Semua Tentang Shaklee, Umum

Beriadah Bersama Keluarga Boleh Tingkatkan Kesihatan

Untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan pada tahap yang optimal, sudah tentu kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Amalan rohani dan juga ketenangan jiwa perlu juga ditingkatkan agar selari dengan kehidupan kita. Pengharapan kepada Tuhan amatlah penting agar kita sentiasa bersikap positif dalam apa jua keadaan.

Kehidupan kita tak lengkap bila tiada keceriaan kanak-kanak dan juga orang tersayang. Jika anda ada masa lapang, ajaklah ahli keluarga untuk beriadah, berkelah atau apa sahaja kegiatan agar terjalin hubungan yang erat diantara seisi keluarga.

20140111_172058

Bagi kanak-kanak, melakukan aktifiti bersama keluarga tentunya amat menyeronokkan dan memiliki arti yang besar bagi mereka. Mereka akan merasa lebih dihargai dan juga disayangi. Kanak-kanak yang pintar dan cerdik adalah mereka yang sentiasa berada dalam kasih sayang keluarga dan juga mampu mengekspresikan apa sahaja yang mereka rasakan.

Tentunya aktifiti riadah dan sejenisnya boleh menambahkan lagi pengetahuan mereka dan juga membuat mereka lebih percaya diri dan mempunyai minda yang cerdas. Jika ada kelapangan anda boleh mengajak anak-anak ke taman, bermain basikal mahupun melakukan aktifiti sukan seperti berenang.

20160508_154531

Walaubagaimanapun, jangan abaikan keceriaan si manja dan orang tersayang anda. Dimana pun anda berada buatlah apa sahaja yang membawa kebaikan kepada seisi keluarga.

Selain memiliki keluarga yang sihat dan ceria, anda juga boleh menambahkan lagi hubungan kekeluargaan sesama anda. Jangan abaikan kebaikan beriadah bersama keluarga dan orang tersayang. Marilah kita sama-sama melangkah ke kehidupan yang sihat dan sempurna. Akhir sekali jangan lewatkan memberi Vitamin kepada kanak-kanak agar mereka sihat dan perkembangan tumbuh besaran mereka berjalan dengan baik dan seimbang. Juga perlu memberikan makanan tambahan kepada seisi keluarga yang lain. Keluarga sihat, keluarga ceria.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam