Jalan-Jalan Lagi

Cuci Mata Ke Big Bad Wolf Mines

Agak terlambat saya berkongsi pengalaman kami sekeluarga berjalan-jalan ke Big Bad Wolf tempoh hari. Suasana yang amat menarik dan juga mengujakan untuk kami sekeluarga. Banyak buku dalam satu ruangan yang besar.  Lama nak datang ke pesta buku ini, tapi kerana kesibukan jadi agak terlambat untuk datang. Tapi tak mengapa biar lambat  asalkan datang kan ? Yang sangat teruja kali ini adalah saya, kerana berharap banyak dapat buku menarik untuk perkongsian setiap harinya.

Big Bad Wolf Mines
Big Bad Wolf 2015

Big bad wolf ini diadakan di MIECC @The Mines sri kembangan, dan berlangsung 24 jam sehari mulai dari 7 pagi 4 desember sampai 11.59 malam 14 desember 2015. Pelbagai macam jenis buku boleh anda dapatkan. Sebahagian besar buku yang ada berbahasa inggeris. Tentunya buku-buku disana harga nya sangat murah dan berkualiti. Banyak buku untuk kanak-kanak juga. Rania dan Aira turut sama dalam memilih buku. Begitu seronok bila anda membawa seisi keluarga kerana banyak buku boleh anda dapatkan. Dari masakan, gaya hidup, novel, dan juga lain-lain.

Dalam kesempatan ini kami turut melihat ada banyak pelbagai aktiviti yang diadakan di Big Bad Wolf ini seperti cabutan bertuah dan juga teka soalan. Memang meriah acara pada hari kami datang itu. Lumayan kan kalau dapat menjawab soalan, anda akan dapat sebuah goodies sebagai hadiah.

Bbw mines
Suasana meriah di Pesta buku Big Bad Wolf 2015

Tak rugi datang kali ini kerana banyak buku yang menarik perhatian Rania dan Aira. Walaupun kami datang pada hari terakhir promosi. Tapi sekurang-kurangnya kami berkesempatan untuk dapat membeli buku di Big Bad Wolf ini. Mudah-mudahan pada tahun hadapan kami akan berkesempatan lagi untuk datang. Aamiin…

Big Bad Wolf Sri kembangan
Rania rambang mata nak memilih yang mana

 

Big Bad Wolf
Aira sempat bergambar di hadapan pintu masuk BBW

Inilah hasil tangkapan yang berjaya di bawa pulang, kesemuanya buku untuk Aira dan Rania. Saya dan suami tak  berapa banyak mendapatkan tangkapan kerana sebahagian buku kesukaan telah habis dan kami terlewat untuk dapatkannya. Semoga tahun depan dapat kembali datang memeriahkan pesta buku ini.

buku-buku kanak-kanak
Buku yang berjaya di bawa pulang kali ini

Lihat disini Cara masak Ayam masak lemak chili padi

Jom jana pendapatan dari rumah

Nak atasi kencing manis

Nak bebas dari jerawat dan jeragat

 

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam