div id="fb-root">
Nutrisi Kanak-kanak

Teknik Penjagaan Kesihatan Si Manja Yang Ibubapa Patut Buat

Sebagai ibu bapa, kita tentunya akan risau jika anak-anak tidak sihat dan tidak bergembira dalam kesehariannya. Pelbagai cara tentunya akan anda lakukan agar simanja kembali ceria. Peranan kita sebagai ibu bapa sangat penting dalam setiap tindak tanduk anak setiap masa. Bagi sesetangah ibu bapa yang sibuk bekerja, mungkin tiada masa untuk memperhatikan gelagat anak yang tak biasanya. Kerana barangkali setiap hari anak akan di hantar kepada pengasuh dan malam atau petang harinya baru berjumpa anak. Atau anak bersama pengasuh dirumah.

Ramai dari kanak-kanak mengalami kesihatan yang tak berapa baik seperti demam, batuk, selsema bahkan sembelit dalam masa lama dan tak kunjung sembuh. Simptom-simptom ini seringkali melanda kanak-kanak. Dengan persekitaran dan pemakanan mereka, kanak-kanak terdedah dengan masalah kesihatan. Disini lah peranan kita sebagai ibu bapa untuk dapat memastikan anak-anak mendapatkan nutrisi dan vitamin yang cukup untuk menunjang kesihatan yang baik untuk mereka. Dan tentunya juga memastikan persekitaran yang aman dan bersih.

20141102_152111
gambar hiasan

Biasakan anak-anak anda mandi awal pagi dan membersihkan diri mereka. Mandi adalah rutinitas yang penting dan sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang sentiasa bangun awal pagi dan mandi akan lebih ceria dan sihat daripada kanak-kanak yang jarang mandi. Mereka akan berselera nak bersarapan dan sangat ceria. Jadi biasakan anak-anak anda mandi pagi.

Bersarapan dan minum susu. Bersarapan dan minum susu ini sangat penting untuk kanak-kanak agar mereka bertenaga dan lebih fokus dalam pelajaran di sekolah. Selain itu bersarapan juga penting agar tubuh mereka mendapatkan nutrisi yang seimbang.

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Memakan sayur atau buah setiap hari sangat penting untuk kanak-kanak agar mereka terbebas dari sembelit dan juga berat badan berlebihan. Biasakan menyelitkan hidangan buah atau sayuran kepada mereka sebagai snack. Kanak-kanak yang kurang mengambil sayur atau buah akan lebih terdedah kepada sembelit dan susah nak membuang air besar. Jika mereka susah nak menelannya. Variasikannya dengan membuat jus buah kesukaan mereka. Tentunya minum jus buah lebih mereka gemari dan lebih banyak buah yang mereka dapat makan setiap hari.

IMG_20150910_143501
Meal shakes kaya serat

Biasakan meminum air masak lebih setiap hari. Untuk kanak-kanak memang kadang susah bagi ibu bapa membiasakan mereka dengan minum air masak. Mereka lebih suka minum air manis dan minuman berkarbonat. Jika hal ini terjadi, anda perlu mengambil langkah bijak. Anda boleh mengambil langkah seperti membelikan botol air yang baru dan comel dengan tokoh kartun ataupun tokoh hero yang mereka gemari. Atau belikan mereka cawan-cawan dengan gambar dan patern kesukaan mereka. Mudah-mudahan dengan memberikan botol minuman atau cawan cantik, mereka mahu meminum air masak lebih dari biasanya.

Tidur dan rehat yang cukup setiap hari. Anda harus membatasi masa bermain anak-anak. Berikan mereka masa untuk bermain dan juga masa untuk beristirehat. Dengan begitu mereka akan sentiasa bugar dan ceria serta belajar berdisiplin setiap hari. Amalan ini akan membuat mereka terbiasa melakukan nya setiap hari. Ada masa belajar, bermain, menonton televisien, dan juga masa tidur.

Jangan berikan gadget kepada mereka di setiap masa. Pastikan anak-anak anda bermain gadget hanya pada masa tertentu sahaja. Contohnya pada hari cuti sahaja dengan batas masa yang tak begitu lama. Kanak-kanak yang sentiasa dibebaskan dengan gadget akan membuat mereka ketagih dan tak melakukan rutinitas harian dengan baik. Mereka akan lalai dan akan menjadi malas. Kita sebagai ibu bapa harus sentiasa memperhatikan kanak-kanak agar mereka tidak bermain gadget pada masa yang tak ditentukan.

IMG_20151122_112553
Vitamin untuk kanak-kanak

Berikan vitamin dan makanan yang sesuai dengan pertumbuhan dan perkembangan anak-anak anda. Adalah penting untuk anda memberikan makanan tambahan untuk kanak-kanak agar keperluan nutrisi harian mereka terpenuhi. Contohnya sahaja anda memberikan Vitalea for children yang sangat kaya akan vitamin dan mineral agar anak-anak tumbuh besar dengan pintar dan sihat. Juga amalan mengambil Meal shakes setiap awal pagi boleh membantu anak-anak anda ceria dan bebas dari sembelit. Meal shakes sangat baik diamalkan untuk mereka yang kurang mengambil serat seperti sayur dan buah-buahan. Anda boleh memberikan Meal shakes kepada mereka dengan mencampurkannya dengan susu mereka setiap pagi.

Untuk pertumbuhan dan perkembangan minda yang cergas dan cerdas, anda boleh memberikan sebiji Omega Guard untuk mereka di masa petang. Kandungan Omega Guard sangat baik untuk simanja anda. Kaya dengan DHA yang bantu anak anda memiliki minda yang cerdas dan kuat ingatannya. Juga baik untuk kesihatan jantung dan juga elak masalah asthma. Daripada anda memberikan gula-gula kepada kanak-kanak, ada baiknya anda bersedia dengan Chewable vita c di rumah. Berikan sebiji chewable agar sistem imun mereka baik dan jauh dari jangkitan kuman.

20151024_144022
Minum Meal Shakes elak sembelit

Luangkan masa bersama anak-anak anda. Ambik masa untuk anda bersama mereka untuk meraikan setiap detik anda dengan mereka. Masa bersama ibu bapa sangat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak agar mereka memiiki kepercayaan diri yang kuat dan merasa dihargai dan di sayangi. Buat aktifiti bersama di masa kelapangan angar hubungan anda dan anak-anak semkain erat dan mesra.

Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan yang terbaik untuk anak-anak, agar pertumbuhan dan perkembangan mereka baik dan terjamin. Jangan kedekut ataupun pelit untuk mengeluarkan sedikit wang untuk kebaikan anak anda. Anak yang sihat dan ceria tentunya idaman semua ibu bapa. Jadi buatlah perancangan terbaik untuk anak-anak anda.

Dapatkan set kanak-kanak cerdas dan cergas disini.

Jika anda berada di kawasan area batangkali, rasa, bukit beruntung, kuala kubu bharu, ulu yam, gohtong jaya dan genting highland. Anda boleh mendapatkan set kanak-kanak ini terus dari kami. Kami akan buat Cash On Delivery kepada anda. Dan menghantar barang yang anda pesan terus kepada anda. Sangat menjimatkan masa anda dan lebih praktis. Hubungi kami untuk pesanan segera.

Hubungi kami di sms atau whatsapp 0176281787, qaseh firdaus

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

10 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam