Ibu Mengandung

6 Kaedah Untuk Eratkan Hubungan Ibu Dan Janin

Pengalaman hamil pertama sudah tentu membuat ibu sangat gembira dan tak terkata. Tetapi disamping perasaan itu ada juga perasaan tak keruan yang perlu sesetengah ibu hadapi. Contohnya sahaja morning sickness yang membuat ibu keletihan dan sampai terlupa hubungan nya dengan bayi yang dikandung. Morning sickness berbeza bagi setiap ibu, ada yang berlangsung lama dan ada juga yang sekejab sahaja. Siring masa berjalan dan bertambahnya usia kandungan, ibu akan merasakan perasaan yang teramat bahagia dengan kehadiran bayi kecil di dalam kandungannya. Bagi membuat ibu bersedia dengan kehidupan yang baru luangkan masa bersama bayi kecil didalam kandungan. Bagaimana kita berinteraksi dengan bayi yang berada di dalam kandungan kita? jom sama-samakita simak penjelasan di bawah ini.

ibu mengandung ceria
Rasakan pergerakan bayi di dalam kandungan

Cara atau Kaedah untuk bakal ibu  berinteraksi dengan Bayi di dalam kandungan

  • Urutan Aromaterapi

Sapukan minyak perlahan-lahan pada perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan. Rasakan kehadiran bayi dalam perut anda. Anda boleh melakukan urutan dengan tenang dan nikmati masa anda dengan bayi. Pilihlah minyak yang tak mengandungi bahan kimia dan selamat untuk anda gunakan.

  • Berenang

Berenang salah satu kaedah yang amat baik untuk anda lakukan untuk mengeratkan lagi hubungan anda dengan bayi. Bayi akan rasakan pergeraan anda. Berenang juga sangat baik untuk merehatkan kaki. Dan ibu pun akan berpeluang untuk merasakan gerakan bayi ketika terapung di dalam air ketuban.

  • Simpan Gambar imbasan bayi

Menyimpan gambar imbasan bayi ataupun Video 3d bayi juga boleh mengeratkan lagi hubungan ibu dan bayi. Melihat pergerakan bayi anda didalam kandungan melalui Video 3d yang di dapat daripada doktor akan membuat anda lebih bersemanagat dan tak sabar untuk menunggu hari kelahiran.

  • Bantu Suami anda Untuk Menjadi Ayah

Pergerakan bayi dalam kandungan anda boleh juga dirasai oleh suami. Ajarkan suami untuk sentiasa bercakap dengan bayi dan juga membelai bayi memalui sentuhan agar suami anda merasakan hal yang sama dengan anda. Merasakan pergerakan bayi di perut anda akan membuatkan suami dekat dengan bayi dan juga bayi akan terbiasa mendengar suara ayahnya.

  • Berjalan Santai

Melakukan jalan santai dipagi hari ataupun di petang hari boleh menjalinkan hubungan yang erat antara ibu dan bayi. Anda boleh berjalan sambil bercakap dengan bayi. Berjalan santai pun baik untuk kesihatan ibu agar ibu sihat dan bersedia menghadapi kelahiran bayi. Dan juga akan memudahkan ibu untuk melakukan proses kelahiran nanti.

  • Beri Tindak Balas Apabila Bayi Bergerak

Ibu sudah boleh merasa pergerakan bayi dari minggu ke 18 hingga minggu ke -20. Pergerakan bayi tentunya akan memberikan keyakinan kepada ibu bahawa bayi sedang membesar di dalam kandungannya. Beri tindak balas apabila bayi bergerak dan menendang seolah-olah terjadi komunikasi dua hala antara ibu dan bayi.

 

ibu mengandung bersenam
Beryoga juga menenangkan ibu dan bayi

Selama kehamilan, anda akan mengalami pelbagai fasa dan juga tingkatan kehamilan. Usahakan anda sentiasa ceria dan bergembira. Elak daripada merasa tertekan dan sedih. Apa yang anda rasakan,bayi dalam kandungan pun akan merasakan hal yang sama. Oleh itu sebaiknya anda melakukan hal yang baik dan juga sentiasa bergembira agar perkembangan bayi dalam kandungan juga baik. Makan makanan yang baik lagi sihat agar pertumbuhan bayi juga berkembang dengan pesat. Mengamalkan pemakanan yang sihat semasa kehamilan akan membantu bayi dan ibu untukbersedia mengahdapi masa kelahiran dengan baik. Amalkan juga pengambilan makanan tambahan untuk membantu ibu dan bayi sihat dan cukup nutrisinya. Diantaranya ibu boleh mengambil Set kehamilan.

Makanan tambahan untuk ibu mengandung
Makanan tambahan untuk ibu mengandung

Menanti ahli keluarga baru memang merupakan saat-saat yang paling indah untuk anda dan pasangan. Biasakan hari anda dengan perbanyak membaca alquran dan juga sholat tepat pada masanya. Pendidikan seawaldalamkandungan akan lebih baik untuk bayi anda. Elakkan untuk anda dan suami bertengkar kerana ianya akan berpengaruh kepada bayi yang anda kandung. Usakan hari anda sentiasa ceria dan juga banyak ilmu yang anda pelajari agar semua yang baik-baik dapat dirasakan oleh bayi anda. Jaa pemakanan anda agar sentiasa makan makanan yang bernutrisi dan berat agar dapat membantu anda bersediamenghadapi kelahiran. Ibu yang sihat dan ceria tentunya akan melahirkan bayi yang sihat, kuat dan juga ceria.

Jika anda berminat nak dapatkan Set Ibu mengandung diatas, Anda boleh terus menguhubungi kami untuk maklumat lanjut.

Pn. Nila/En. Firdaus

sms/whatsapp +60176281787

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam