Tentang Bayi Anda

Bagaimana Mengatasi Kolik Pada Bayi

Mungkin ramai yang tak tahu apa itu kolik bayi. Kolik bayi adalah situasi saat bayi yang sihat selalu menangis secara berlebihan. Kolik suatu keadaan perut yang sakit kerana bayi terlalu banyak menelan udara saat ia minum atau menyusu. Kolik akan menyebabkan lambung meregang dan menganggu normalnya sistem pencernaan si bayi.

colic pada bayi

Bayi menelan udara disaat menyusu sebenarnya adalah perkara yang normal, namun perlu diketahui oleh ibu agar memperhatikan cara menyusui bayi yang baik dan benar dan apa yang dilakukan selepas ibu menyusui bayi. Bila bayi dibaringkan setelah menyusu, maka udara yang tertelan akan sulit keluar dan akhirnya menyebabkan kolik. Berbeza jika bayi dibuat agak menegak setelah disusui, udara yang tertelan akan mudah keluar.

Pada umumnya kolik terjadi pada beberapa minggu awal selepas bayi lahir dan akan berhenti selepas bayi berusia 4 bulan. Bayi yang mengalami kolik biasanya menagis lebih dari 3 jam sehari dan susah untuk diredakan.

colic

 

 

Waspadai bayi anda jika mengalami gejalan seperti dibawah ini;

  • Saat diangkat tubuhnya terkulai
  • Suara tangis bernada tinggi
  • Memuntahkan cecair hijau
  • Mengeluarkan urine lebih sedikit dari biasanya
  • Demam tinggi
  • Terdapat darah dalam najis
  • Kejang
  • Beberapa kulit ternampak pucat
  • Mengalami gangguan pernafasan
  • Terdapat ruam berwarna ungu kemerahan. Tanda ini biasa menjadi gejala penyakit miningitis.

baby colic

Penyebab kolik secara umunya belum dapat dipastikan penyebabnya. Selain kerana menelan udara yang terlalu banyak, kolik boleh jadi disebabkan oleh sistem pencernaan bayi yang tak boleh mencerna dengan sempurna, usus yang sensitif terhadap jenis protein tertentu serta gula dalam susu formula. Tetapi belum ada bukti yang jelas mengenai ini.

Oleh kerana penyebab bayi yang mengalami kolik tidak diketahui dengan pasti, maka cara penanganan kolik pun perlu dapat di lakukan berbeza-beza. Secara umumnya boleh melakukan langkah-langkah berikut:

  • Pijat perut bayi dengan lembudukung bayi selama dia menangis
  • Mandikan bayi dalam air hangat
  • Dukung bayi dalam dukungan kain atau selimut
  • Tinggikan kepala bayi ketika berbaring
  • Mengayunkan bayi dengan lembut dan perlahan. Sambil berjalan-jalan dikamar dengan suasana yang tenang.
  • Bersenandung agar bayi merasa tenang dna nyaman
  • Jangan menguncang bayi saat dia menangis.

colic bayi dan atasinya

Terdapat ubat-ubatan yang diberikan untuk menangani kolik pada bayi seperti titisan simetikon. Cecair ini dapat ditambahkan pada susu atau air susu ibu yang diberikan di dalam botol. Cecair ini membantu melepaskan gelembung udara dalam pencernaan bayi yang dapat memgganggu pencernaannya. Meski cara ini aman untuk bayi namun penggunaannya haruslah berdasarkan petunjuk doktor.

Usaha lain yang boleh anda lakukan untuk mencegah kolik bayi ini diantaranya adalah:

  • Mengganti botol susu bayi dengan jenis lain. Lubang yang terlalu kecil pada botol bayi dapat menyebabkan menelan lebih banyak udara daripada ceccair.
  • Jika anda menyusui, hindari mengkonsumsi terlalu banyak kopi, teh dan makanan pedas. Amalkan set menyusu yang kaya dengan nutrisi dan vitamin untuk penyusuan yang lebih sempurna.
  • Tepuk-tepuk belakang bayi dengan lembut agar dia bersendawa sehabis makan. Anda dapat melakukannya dengan meletakkannya pada salah satu pundak. Pastikan kepala dan lehernya tersangga dengan baik. Usap belakang baby hingga ia bersendawa.
  • Sapukan cream herbal blend untuk melegakan sakit perut bayi dan buang angin dalam badan bayi.

Apabila bayi terus menerus menangis, ada baiknya anda segera membawa bayi ke doktor. Mungkin sahaja ia memerlukan penangaan khusus dan juga ubat untuk meringankan kekejangan di perutnya. Jaga keharmonian rumah tangga anda kerana keharmonian rumah tangga juga berpengaruh besar kepada perkembangam dan pertumbuhan si bayi anda. Bayi akan cepat bertindak balas jika ibu dan ayah mengalami tekanan mahupun keadaan yang lain.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam