kecantikan kulit

5 Sebab Jerawat Selalu Muncul Di Wajah Anda

Jerawat memang amat ditakuti dan dibenci oleh semua wanita, tak terkecuali kaum lelakipun turut sama. Sudah pasti kita tak suka kerana jerawat buat penampilan kita menjadi tidak menarik dan kadang ada yang sampai malu berjumpa orang lain kerana wajah berjerawat. Macam-macam lah sikap kita yang berjerawat ni, kadang merasa rendah diri yang amat kerana merasa wajah tak cantik.

Wajah berjerawat

Sudah-sudahlah tu merajuk dan memendam rasa kerana jerawat ini. Jangan terlalu terpuruk dengan keadaan jerawat anda. Setiap masalah tentu ada penyelesaiannya. Begitu juga dengan keadaan jerawat ini. Jangan anda putus asa untuk mencari langkah penyelesaiannya. Oh ya sebelum itu jom kita cari apa penyebab dari jerawat ini. Kenapa ianya boleh berleluasa di wajah kita.

Penyebab Jerawat

Jerawat ini timbul oleh banyak faktor, dan faktor ini lah yang sepatutnya anda elakkan agar jerawat tidak bermaharajalela di wajah anda. Diantara Penyebab timbulnya jerawat iaitu:

  • Penggunaan Alat Kosmetik

Mungkin anda sudah menggunakan alatan kosmetik untuk wajah yang tak sesuai dengan kulit anda.  Kosmetik yang mengandungi bahan kimia dan juga beralkohol tinggi yang berpotensi menimbulkan jerawat dan selain itu mungkin anda jarang membersihkan wajah selepas menggunakan kosmetik yang membuat kulit menjadi kotor dan bermasalah.  Pori-pori wajah akan tersumbat dan mulailah jerawat timbul.

  • Hormon

Hormon ini adalah salah satu faktor penyebab anda berjerawat. Contohnya sahaja ketika seorang wanita akan mendapatkan haid, mereka lebih cenderung mengalami timbulnya jerawat. Ini terjadi kerana hormon ketika itu tidak stabil dan tak seimbang. Hormon pada jerawat sering disebut hormon androgen. Hormon ini selalunya timbul pada masa remaja dan akil baligh. Oleh sebab itulah kebanyakan di usia remaja, kita akan lebih sering berjerawat. Kerana pada saat remaja, hormon androgen ini tinggi. Nah kalau begitu anda remaja yang baru nak akil baligh, jangan sembarangan memilih produk wajah, carilah produk yang bebas bahan kimia dan selamat untuk anda. Kerana pada usia anda kemungkinan anda berjerawat adalah tinggi.

  • Gaya Hidup Yang Tak Seimbang

Faktor gaya hidup tak seimbang seperti merokok, meminum minuman beralkohol, tidur tak cukup dan juga tekanan (stres) juga boleh menyebabkan meningkatnya kadar hormon androgen. Hormon ini boleh meningkatkan kadar kelenjar minyak. Apabila aktifiti kita semakin padat serta gaya hidup pun tak sihat, maka banyak minyak akan tersumbat dan menumpuk. Apalagi kalau permukaan wajah tertutup oleh make up dan tidak dibersihkan. Ianya akan menambahkan lagi timbulnya jerawat di wajah anda.

  • Makanan Yang Tak Sihat

Pemakanan yang tak sihat dan banyak mengandungi lemak jahat akan membuat anda menjadi tak sihat dan akan berisiko timbulnya pelbagai masalah kesihatan.  Diantaranya boleh menimbulkan jerawat. Hindari makanan yang tinggi kandungan lemak dan juga gula. Banyakkan mengambil sayuran dan juga buah-buahan.

  • Keturunan

Faktor keturunan juga boleh menjadikan anda seorang yang berjerawat. Mungkin ibu bapa anda mengalami masalah jerawat dan sudah tentu risiko anda berjerawat pun akan tinggi. Tetapi anda boleh mengatasi hal ini dengan rawatan yang sewajarnya.

jerawat buat tak nyaman

Pencegahan Dan Rawatan

Untuk mengatasi masalah jerawat ini, anda harus bijak dalam memilih alatan kosmetik dan juga produk perawatan wajah anda. Pilihlah produk yang tiada bahan kimia dan selamat untuk digunakan. Contohnya sahaja KakNil selalu menggunakan Produk Perawatan Wajah Nutriwhite yang amat selamat dan bebas bahan kimia. Penggunaan produk wajah yang ada bahan kimia akan mendedahl]kan anda kepada risiko jerawat dan juga kanser kulit. Jadi alangkah baiknya jika anda menukar produk perawatan wajah anda kepada produk yang lebih selamat.

Amalkan sedari kini makanan yang kaya dengan antioksidan dan juga vitamin. Anda boleh mengambil sayuran dan buah-buahan lebih dari biasanya. Amalan gaya hidup yang tak seimbang bukan sahaja berisiko kepada timbulnya jerawat, akan tetapi kesihatan anda keseluruhannya pun boleh terjejas. Dan akan berakibat tingginya mendapatkan penyakit kronik. Buang tabiat mengambil makanan yang cepat saji dan bertukar kepada mengambil makanan yang rendah lemak dan bermutu tinggi  kaya dengan pelbagai nutrisi sihat.

Pilihlah makanan yang sihat untuk kesihatan kita

Untuk mengatasi jerawat anda, anda boleh juga mengambil langkah detoksifikasi yang baik untuk membersihkan usus dan badan anda daripada segala parasit dan juga toksik didalam badan. Detox bagus untuk menyegarkan kembali tubuh badan kita dan mebuang segala toksik yang ada didalam badan kita. Apabila usus dan badan kita bebas dari toksik, maka penyerapan vitamin akan berjalan dengan lancar dan dapat diserap dengan baik. Anda boleh mengambil Set Detox Shaklee untuk membantu anda membuang toksik dari dalam tubuh badan anda.

Set Detox Shaklee baik untuk detox tubuh badan daripada parasit dan juga toksik

Pengambilan air masak sangat diperlukan untuk tubuh badan kita agar kulit kita cantik dan juga keperluan air didalam badan kita mencukupi. Hindari tekanan atau stres dan buat hari anda ceria. Lakukan senaman dengan teratur. Selalu menjaga kebersihan wajah dengan sentiasa membersihkannya ketika hendak tidur dan juga pada saat selapas menggunakan alatan kosmetik.

Perawatan dan pencegahan jerawat ini sebaiknya anda lakukan dari dalam dan luaran agar kesihatan dan kecantikan anda tetap terjaga. Jangan lupa untuk mengambil makanan tambahan seperti 4 serangkai Vita C Plus, Vita E Complex, Esp dan B Complex untuk kesihatan kulit anda. 4 Serangkai ini sangat membantu dalam menjaga serta mengatasi masalah jerawat. Pengambilan secara konsisten akan membantu anda mendapatkan kesihatan kulit yang baik.

Set cantik bebas jerawat

Jadi jangan tunggu esok, amalkanlah tips yang telah diberikan untuk anda agar jerawat yang ada diwajah anda akan berkuranagan dan hilang sama sekali. Jika anda berminat nak dapatakan Set Detox dan Set cantik 4 serangkai, anda boleh terus menghubungi KakNil untuk info dan maklumat lanjut. Jangan segan untuk menghubungi KakNil agar anda dapatkan konsultasi yang terbaik.

Anda boleh mendapatkan Set Detox dan Set Jerawat 4 Serangkai Disini.

Saya nak Beli Set Detox Disini

Saya Nak Beli Set Jerawat 4 Serangkai

Belian secara online guna kad Kredit/Debit ->>Klik Sini Saya Nak Beli Set Cantik 4 Serangkai Bebas Jerawat

ikut sahaja langkah yang diberi, Web belian adalah selamat dan dilindungi (https :Hyper Text Transfer Protocol Secure (HTTPS) is the secure version of HTTP, the protocol over which data is sent between your browser and the website that you are connected to)

Jika anda tak nak buat order sendiri, anda boleh menghubungi kami untuk buat pesanan/belian. Hubungi kami di talian dibawah ini untuk pertolongan belian mahupun info dan maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda.

Pn. Nila/ En. Firdaus

SID PRO Anda ( ID 1125663)

SMS/ whatsapp +60176281787

Anda yang gemar dengan pengkhidmatan Cash On Delivery, kami menyediakan pengkhidmatan ini di sekitar area Gombak, Batu Caves, Batang kali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat pesanan. Barang yang anda pesan akan kami terus hantar ke alamat yang anda berikan. Sangat menjimatkan masa anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera diatas ya.

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Jom segera hubungi kami dinombor talian yang tertera di atas.

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam