Aneka Resepi Uni

Ayam Masak Bali Resepi Istimewa

Setiap hari pastinya saya akan bingung dan tak tahu nak masak apa. Selalu bertanya kepada cik abang dan anak-anak. “Makan apa kita hari ini”..? Tentunya masakan sehari-sehari kalau asik itu sahaja akan menjadi bosan dan tak berselera. Oleh itu kali ini saya ternampak seorang kawan memuat naik gambar sepinggan masakan ayam yang nampak sedap dan menyelerakan.

Tanpa pikir panjang saya bertanya pada kawan yang post gambar tu dan meminta resepi darinya. Tanpa tunggu lama, akhirnya hari itu juga Ayam bali pun siap dihidangkan. Hasilnya sangat sedap dan buat anak-anak ceria. Rasa yang agak lain dan unik. Ada manis-manis sikit dan juga ada pedas. Tentunya anda pun dah tak sabar nak tahu apa sahaja resepi Ayam masak bali ini kan ? Tanpa menunggu lama, jom kita mulai resepi kita minggu ini.

 

Anda perlu mendapatkan ayam yang segar dan baru, agar rasanya sedap dan tak keras. Jom kita senaraikan barang apa yang perlu kita sediakan.

 

Bahan-bahan

Ayam

Ayam segar
Ayam segar

 

 

 

 

 

 

 

 

Daun kari, Serai dan Chili Padi (jika anda nak rasa agak unik)

Daun kari dan serai
Daun kari dan serai

Bumbu Halus

  • chili kering
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
Sambal bali
Bumbu halus

Garam

Kicap manis

Perasa

Gula pasir

 

Pertama sekali anda perlu menggorang ayam seperti biasa. Ayam digoreng dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sampai masak dan angkat.

Ayam Goreng
Ayam Goreng

Selepas itu anda boleh goreng daun kari beserta serai dahulu. Selepas naik bau, anda boleh masukan bumbu yang dihaluskan tadi. Tumis sampai naik minyak dan selepas dah naik minyak anda boleh tambah kan garam,gula dan kicap manis.Aduk rata dan masukan ayam yang sudah di goreng tadi. Ayam Bali anda pun sudah siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas memang sedap. Cara yang sangat ringkas dan mudah bukan ? tentunya anda boleh menjimatkan masa untuk memasak ayam bali ini. Mudah-mudahan resepi ini bermanfaat bagi anda. Selamat mencuba.

ayam masak bali
Ayam Masak Bali

 

Saya Nak masak Ayam Masak Lemak

Nak resepi Apam Beras

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

10 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam