div id="fb-root">
Petua Dan Tips

Kegagalan Bukan Akhir Dari Segalanya, Berusaha Bangkit Dan Cuba Lagi

Gagal, gagal hal yang biasa terjadi kepada kita. Gagal mencapai apa yang kita nak bukanlah suatu pengakhiran untuk kehidupan. Ramai orang yang gagal dan menjadikan kegagalannya itu sebagai awal dari kebangkitannya.
Gambar dari ihsan Google
 
Seperti dalam perniagaan juga tentu ada pernah alami kegagalan, macam-macam yang buat kita gagal. Gagal capai target ataupun gagal dapatkan kontrak yang besar dengan pembeli dan macam-macam lagi. Tapi jangan cepat berputus asa dan anggap ianya suatu penyudahan dalam bisnis anda.
 
KakNil juga pernah laluinya. Sangat sakit dan kecewa. Akan tetapi pada hakikatnya kegagalan itu boleh membantu kita untuk menjadi lebih tekun dan bersemangat untuk masa akan datang. Hasil dari kegagalan ini akan buat anda lebih kuat dan lebih bermotivasi untuk hasilkan lebih baik lagi.
 
Pernah ditolak customer, pernah ditipu customer, barang dah sampai tapi bayaran tak dapat, juga target tak mengena. Tapi selepas itu terjadi, kaknil dapat suatu ilmu baru dan juga lebih kuat untuk hadapi pelbagai cabaran selanjutnya. Bab kehilangan customer pulak sekarang dah biasa dan sentiasa berpikiran positif setiap hilang 1 bermakna akan datang lagi 1000 kepada kita.
 
Sentiasa berpikiran positif dan sentiasa menciptakan inovasi baru untuk lebih berkarya lebih baik lagi. Berdoa kepada Allah untuk sentiasa diberikan jalan yang terbaik untuk kita. Lihat dan pelajari apa kesilapan yang telah kita lakukan. Belajar untuk memperbaikinya dan usaha lebih gigih lagi.
 
Anda yang mengalami kegagalan jangan cepat putus asa, cuba lagi dan lagi, in sha Allah akan berhasil juga kelak. Pisau yang tumpul apabila sering diasah akan menjadi tajam. Begitu juga kegagalan kita, bila dah selalu gagal dan kita berusaha untuk perbaikinya, ianya akan menjadi suatu keberhasilan dan kejayaan.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

One Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam