Bulan Ramadhan

5 Tips Berbelanja Untuk Persiapan Hari Raya

Sebagai ibu bapa sudah semestinya banyak persiapan yang harus kita siapkan untuk keperluan berhari raya. Banyak keperluan yang perlu disiapkan. Juadah raya, baju raya untuk anak-anak, perhiasan rumah, perabot sampai ke langsir raya. Bahkan tak kalah pentingnya duit raya untuk memeriahkan lagi pagi raya bersama keluarga dan rakan-rakan taulan.

Hari Raya yang di nanti

Sudahkah anda perkirakan pengeluaran anda pada raya tahun ini? Jika anda bijak menguruskan kewangan anda, sudah tentu anda akan beraya dengan gembira. Berbelanjalah menurut keperluan dan bukan kerana kemahuan. Cara yang terbaik untuk memastikan kita berbelanja dengan berhemah dan tidak boros adalah dengan membuat bajet perkiraan perbelanjaan.

Macamana nak buat bajet perkiraan perbelanjaan?

Sudah pasti anda harus tahu berapa banyak pendapatan anda dan juga pasangan anda. Dan juga tahu berapa pengeluaran yang harus dikeluarkan setiap bulannya untuk membayar bil-bil, bil sekolah anak, hutang kereta mahupun rumah dan pengeluaran lain-lainnya.

Selepas itu anda juga perlu buat kiraan untuk bajet persiapan hari raya nanti seperti baju raya, jamuan raya, duit raya dan juga lainnya. Selepas anda mengenak pasti segalanya, cuba anda bandingkan apakah pendapatan anda boleh menampung semua keperluan tersebut atau tidak? Jika pendapatan anda masih besar jumlahnya daripada perbelanjaan, bermakna anda boleh lega dan tersenyum lebar. Tapi jika pengeluaran lebih banyak, bermakna anda harus bertindak bijak dengan perlu berbuat sesuatu.

Buat bajet dalam perbelanjaan anda

Jika pengeluaran lebih banyak daripada pendapatan, Jalan terbaiknya adalah anda perlu memilih perkara apa yang patut didahulukan. Dan juga perlu menyingkirkan keperluan yang tak patut. Anda juga perlu mengurangkan perbelanjaan yang tidak tetap.

Sebagai sebuah keluarga yang harmoni, sudah sepatutnya masalah kewangan keluarga patut dibincangkan bersama ahli-ahli keluarga yang lain. Anda boleh kemukakan kepada mereka tentang perbelanjaan dan terangkan situasi yang dihadapi.

Apabila kebiasaaan ini belum lagi anda dan keluarga laksanakan, diharapkan anda akan memulainya dengan segera. Walaupun dengan perlahan akan tetapi ia mendidik anda untuk buat lebih baik lagi dimasa akan datang. Berbincang dengan ahli keluarga yang lain akan membantu anda untuk dapatkan idea-idea baru yang mungkin amat anda perlukan.

Selepas membuat perkiraan bajet, anda perlu mematuhi bajet yang telah dibuat dengan sebaiknya. Kerana ianya bukan perkara mudah untuk menahan nafsu kita berbelanja.

  • Jangan nak jadi macam orang lain.

Ketika berbelanja, belilah barang yang betul-betul anda perlukan. Tak perlu tukar perabot lama, atau baju raya yang terlalu banyak hanya unthk menunjuk atau nak kepuasan melebihi orang lain. Tak perlu kita nak jadi orang lain dan meniru orang lain kerana ianya bukan tabiat yang baik. Dan juga tak berfaedah.

  • Elakkan berhutang.

Ada mereka yang sanggup berhutang untuk memenuhi keperluan mereka. Tidak cukup dengan gaji yang sedia ada, ada pula yang sanggup berhutang dengan menggunakan kad kredit hanya untuk membeli keperluan raya yang tak perlu untuk mereka. Mereka berbuat demikian kerana semata-mata nak merayakan raya paling mewah. Tabiat ini kena di elakkan dan dijauhi kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan anda dan tiada faedahnya sama sekali.

  • Amalkan sikap berjimat cermat dan jangan membazir.

Selalunya kita gemar untuk berbelanja juadah puasa di bazar ramadhan dengan berlebihan. Belilah juadah dengan sekedarnya sahaja dan jangan ikut nafsu. Kadang juadah yang sudah dibeli tak sempat pun kita nak makan selepas berbuka puasa. Amat membazir dan sikap ini amatlah tak baik.

  • Gunakan Apa yang Ada.

Kalau kita perhatikan dan teliti, sudah tentu banyak pakaian yang masih boleh kita gunakan untuk beraya. Anda harus pandai memanfaatkan situasi ini. Jika masih boleh digunakan, gunakanlah baju yang lama dan buat sedikit perubahan dan ubah sedikit penggayaannya. Anda boleh padan-padan kan dengan baju yang lain. Sama juga dengan perabot ataupun langsir dirumah. Kalau boleh gunakan sahaja yang lama dan buat sedikit gaya DIY yang boleh menjimatkan wang anda. Tak perlu bermewah dengan perabot yang ada pun rumah anda tampak kemas dan cantik asalkan anda ada kreatifiti untuk  mengubahnya.

  • Bijak membuat pembelian

Semasa berbelanja, pastikan anda sudah membandingkan harga pasaran dan sudah tahu dimana tempat yang sesuai untuk anda membuat pembelian. Sebaiknya beli persiapan raya seawal mungkin kerana ada segelintir peniaga yang menaikkan harga barang ketika musim perayaan bahkan ada juga peniaga yang menyorokkan barang terutamanya barang runcit dan akhirnya menaikan harga.

Selamat Hari Raya Idul Fitri

Walaupun raya hanya sekali setahun dan kita perlu merayakannya, akan tetapi beraya dengan cara sederhana lebih baik daripada kita membazir dan berlebihan. Tidak semestinya kita merayakan raya dengan kemewahan. Tujuan kita dalam bulan ramadhan adalah untuk lebih dekat dengan Allah dan juga untuk lebih beribadah kepadaNya. Dan tujuan beraya adalah meraikan kemenangan dalam kejayaan kita melaksanakan ibadah di bulan puasa. Dan mengeratkan lagi hubungan kita dengan sanak saudara dan juga rakan lainnya. Dan bukan sebaliknya.

Semoga sedikit perkongsian ini berguna untuk anda, dan mudah-mudahan ianya  akan menjadikan kita sebagai  manusia yang lebih bersyukur dan sentiasa melihat  kebawah agar kita tidak terjerumus ke lembah kesombongan. aamiin ya Allah.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam