div id="fb-root">
Jalan-Jalan Lagi

Kenangan Di Pantai Samila Songkla Yang Tak Terlupakan

Perjalanan kami kali ini agak berbeza, kami bersama saudara mara dan juga kenalan. Berangkat dari Kuala Lumpur menuju Perlis dan bermalam di Perlis. Kami melakukan perjalanan menaiki kereta dan berencana akan ke Samila Beach Songkla Thailand. Alhamdulillah cuaca agak mengijinkan dan keadaan kesihatan kami semuapun baik. Perjalanan ke Songkla mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Perlis. Perjalanan sangat menyeronokkan. Kami boleh singgah untuk membeli makanan dan minuman yang dijual di sepanjang perjalanan. Kami sampai di pantai Samila dalam tengah hari dan terus ke tepi pantai dan mencari restaurant halal. Banyak restaurant disini. Dan peniaga disini ramah dan pandai juga berbahasa melayu.

pantai samila songkla

Restaurant  disini  menyediakan masakan thailand dan boleh di terima oleh rombongan kami. Sedap dan juga terasa keaslian tomyamnya. Harga makanan disini pun agak berbaloi dan tak mahal. Anda boleh menggunakan wang ringgit mahupun bath. Ada surau juga jika anda nak sholat. Masakan laut yang segar dan juga sangat sedap. Disekitar pantai ada seorang pakcik yang menjual ais cream kelapa dan rasanya sedap sekali. Hanya 30 bath sahaja harganya. Jika anda berkesempatan kesini, jangan lewatkan untuk membeli ais cream ini. Banyak juga penjual souvenir disekitar pantai ini. Anda boleh membeli untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan. Harganya pun murah-murah sahaja. Anda akan dapat kurangan harga jika membeli banyak.

restaurant di samila beach songkla

Disekitar pantai ada juga kuda yang boleh dinaiki oleh kanak-kanak, penjaga kuda akan membawa kanak-kanak menaiki kuda disekitar pantai. Kalau tak silap sewa kuda hanya 150 bath sahaja. Pembawa kuda disini sangat ramah dan juga pandai berbahasa inggeris. Lihat sahaja dalam gambar ini, adik Aira dan Rania tidak takut sedikit pun dengan kuda-kuda ini. Pembawa kuda akan membawa kami ke tempat-tempat yang cantik untuk mengambil gambar.

berkuda di samila beach songkla
Adik Aira berkuda

 

naik kuda di samila beach songkla
Rania berkuda di Shamila Beach

Pengunjung juga boleh bergambar di patung ikan duyung yang merupakan suatu legenda suatu ketika dulu. Dulu diceritakan bahawa ikan duyung selalu datang ke pantai ini dan menyikat rambutnya. Ikan duyung ini diceritakan menunggu suaminya di pantai ini tetapi tak kunjung datang. Banyak versi tentang kisah ikan duyung ini. Ada juga penduduk yang berkata bahawa ikan duyung dulu selalu datang tetapi setelah pantai kotor dek ulah manusia, ikan duyung pun enggan untuk singgah. Tak tahu lah mana satu cerita yang betul, yang pasti ianya kisah lama dahulu.

patung ikan duyung samila beach songkla
Bergambar di Patung ikan duyung

Pantai disini bersih dan tak ada orang mandi. Mungkin kerana air laut yang kuat dan tak memungkinkan untuk melakukan aktifiti pantai. Sekadar menikmati pemandangan alam semulajadi pun sudah memadai bagi kami. Pasir pantainya pun bersih dan jarang kami melihat sampah. Keramahan orang disekitar pantai dan keindahan pantai  tentunya akan buat kan anda ingin datang lagi untuk kali kedua. Bagi kami pantai ini menyimpan kisah yang agak mendebarkan kerana anak kami yang sulung sempat hilang selama 10 minit disini. Rania merajuk dan lari ke tempat parking dan tiada seorang pun dari kami yang melihatnya. Tersedar yang Rania tak bersama rombongan, kami pun mencari Rania ke merata tempat dan akhirnya dijumpai berhampiran parking kereta.

Samila beach songkla
Samila Beach Songkla

Pada kesempatan ini pun kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembawa dan penjaga kuda yang turut sama membantu kami mencari Rania. Mereka berkeliling pantai dengan menaiki kuda mencari Rania. Sangat terharu sekali dengan tindakan mereka walaupun kami tak mengenali satu sama lain. Hanya berkenalan masa Rania dan adiknya menaiki kuda sebentar tadi. Walaupun pesisir pantai ini nampak tak begitu luas tetapi dengan pengalaman kami yang kehilangan Rania, saya harap anda tetap menjaga kanak-kanak agar mereka tetap bersama anda. Kecuaian kita sekelip mata akan membuat padah bagi kita sendiri. Walaupun dengan kejadian hilang rania seketika di saat itu, perjalanan kami lanjutkan. Mudah-mudahan ini menjadi pengajaran bagi kami agar sentiasa peka dengan kehadiran kanak-kanak walaupun dimana jua berada. Bila teringat pantai samila, kami sekeluarga akan ingat kembali detik cemas itu. Mudah-mudahan suatu hari nanti akan dapat kembali lagi kesini dan merasai kembali keindahan pantai Samila. Jika anda bercadang nak bercuti semasa cuti sekolah ini, idea baik juga untuk ke samila beach ini.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam