Bulan Ramadhan

Kekal Cergas Dan Bertenaga Di Bulan Ramadhan

Bulan ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bulan puasa ini kebanyakan mengambil kesempatan untuk mempertingkatkan amalan dan juga memperbanyak ibadah dengan menghadiri majelis-majelis ilmu dan juga program-program lainnya. Namun begitu anda jangan melupakan kesihatan terutamanya bagi anda yang bekerjaya. Begitu juga kepada mereka yang tak bekerja, jangan jadikan puasa sebagai alasan anda dengan hanya tidur sepanjang hari dan menonton televisyen sahaja.

puasa

Walaupun dalam keadaan berpuasa kita harus sentiasa cergas dan ceria sepanjang hari. Tiada malas ataupun enggan untuk bersenam. Anda boleh melakukan rutinitas harian seperti biasa, begitu juga dengan senaman. Anda boleh melakukan senaman ringkas dan ringan. Senaman dibulan puasa bukanlah melakukan aktifiti senaman yang berat, kerana ini boleh mengundang kepada berlakunya dehidrasi yang serius. Anda boleh melakukan senaman pada bila-bila masa sahaja tergantung anda sendiri. Bagi anda yang bekerja boleh melakukan senaman atau regangan di tempat duduk sendiri agar anda tidak lesu dan merasa mengantuk. Masa dipejabat juga anda boleh menggunakan tangga dan jangan menggunakan lift. Waktu petang sebelum berbuka puasa atau sebelah malam selepas sholat tarawih adalah masa yang sesuai untuk anda melakukan senaman ringan dan fizikal. Senaman selama setengah jam pun sudah memadai bagi anda untuk kekal cergas dan ceria sepajang hari.

bersenam

Selain aspek senaman, aspek pemakanan juga harus dititik beratkan. Pemakanan juga amat penting untuk memastikan tubuh badan kita mendapatkan tenaga dan keperluan yang mencukupi. Amalakan pemakanan yang seimbang dengan memastikan sumber karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air yang diambil dalam kadar yang mencukupi. Melewatkan waktu sahur akan membantu anda untuk mengelakkan rasa lapar. Diantara makanan yang disarankan untuk bersahur iaitu seperti biji gandum, kekacangan, oat, dan barli. Menu tersebut mengandungi serat dan karbohidrat yang akan melambatkan rasa lapar. Pengambilan kurma masa bersahur dan berbuka akan membantu anda untuk mendapatkan tenaga dan juga sunnah untuk diamalkan.

kurma di bulan puasa

Untuk mengelakkan rasa haus, sebaiknya anda meninggalkan meminum air berkarbonat dan juga yang berkafein. Justeru banyakkan meminum air buah-buahan seperti jus, air susu dan air kosong ketika bersahur dan berbuka puasa agar dapat membekalkan kandungan cecair dalam badan yang mencukupi. Pilihlah juadah berbuka yang kurang kadar gula. Lambakan makanan dan kuih di bazar ramadhan boleh menjadikan anda lupa dan mungkin akan memilih makanan yang tak sihat kerana tinggi kandungan gula. Pilihlah makanan yang sihat dan makanlah secukupnya, jangan membazir. Kerana makanan yang anda makan semasa berbuka boleh berpengaruh kepada kesihatan anda. Buatlah pilihan bijak demi kesihatan anda.

set berpuasa

Jangan lewatkan untuk mendapatkan Vitamin anda semasa bulan ramadhan ini. Ianya membantu anda untuk tetap cergas dan bertenaga sepanjang hari. Mudah-mudahan bulan puasa kali ini membawa berkah dan kebaikan untuk anda semua. Dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah Swt. Elakkan pembaziran dan juga jagalah kesihatan selama melaksanakan ibadah puasa. Perbanyakkan amal ibadah di bulan puasa kerana ganjaran sangat banyak dan berlipat ganda. Semoga apa yang kita lakukan di bulan puasa akan terus terlaksana sampai bila-bila, dan bukan hanya dilakukan di bulan puasa sahaja.

Anda boleh mendapatkan Set Ramadhan disini.

Belian secara online guna kad Kredit/Debit ->>Klik Sini Saya Nak  Beli Set Ramadhan

ikut sahaja langkah yang diberi, Web belian adalah selamat dan dilindungi (https :Hyper Text Transfer Protocol Secure (HTTPS) is the secure version of HTTP, the protocol over which data is sent between your browser and the website that you are connected to)

Jika anda tak nak buat order sendiri, anda boleh menghubungi kami untuk buat pesanan/belian.

Pn. Nila/ En. Firdaus

sms/ whatsapp  +60176281787

Anda yang gemar dengan pengkhidmatan Cash On Delivery, kami Pengedar Shaklee Batang Kali menyediakan pengkhidmatan ini di sekitar area Batang kali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat pesanan. Barang yang anda pesan akan kami terus hantar ke alamat yang anda berikan. Sangat menjimatkan masa anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera diatas ya.

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang

 

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam