Bahaya Kencing Manis

Pengambilan Junk Food Undang Pelbagai Penyakit Kronik

Kehidupan serba moden lebih-lebih lagi di ibu kota yang pesat membangun, bukan sahaja mendedahkan kita kepada gaya hidup tidak sihat, bahkan terdedah kepada pelbagai elemen persekitaran tercemar yang boleh mempengaruhi kesihatan kita. Contohnya kita sentiasa terdedah kepada pengambilan junk food. Yang serba instan dan cepat tanpa ketahui kandungan mahupun khasiatnya.

pengambilan junk food yang memudaratkan

Junk food, junk food mesti anda semua tak hairan lagi dengan junk food. Makanan yang sedap lagi menggiurkan. Siapa yang tak suka junk food? Sudah semestinya semua orang pernah mencicipi junk food ini. Rasa yang sedap dan juga senang untuk disediakan. Tak perlu tunggu lama untuk mengambilnya.

Tak terkecuali kaknil dan anak-anak memang tak dapat lari dari junk food ni. Akan tetapi mengkonsumsi junk food tidak boleh berlebihan. Kerana junk food banyak mengandungi perasa, bahan pengawet dan juga tinggi kandungan gula dan juga kalorinya. Oleh itu kaknil membatasi anak-anak untuk mengkonsumsi makanan ini. Sekali sekala sahaja untuk ambik,  tapi itupun dengan keadaan yang tak boleh dielakkan lagi.

Jom buat pilihan bijak

Makanan sihat lebih baik daripada junk food kerana junk food boleh memudaratkan kesihatan dan juga boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Tak hairan dizaman sekarang ramai anak-anak muda yang sudah mendapatkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan juga lainnya. 

Ini semua disebabkan oleh pemakanan dan juga gaya hidup yang tak seimbang dan tak sihat. Jadi oleh kerana junk food tak elok untuk kesihatan kita, jom kita mulai menata pemakanan kita setiap hari. Jauhi junk food seberapa yang boleh demi kesihatan kita dan seisi keluarga.

Jom beralih kepada hidup sihat dan amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Perlu anda ingat dengan pemakanan yang sihat akan mengurangkan lagi risiko terkena penyakit kronik dan juga mengelak daripada penyakit jantung. Pastikan anda bersenam setiap hari dan juga amalkan gaya hidup sihat. Semoge kehidupan kita lebih bermakna dan boleh sihat disamping orang tersayang.

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam