Tentang Bayi Anda

Tingginya Kadar Bilirubin Pada Anak Akan Berisiko Mengalami Kerosakan Otak

Tahukah anda penyakit yang disebabkan oleh tingginya kadar bilirubin didalam darah selalu disebut penyakit hiperbilirubinemia. Bilirubin didalam tubuh terbentuk sewaktu sel darah merah yang tua, rosak dan tak normal dibuang dari peredaran darah terutama di dalam limpa. Sewaktu pembuangan berlangsung,hemoglobin selaku protein yang bertugas mengangkut oksigen di dalam sel darah merah diurai menjadi pigmen kuning yang disebut biliburin. Biliburin dibawa kehati, diubah secara kimiawi sebelum dibuang ke usus sebagai sebahagian daripada hempedu.

new born baby

Sebahagian besar bayi yang dilahirkan mengalami kuning ini. Peningkatan kadar bilirubin inilah yang mengakibatkan kulit anak kuning atau yang selalu disebut jaundis. Berbeza dengan orang dewasa yang mempunyai bakteria yang boleh bekerja memecahkan bilirubin di dalam usus, sedangkan bakteria didalam tubuh bayi baru lahir amatlah sedikit. Keadaaan ini menyebabkan bilirubin dikeluarkan melalui najis yang menyebabkan najis berwarna kuning terang. Namun begitu bayi memiliki enzim yang boleh mengubah sebahagian bilirubin dan menyerapnya kembalikedalamdarah sehingga berlaku jaundis. Biasanya demam kuning atau jaundis ini akan sembuh selepas minggu pertama kelahiran bayi.

ibu dan bayi

Selalunya anak yang menghidap jaundis ini akan sentiasa mengantuk dan juga mengalami kekejangan, bayi jaundis ini biasa selalu muntah dan enggan menghisap susu ibu. Sebahagian kes hiperbilirubinemia tidak mendatangkan sebarang bahaya. Namun jika kadar bilirubin terlalu tinggi akan berisiko mendapat merosakan otak.Didalam keadaan ini kerosakan otak digelar sebagai kern ikterus. Kern ikterus  adalah suatu keadaan dimana terdapatnya penimbunan bilirubin didalamotak anak. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan otak anak terutama pada bayi pramatang atau bayi berpenyakit. Dalam masa panjang kern ikterus akan dapat mengakibatkan anak menjadi keterbelakangan mental dan juga kelumpuhan serebral atau cerebral palsy. Selain itu anak juga boleh menjadi tuli atau pekak dan mata tidakboleh digerakkan keatas.

baby jaundis

Keputusan darah  penting untuk mengesan peningkatan bilirubin yang ada pada tubuh pesakit. Kes hiperbilirubinemia ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Proses penyusuan bayi teramat penting untuk bantu merawat dan mempercepat pembuangan sekaligus mengurangkan penyerapan kembali bilirubin daripada usus disamping boleh menurunkan kadar bilirubin dalam darah. Rawatan fototerapi perlu di jaani oleh anak sekiranya kadar bilirubin amat tinggi. Badan bayi akan disinari oleh cahaya biru yang dihalakan ke kulit bayi, cahaya ini akan menyebabkan perubahan kimia pada molekul bilirubin dalam jaraingan bawah kulit. Perubahan tersebut akan membolehkan bilirubin dikeluarkan daripada tubuh dengan segera tanpa harus di proses oleh hati. Seandainya bilirubin masih lagi tinggi, bayi akan menjalani kaedah lain iaitu kaedah menggantikan darah yang baru. Kaedah ganti darah ini membantu untuk membuang biirubin dalam darah.

Bagi anda yang baru bersalin dan menghadapi masalah ini, jangan mudah putus asa dan tetap berikan penyusuan ibu kepada bayi agar bayi cepat berangsur pulih. Ibu harus mengambil makanan yang berkhasiat agar sentiasa bertenaga dan mengeluarkan susu ibu yang berkualiti.

 

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam