Aneka Resepi Uni

Cara Buat Biskut Susu Dengan Mudah Dan Ringkas

Teringat masa anak KakNil kecik dulu rasanya rajin juga buat biskut yang ringkas sambil-sambil main dengan Siti Rania. Sambil belajar buat biskut. Masa tu kaknil memang tak pernah buat apapun jenis biskut ataupun cake. Baca majalah dan juga beberapa buku resipi. Baru lah ada hati nak mencuba buat.

biskut susu (gambar dri Google)

Kalau ada mak-mak, makcik-makcik, adik kakak yang terbaca entry kaknil ni dan teringin nak buat juga,  Kaknil tulis kat sini mana tahu anda senang ada masa boleh buat juga untuk simanja. Sambil buat tu kita boleh ajak anak sekali kan lebih seronok untuk mereka belajar sambil bermain. Hubungan kita dengan anak pun akan lebih erat.

Jom kita lihat resipi dan Cara Buat Biskut Susu ini.

Biskut Susu

Bahan-bahannya:
  • 250gm tepung jagung
  • 3/4 tin susu pekat manis (tin bersaiz kecik)
  • 1 sudu teh baking powder
  • Mentega secukupnya untuk uli tepung
  • 2 pewarna

 

Cara membuatnya:
  • Gaul tepung dan susu pekat sehingga sebati.
  • Selepas itu, tambahkan mentega agar adunan boleh menjadi doh.
  • Kemudian, bahagikan doh kepada 2 bahagian. Warnakan setiap satunya dengan warna yang berbeza.
  • Bulat-bulatkan adunan dan masukkan ke dalam mangkuk kertas.
  • Bakar dalam ketuhar pembakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.

Sedia untuk dihidangkan.

Sangat mudah bukan? Mak-mak, makcik-makcik, akak dan adik boleh lah cuba dirumah ya. Biskut susu ini boleh dihidangkan untuk simanja dirumah. Lebih mereka mengambil makanan yang tiada bahan pengawet seperti biskut susu ini daripada memberikan mereka jajanan yang banyak memudaratkan kesihatan mereka.

Jangan lupa untuk anda berikan Vitalea For Children untuk simanja agar sentiasa sihat bertenaga, cerdas dan juga riang gembira sepanjang hari. Juga mengelakkan mereka daripada terkena pelbagai jangkitan dan juga virus pelbagai penyakit.

Vitamin Untuk Simanja membesar dengan sihat dan ceria

Jangan risau untuk mendapatkannya. Anda boleh menghubungi KakNil disini untuk dapatkan Vitalea For Children untuk si manja anda.

Anda boleh mendapatkan Vitalea For Children  Disini, kami menyediakan penghantaran ke seluruh Malaysia dan juga Indonesia. Jika anda nak pengkhidmatan Cash On Delivery, kami menyediakannya di area kawasan Batangkali,Ulu yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala kubu bharu, Gohtong jaya dan Genting Highland. Barang yang anda pesan akan kami hantar terus ke tangan anda. Hubungi kami untuk info dan maklumat lanjut. Dan tentunya konsultasi percuma untuk anda.

hubungi kaknil disini untuk info dan maklumat lanjut.

KakNil , sms atau wassup 0176281787

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

One Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam