div id="fb-root">
Umum

Mengapa Air Kencing Bertukar Menjadi Warna Kuning

Bagi anda yang ada mengambil B Complex dari Shaklee, pasti anda akan menyedari urin anda berwarna  kuning terang, ada juga yang berwarna  kuning gelap. Anda tak perlu risau kerana hal ini adalah perkara biasa. Anda perlu pastikan pengambilan air masak yang mencukupi  2-3liter sehari. Mengapa mengambil B Complex urin anda akan menjadi  kuning? ianya kerana B Complex adalah dalam kumpulan vitamin larut air, salah satu unsur dalam vitamin B Complex  adalah riboflavin,  lebihan yang tak dapat diserap akan disingkirkan melalui air kencing. Sebab itulah warna  urin menjadi kuning cerah. Ketahui khasiat dan manfaat B Complex untuk anda disini. 

 

b complex
B Complex

Jom kenali warna-warna urin anda.

  •  Jernih

Menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air atau dehidrasi. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat.

  •  Kuning/Kuning cair

Mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning.

  • Kencing berdarah

Dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing. Memakan ubi mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

  • Air kencing gelap atau perang

Mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert. Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.

  • Air kencing kemerahan atau kelabu

Mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, keadaan yang tidak merbahaya dan sementara. Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B. Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidration). Anda harus mengambil banyak air masak.

 

warna urin yang perlu anda ketahui
Warna urin anda

 

Untuk memastikan badan anda sihat dan tidak kekurangan air, anda disarankan untuk meminum air masak dengan mencukupi. Kekurangan air akan menyebabkan anda mengalami pelbagai masalah kesihatan. Pentingnya untuk badan kita senantiasa cergas dengan air yang cukup. Pelbagai penyakit mungkin akan anda derita seperti dehidration yang akan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah. Jika anda memiliki sebarang masalah dengan air kencing anda, segeralah memeriksakan diri anda ke klinik berhampiran untuk mengenalpasti punca masalah anda.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam