Jalan-Jalan Lagi

Percutian Idaman Kami Sekeluarga Nak Ke Tokyo Disneyland Japan

Kalau ditanya tentang tempat percutian idaman saya dan keluarga, memang pilihan kami Tokyo Disneyland. Anak saya Rania teringin sangat bermain ke Disneyland. Aira dan Rania mesti suka jika dapat percutian ke Disneyland ni, tak kira la dimana negaranya asalkan Disneyland. Saya dan suami pulak teringin nak ke Jepun. Jepun salah satu destinasi pelancongan yang kami dambakan dari dahulu, ditambah lagi dengan adat dan budaya Jepun yang sangat menarik. Ramai kawan saya yang menetap di Jepun dan bekerja disana. Mereka selalu berbual melalui BBM dengan saya dan bercerita keindahan negara Jepun. Oleh itu keinginan nak ke Jepun semakin membuak-buak dan tentunya bila kami sempat ke Jepun boleh la kami menziarahi kawan disana.

 

tokyo disneyland japan

Tokyo disneyland adalah taman bermain terbesar dan paling banyak dikunjungi di jepun. Selain lokasinya berada dekat dengan tokyo, suasaan taman bermain dan atraksi serta hiburan pun tentunya sangat menakjubkan. Mesti Rania dan Aira sangat teruja jika berkesempatan pergi kesana. Perbelanjaan kesana tentunya tidak murah dan perlukan wang yang banyak. Oleh itu kami perlu lah menabung dari sekarang untuk wujudkan impian kami. Kalau di kira-kirakan perbelanjaan kesana kami sekeluarga boleh mencecah RM 40 k. Banyak juga kan? Heheh…mudah-mudahan percutian ini akan terlaksana. Cepat atau lambat kita serahkan kepada Allah Swt, yang penting kena mula menabung dari sekarang. In sha Allah Kami bercadang akan kesana pada tahun 2018. Mudah-mudahan akan dapat terwujud dan kami mohon doa dari kawan-kawan semua ya, doakan kami agar dapat juga pergi ke Tokyo Disneyland ini suatu hari nanti. Aamiin Ya Allah….

tokyo disneyland parade

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam