Aneka Resepi Uni

Cara Buat Tauhu Isi Dengan Cepat dan Ringkas

Sedar tak sedar kita sudahpun melangkah ke pertengahan bulan October. Seperti biasanya bulan October berkemungkinan mempunyai curahan hujan yang banyak sampai ke lewat bulan desember.  Macam kaknil tandai bulan september sampai desember sebagai bulan hujan.

Biasanya pada musim hujan, kita akan sentiasa terasa lapar. Tapi bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, tentu  sukar untuk melalui musim hujan dengan program diet. Silap hari bulan program diet pun entah kemana kan? Ya kenapa tidak sebab asik selalu lapar dan pada akhirnya memutuskan untuk melahab sahaja apa yang ada.

Macam kaknil, bila musim hujan tiba, kaknil akan sentiasa masak makanan yang ringan-ringan untuk seisi keluarga. Kaknil pilih makanan yang cara pembuatannya sederhana dan tak terlalu banyak bahan. Yang penting masih makanan sihat dan kurang lemak.

Tauhu isi

Macam hari ini KakNil beranikan diri untuk buat menu daripada tauhu. Tentu anda jarang untuk makan tauhu isi? Atau ada yang pernah mencubanya? Tauhu isi ni ada sayuran dan juga sangat senang nak membuatnya. Bahan-bahannya juga senang untuk kita dapatkan di rumah. Guna apa yang ada sahaja kan lebih jimat.

Tauhu Sumbat

Jika anda nak ketahui cara pembuatannya. Jom ikuti penjelasan kaknil kali ini.

Diantara bahan-bahan yang perlu kita sediakan iaitu :

  • Tauhu
  • Sayur
  • taugeh
  • Carrot
  • Jagung

Bumbu tepung,

  • Tepung gandum
  • Lada hitam
  • Perasa
  • Kacang panjang
  • Garam
  • Daun sup
  • Minyak untuk menggoreng
Cara pembuatan

Pertama sekali anda harus menggoreng tauhu terlebih dahulu. Selepas tahu digoreng, tiriskan agar minyak turunkan ke bawah. Bila tauhu dah sejuk, potong segitiga dan lubangkan bahagian tengahnya untuk kita senang mengisi bahagian itu dengan campuran sayur yang telah disediakan.

Tauhu Goreng

Selepas itu anda boleh membuat adunan tepung untuk menggoreng tauhu nanti. Anda boleh ambik tepung gandum dan campur dengan kacang panjang yang telah diiris kec-kecil, bumbu yang sudah dihaluskan, dan juga kacang panjang. Masukan sedikit air dan gaul. Agak sahaja airnya tak terlampau cair dicampur dengan tauhu nanti.

Bumbu yang dihaluskan untuk campuran tepung

Selepas anda sudah memasukkan tauhu ke dalam adunan tepung, anda boleh goreng tauhu tersebut dengan minyak yang panas. Anda boleh menyediakan tauhu isi ini dengan chili padi potong ataupun sos chili. Rasanya amat sedap. Jangan lupa untuk mencubanya dirumah.

Terima kasih, selamat mencuba.

 

Jom Masak Ayam Bali Disini 

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam