Petua Dan Tips

5 Panduan Penyediaan Makanan Yang Selamat Dan Sihat

Bakteria boleh menyebar dengan cepat melalui tanah, air, haiwan, mahupun manusia. Tangan yang kotor, atau papan pemotong di dapur juga boleh membawa bakteria penyebab penyakit bagi kita. Banyak kes keracunan makanan yang terjadi adalah disebabkan oleh faktor makanan yang telah tercemar. Bagi mengelakkan kes keracunanan makanan terjadi kepada kanak-kanak dan juga ahli keluarga yang lain, anda boleh mengamalkan 5 panduan penyediaan makanan yang selamat dan sihat dibawah ini.

 

dapur mama

 

  1. Jaga kebersihan

Penjagaan kebersihan diri dan juga keadaan sekitar sangat penting. Selalu mencuci tangan ketika hendak makan, selepas dari bilik air atau hendak memegang makanan. Ajarkan kanak-kanak sedari kecil untuk membiasakan diri membasuh tangan sebelum makan dan juga selepas dari bilik air. Bahkan ibu-ibu yang ingin memasak hendaklah membasuh tangan terlebih dahulu. Kebersihan pinggan mangkuk dan juga peralatan masak di dapur juga harus dititik beratkan agar terhindar dari pelbagai kotoran dan juga bakteria.

 

2. Pengasingan makanan mentah dan sudah di masak

Simpan dan asingkan makanan yang sudah dimasak dan makanan yang masih mentah ditempat yang berlainan. Contohnya seperti ayam, daging, ikan yang masih mentah jangan sampai bersentuhan dengan makanan yang sudah dimasak agar tidak berlaku pencemaran silang daripada bahan-bahan mentah ke makanan yang sudah dimasak. Anda juga perlu mengasingkan penggunan perkakas dapur seperti pisau dan papan pemotong untuk menyediakan makanan yang mentah. Pastikan papan pemotong untuk sayur dan makanan mentah seperti ayam dan daging adalah berlainan.

 

3. Masak Dengan Cara Yang Betul

Apabila anda memasak, pastikan semua masakan dimasak dengan sempurna terutama bagi masakan daging, ayam, telur, ikan dan juga masakan laut lainnya. Agar tidak ada perkembangbiakan bakteria di dalamnya. Suhu didih makanan bersup atau rebus hendaklah 70 darjah celcius. Apabila anda hendak memakan semula makanan,  hendaklah anda memanaskannya kembali.

 

4. Simpan Makanan Pada Suhu Yang Selamat

Jangan biarkan makanan anda pada suhu bilik lebih daripada 2 jam kerana pada suhu bilik, bakteria akan cepat membiak. Oleh itu simpanlah makanan anda pada peti sejuk. Namun jangan anda menyimpan lebihan makanan pada peti sejuk lebih dari 5 hari. Selain itu kekalkan suhu makanan yang telah dimasak melebihi 60 darjah celcius sebelum ianya dihidangkan.

 

5. Gunakan Air Dan Bahan Mentah Yang selamat

Gunakan air yang bersih dan selamat digunakan untuk minum dan memasak makanan. Pastikan anda mencuci semua bahan makanan sebelum dimasak dengan bersih. Seperti contohnya ayam, ikan, daging, sayuran dan juga buah-buahan. Sentiasa meminum air yang sudah di masak. Dan elakkan menggunakan makanan yang telah tamat tarikh luputnya.

dapur ibu

 

Anda boleh menggunakan pencuci serba guna di rumah anda seperti Basic H yang bebas dari bahan kimia dan juga sangat berkesan membersihkan segala kekotoran. Bahkan Basic H selamat digunakan untuk membasuh buah-buahan dan sayuran. Ramai suri rumah sekarang ini menggunakan Basic H ini dirumah mereka masing-masing untuk kegunaan harian. Memang sangat membantu dan sangat natural dan kita bebas menggunakannya tanpa sebarang kerisauan tentang penggunaan bahan kimia. Kerana Basic H diperbuat dari minyak jagung yang selamat digunakan.

 

basic-h-clean

 

Anda boleh mendapatkan Basic H disini jika anda inginkannya. Beli Basic H sekarang juga disini. Atau bagi anda yang gemarkan pengkhidmatan Cash On Delivery, anda boleh mendapatkan pengkhidmatan ini disekitar kawasan Batangkali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Kami akan mengantarkan pesanana anda terus ke alamat yang anda berikan. Sangat mudah dan cepat bukan? Jadi jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera di bawah ini. dapatkannya segera untuk kegunaan harian anda. Memang berbaloi untuk anda.

CYMERA_20141206_0847511

 

CYMERA_20141004_075328

 

Anda boleh menghubungi Pn.Nila di sms/ whatsapp +60176281787 untuk info lanjut.

 

Nak Detox dari parasit yang mengganggu

Jom Masak Ayam Masak Bali

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam