Aneka Resepi Uni

Ayam Masak Lemak Chili Padi

Dah lama rasanya tak masak ayam masak lemak chili padi. Dah tiba pulak masanya tekak ni nak makan ayam masak lemak chili padi ni. Kali ini kan musim cuti, jadi kebanyakan ahli keluarga datang dan bertandang ke rumah. Bagus juga kan kalau kita masak-masak dan sama-sama meraikan kebersamaan. Dengan begitu hubungan kekeluargaan akan terbina dengan erat.

Ayam masak lemak chili padi
Ayam masak lemak chili padi

Masak lemak chili padi ni sangat sederhana dan ringkas. Bahan-bahannya pun senang sahaja untuk di dapatkan. Anda boleh menyajikan hidangan yang simple pada makan tengah hari dengan rasanya yang berbeza dari biasanya. Bahan-bahan yang boleh di dapati di belakang rumah anda, tentunya bagi anda yang mempunyai kebun, bahan -bahan masak lemak chili pada ini pastinya ada anda tanam.

Tanpa menunggu masa lama, jom kita mulakan memasak ayam masak lemak chili padi ini. Diantara bahan-bahan yang perlu anda sediakan iaitu;

  • Ayam
  • Santan
  • Bumbu giling, diantaranya kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, Chili padi.
  • Daun limau, daun kunyit, serai.
  • Garam dan penyedap rasa secukupnya.

 

Bumbu Giling Ayam masak chili padi
Bumbu yang perlu disiapkan

Pertama sekali anda perlu menyediakan daging ayam untuk masakan ayam masak lemak chili padi ini. Kebiasaannya kita sangat takut kalau ayam berbau dan hanyir bukan ? Nah untuk menghilangkan rasa hanyir ayam itu, kita boleh cuci ayam dengan tepung, caranya sapukan semua ayam dengan tepung selepas itu cuci bersih. Cara ini boleh tolong anda untuk hilangkan bau hanyir pada ayam.

Ayam segar
Ayam segar

Selanjutnya setelah ayam dibersihkan. Kita siapkan bumbu yang dihaluskan. Seperti kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih dan sedikit chili padi. Anda masukan santan dan juga bumbu yang telah dihaluskan ke dalam kuali. Setelah itu kacau perlahan agar santan tak pecah. Masukan daun limau, serai dan daun kunyit. Kacau sampai mendidih santannya. Selepas santan mendidih baru lah anda masukan ayam. Masukan sedikit garam dan penyedap rasa. Untuk kelihatan lebih cantik, anda boleh masukan chili padi dalam 4 atau 5 biji sebagai hiasan sahaja. Masak sehingga ayam empuk dan siap dihidangkan. Sangat mudah dan menyihatkan.

Sekarang anda boleh cuba sendiri resepi ini. Usahakan memakai kunyit hidup agar rasanya lebih sedap dan warna masakan anda lebih menarik.

Mudah-mudahan perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba..

Ayam masak lemak chili padi
Ayam masak lemak chili padi

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam