div id="fb-root">
Istimewa Vivix

8 Kaedah Kesan Penyakit Melalui Jerawat

Jerawat adalah musuh besar bagi kita bukan? Tak kira lelaki mahupun wanita tak mahu mempunyai muka berjerawat. Sedikit atau banyak tentunya menjadi masalah besar bagi kita. Kadangkala seseorang yang tak pernah memiliki jerawat akan sangat risau dan kesal memiliki sebuah jerawat. Bayangkan wajah anda yang halus mulus, sekarang dipenuhi jerawat dan sangat mengganggu. Pastinya anda akan buat apa sahaja untuk atasi jerawat ini.

CYMERA_20160529_082033

 

Memang kita tak suka berjerawat. Tetapi dengan adanya jerawat, akan membantu anda untuk mengesan penyakit yang anda tengah derita. Bagaimana caranya untuk kita dapat mengesan penyakit yang ada dalam badan kita melalui jerawat?  Jom kita simak bersama.

  • Zon 1&3 Sistem penghadaman

Apabila anda alami jerawat disekitar area ini iaitu sekitar area kening dan dahi, ianya daripada sistem penghadaman yang berpunca daripada kesan diet yang tinggi lemak. Dan cara untuk mengatasinya anda boleh detox dengan teh hijau yang tinggi kandungan antioksidan dan tingkatkan pengambilan air.

  • Zon 2 Hati

Apabila anda alami masalah jerawat disekitar atas hidung ianya daerah pertengahan diantara 2 mata. Ianya berpunca daripada pengambilan alkohol, produk tenusu, dan juga alahan terhadap makanan. Jadi anda boleh cegah dengan mengelakkan makanan dan minuman yang mendatangkan alahan.

  • Zon 7 Jantung

Zon 7 ini disekitar hidung bawah, ianya berpunca daripada tekanan darah tinggi. Dan cara mencegahnya dengan menggantikan lemak jahat kepada lemak baik dengan makanan kaya omega 3 seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan ikan. Gunakanlah alatan mekap yang bersih untuk mengelakkan pengumpulan kotoran pada liang roma.

  • Zon 5 & 9 Sistem Respiratori

Daerah ini meliputi daerah pipi kanan dan pipi kiri. Ianya berpunca daripada merokok, dan pencemaran udara. Cara untuk mencegahnya ialah dengan berhenti merokok dan elak berada di udara yang kotor, jerebu, asap dan sentiasa gunakan topeng muka.

  • Zon 4, 6, 8 & 10 Buah pinggang

Daerah sekitar hujung mata, dan juga telinga berjerawat adalah berpunca daripada dehidrasi, kekurangan air. Cara pencegahan yang patut anda lakukan iaitu meminum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan elakkan pengambilan kopi, teh, garam dan MSG.

  • Zon 11 &13 Hormon

Daerah sekitar pipi bawah kiri dan kanan berjerawat adalah berpunca daripada hormon yang tak stabil. Dan cara untuk mencegahnya pilihlah makanan yang berkhasiat, elakkan stres, lakukan senaman ringan terutama ketika datang haid.

  • Zon 12 Perut

Daerah sekitar dagu berjerawat menandakan ada pengumpulan toksik akibat pemakanan. Dan cara yang boleh anda lakukan untuk mencegahnya iaitu detox. Lebihkan serat untuk membantu penghadaman. Lebihkan makanan yang boleh melawaskan pembuangan anda.

  • Zon 14 Jangkitan kuman

Daerah sekitar leher berjerawat berpunca daripada kuman dalam salur darah. Ianya jarang terjadi tetapi ianya juga boleh dicegah dengan membantu sistem tubuh hapuskan kuman dengan minum banyak air, makanan tinggi kandungan vitamin c, bawang putih dan juga rehat kan diri anda dengan baik dan cukup.

Dengan mengetahui daerah dan zone dimana jerawat timbul, anda boleh mengetahui punca masalah yang anda hadapi. Jerawat nampak sederhana dan kecil dimata kita akan tetapi ianya boleh menjadi masalah besar jika anda biarkannya.

Selain melakukan pencegahan yang telah dihuraikan, anda pun boleh mengamalkan makanan tambahan untuk mengatasi masalah jerawat ini. Anda boleh mengamalkan Vivix yang memang sudah banyak dikenali dipasaran. Vivix ramuan semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Vivix diperkaya dengan anggur muscadine yang kaya dengan antioksidan yang baik untuk melawan serangan radikal bebas.

Kecantikan kulit berkait rapat dengan kesihatan tubuh badan kita. Penjagaan yang rapi dan juga menjaga pemakanan yang sihat akan sangat membantu anda untuk tidak berjerawat. Senaman perlu juga dilakukan agar badan sentiasa sihat dan cergas.

IMG_20160228_110606

Dengan panduan ini, mudah-mudahan anda dapat berwaspada dengan jerawat yang melanda. Jangan abaikan pengambilan makanan tambahan vitamin c, vitamin e dan juga Vivix. Set ini membantu anda untuk sentiasa memiliki kulit yang cantik dan sihat.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

One Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam