Sihat Bertenaga

Cara Atasi Sembelit Dengan Cara Mudah Tanpa Bahan Kimia

Sembelit selalu sahaja kita dengar belakangan ini. Sembelit ni boleh terjadi pada kanak-kanak mahupun dewasa. Apa arti sembelit ni sebenarnya? Mengapa begitu ramai orang mengalaminya? Dan bagaimana cara untuk mengatasinya? Jom kita ulas serba sedikit tentang sembelit ini. Mudah-mudahan kita dapatkan ilmu dan juga petunjuk untuk mencegah sembelit terjadi pada diri kita.

sakitnya sembelit

Sembelit ini merupakan masalah pencernaan yang sudah sangat umum terjadi dan berlaku dikalangan masyarakat kita. Tak mengenal usia mahupun jantina. Sembelit boleh diartikan susah untuk membuang air besar atau pun kurang teraturnya buang air besar. Sembelit ini jika terjadi akan diiringi dengan rasa sakit perut dan sangat ingin membuang tetapi pada saat membuang, kotoran atau najis susah nak dikelurkan. Najis terasa sangat keras dan sakit untuk dikeluarkan.

Sembelit jika terjadi kepada kanak-kanak memang menyiksa. Kesian sekali apabila si manja menderita sembelit. Mereka akan membuang sambil menangis. Dan mungkin mereka akan trauma apabila setiap kali ingin terasa membuang air besar. Tak menutup kemungkinan juga pada orang dewasa, apabila ada rasa nak membuang pasti akan rasakan hal yang sama.

kanaj-kanak sembelit

Ramai dari kita mengambil banyak cara dan pengobatan untuk mengatasi masalah sembelit ini. Mengubati dengan cara traditional mahupun modern. Kerana terlalu siksa akibat sembelit, tentu anda akan lakukan banyak cara mengatasinya bukan?

Seseorang dikatakan mengalami sembelit apabila buang air besar jarang-jarang dan terasa sakit apabila membuang dan rasa najis yang akan dikeluarkan sangat kering dan keras sekali. Pada orang dewasa dikatakan sembelit ini apabila tidak membuang selama 3 hari berturut-turut atau kurang dari 3 kali dalam seminggu. Manakala bagi kanak-kanak pulak disebut mengalami sembelit apabila tidak buang air besar selama 5 hari atau lebih. Dan memiliki tanda-tanda najis yang keras dan sakit apabila nak membuang. Tidak menutup kemungkinan wanita hamil dan ibu selepas bersalin pun banyak mengalami masalah ini.

Penyebab Terjadi Sembelit

  • Tekanan atau stress yang berpanjangan
  • Kesan ubat-ubatan
  • Kelainan pada sistem pencernaan, hormon, usus besar yang kurang elastik
  • Kurang bersenam dan juga mengambil diet
  • Kekurangan serat dan juga Vitamin C
  • Menunda untuk membuang dalam jangka masa yang lama
  • Ketidakseimbangan cecair dalam badan dan kelebihan serat
  • Adanya penymbatan kerana sesuatu penyakit
  • Mengandung
  • Penyalahgunaan ubat-ubatan
  • Penyebab sembelit kerana kelainan
  • Penyumbatan pada usus besar atau rektum
  • Kanser rektum
  • Kanser usus besar
  • Penyempitan usus besar
  • Masalah pada saraf rektum dan usus besar
  • Adanya kencing manis
  • Hypothyroidism

Selain susah membuang air besar,  tanda lain seseorang dewasa terkena sembelit seperti sakit perut, sebah, perut kembung, dan merasa ada sesuatu yang menyumbat. Manakala tanda sembelit kepda bayi dan kanak-kanak ialah tangisan  saat membuang air besar kerana menahan sakit.

Mengatasi masalah sembelit ini amatlah penting agar tidak terjadi masalah yang lebih serius. Kerana apabila sembelit tidak dirawat dan diatasi dengan baik akan mengakibatkan masalah penyakit yang lebih berbahaya dan mengancam nyawa anda.

Ada banyak cara untuk mengatasi masalah sembelit ini. Ianya tergantung kepada jenis sembelit itu sendiri. Diantara cara yang perlu kita gunakan dan amalkan diantaranya iaitu:

  • Merubah gaya hidup

Merubah gaya hidup kearah yang lebih sihat dan seimbang perlu dilakukan agar kesihatan anda lebih baik daripada sebelumnya.

  • Melakukan senaman secara rutin

Kesihatan anda akan lebih meningkat jika anda membiasakan diri setiap hari bergerak dan membuat senaman agar otot usus dan juga sistem percernaan berjalan dengan lancar.

  • Mengambil lebih serat dari biasanya

agar najis yang akan dibuang tidak keras. Anda boleh mengambil sayuran dan juga buah-buahan dengan kuantiti lebih. Seimbangkan pengambilan sayuran dan buah-buahan setiap hari.

  • Jangan menunda untuk membuang air besar.
  • Amalkan makanan tambahan seperti Meal Shakes, Chewable Vita c Plus dan Omega Guard untuk kanak-kanak. Agar mereka mendapatkan nutrisi dan juga vitamin yang seimbang dan juga keperluan serat setiap hari. Ini penting untuk anda berikan kerana biasanya kanak-kanak kurang mengambil serat dalam makanan mereka. Meal shakes dan chewable vita c amat membantu untuk mencukupkan keperluan tersebut. Bagi orang dewasa pula boleh mengambil Vita C Plus, Herb Lax dan juga Ostematrix untuk membantu mengelakkan  mengurangkan sembelit ini. Ianya bagus untuk membuang lemak jahat dan juga kerak usus yang kotor dan juga melembut kan najis.

Sembelit jangan diabaikan. Jangan biarkan diri anda tersiksa oleh sembelit. Kasihan melihat kanak-kanak sembelit. Maka dari itu mulai hari ini amalkanlah langkah-langkah penceghan yang sewajarnya dan bertindak lebih pantas untuk kesihatan anda. Makanan tambahan seperti set kurangkan sembelit diatas tidak mengandungi bahan kimia dan tentunya sangat selamat untuk anda amalkan setiap hari.

Set Kurangkan dan elakkan Sembelit pada orang dewasa

Dengan menjalankan kehidupan yang sihat dan seimbang, ditambah dengan mengambil makanan tambahan yang disarankan diatas in sha Allah sembelit yang anda alami akan berkurang dan dapat menjadikan anda kembali ceria tanpa harus menahan sakit untuk membuang.

Set elak dan kurangkan sembelit pada kanak-kanak

Jika anda nak dapatkan set makanan tambahan untuk mengelak mahupun membantu mengurangkan sembelit, anda boleh mendapatkannya disini. Hubungi kami untuk info dan maklumat lebih lanjut.

Anda boleh dapatkan Set kurangkan Sembelit Kanak-Kanak disini.

Anda boleh dapatkan Set Kurangkan Sembelit Dewasa Disini

Belian secara online guna kad Kredit/Debit ->>Klik Sini Saya Nak Beli Set Sembelit Dewasa dan Kanak-Kanak

ikut sahaja langkah yang diberi, Web belian adalah selamat dan dilindungi (https :Hyper Text Transfer Protocol Secure (HTTPS) is the secure version of HTTP, the protocol over which data is sent between your browser and the website that you are connected to)

Jika anda tak nak buat order sendiri, anda boleh menghubungi kami untuk buat pesanan/belian. Hubungi kami di talian dibawah ini untuk pertolongan belian mahupun info dan maklumat lanjut. Kami sedia membantu anda.

Pn. Nila/ En. Firdaus

SID PRO Anda ( ID 1125663)

SMS/ whatsapp +60176281787

Anda yang gemar dengan pengkhidmatan Cash On Delivery, kami menyediakan pengkhidmatan ini di sekitar area Gombak, Batu Caves, Batang kali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat pesanan. Barang yang anda pesan akan kami terus hantar ke alamat yang anda berikan. Sangat menjimatkan masa anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera diatas ya.

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam