement Kebagusan City merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Selain dekat dengan pusat bandar, anda pun senang nak bepergian kemana-mana. Sewa bilik disini pelbagai harga, seperti kami menyewa ruangan dengan 2 bilik hanya dengan rp. 500.000 semalam. Anggaran dalam lebih kurang dalam RM200. Sangat murah bukan ? Berbaloi daripada anda duduk di hotel, pastinya akan lebih mahal. Kali ini kami ada 2 bilik, 1 bilik untuk kanak-kanak dan 1 bilik dewasa. Sangat berbaloi untuk kami.

Awal pagi Rania dan adik Humairah sempat juga berenang sebelum memulai perjalanan kami bersia-siar di sekitar Jakarta. Menenangkan minda dengan berenang elok juga bagi kanak-kanak ini. Sungguh bergembira sekali mereka berenang bersama aunti dan papa.
Sekadar sejam lebih kami bersiap untuk bersarapan pagi. Kali ini makan pagi dengan nasi uduk. Nasi uduk adalah makanan khas di Jakarta, seperti nasi lemak tetapi isi di dalam nasi uduk ni agak berbeza. Ada isi tempe, bihun goreng dan kerupuk juga ayam. Tempat untuk bersarapan pun tak jauh dari kawasan apartement.
Kami menyarankan kepada anda yang berhajat nak berjalan-jalan ke Jakarta, boleh la anda untuk menyewa disini. Memang memudahkan dan juga jimat wang anda. Juga terdapat banyak tempat parking dan anda tak perlu risau dengan susah nak mencari tempat parking. Berbeza dengan tempat lain yang teramat susah nak mencari tempat parking.

Saatnya kami untuk bertolak ke destinasi seterusnya. Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang mungkin suatu hari nanti akan melawat Jakarta.












