Jalan-Jalan Lagi

Cara Mohon Visa Ke Jepun Bagi Pasangan Bukan Warganegara Malaysia

Kembali kaknil bersama anda pada entry kali ini. Masih sekitar rangkaian perjalanan kaknil ke Jepun. Seperti anda sedia maklum yang kaknil bukan warganegara Malaysia, Kaknil baru mohon untuk mendapatkan kewarganegaraan setelah beberapa tahun tertunda kerana kesibukan suami bekerja dan tak sempat nak ke Imegresen untuk buat permohonan. Adakalanya pasport kaknil nak habis, jadi kena tunggu pasport yang baru tu siap jadi barulah buat permohononan. Macam-macam lagi kendala yang terjadi. Dan ianya adalah di luar kekuasaan kita sebagai manusia.

Jadi, kalau kaknil nak ke Jepun sudah tentu kaknil memerlukan visa untuk dapat kesana. Akhirnya kaknil pun pergi ke kedutaan Jepun yang ada di no. 11 jalan Stonor, Kuala Lumpur. Kedutaan Jepun ini dibuka setiap hari dari Isnin sampai  Jumaat, pukul 08.30 pagi sampai 12.00 tengah hari dan dibuka kembali selepas berehat pukul 02.00 sampai 4 petang. Sabtu dan ahad tutup. Jadi kalau anda nak berurusan dengan kedutaan Jepun di Kuala Lumpur ini, anda harus tahu masa yang sesuai untuk berurusan.

Kedutaan Japan di Jalan Stonor, Kuala Lumpur

Kedutaan ini terletak di area kawasan yang agak sesak. Dan perlu anda ketahui bahawa tidak ada parking di area kedutaan. Akan tetapi dekat dengan bangunan kedutaan ini ada tempat parking berbayar yang boleh anda gunakan. Kalau tak silap kaknil tempatnya bersebelahan sahaja dengan kedutaan ini. Dan bayaran sekali masuk dalam RM8. Anda boleh bertanya pada security kedutaan Jepun ini dimana lokasi parking tersebut. Tak jauh dan anda boleh berjalan kaki sahaja dalam 5 minit.

gambar ihsan Google

Urusan permohonan Visa amat mudah dan pihak kedutaan Jepun amat sigap dan cepat dalam membantu anda memohon visa. Asalkan segala dokumen yang diperlukan tersedia dengan lengkap. Bayaran visa ketika itu kaknil dikenakan sebanyak RM110 sahaja. Masa yang diperlukan bagi memasukan permohonan ketika itu hanya 5 minit sahaja.

Kaknil sampai dan isi borang kehadiran di kaunter masuk, setelah itu masuk ke dalam office dan mengambil nombor giliran. KakNil duduk sekejap dalam 2 minit, kemudian nombor dipanggil dan kaknil serahkan borang yang diperlukan. Selepas seminit siap dan kaknil diberikan resit untuk pengambilan pasport 2 hari kemudian. Amat cepat dan ringkas.

Visa Japan
Bagi anda yang bukan warganegara Malaysia dan nak memohon Visa ke Jepun, dokumen yang anda perlukan untuk memohon Visa Holiday untuk warganegara Indonesia adalah sebagai berikut:
  • Pasport asal dengan visa pasangan yang sah dalam pasport. Kesahihan Visa mesti tidak kurang dari 6 bulan selepas permohonan visa Jepun diserahkan.
  • Satu borang permohonan visa
  • Satu foto berwarna 4.5×4.5 cm terbaru dan berlatar belakang putih
  • Surat pelan asal dari suami yang menyatakan¬† nama dan hubungan (suami isteri), tarikh dan tujuan perjalanan, tempoh tinggal di jepun, semua perbelanjaan ditanggung suami.
  • Salinan pasport suami Malaysia
  • Salinan sijil perkawinan
  • Salinan penyata bank terkini selama 3 bulan dan mestilah salinan asal yang disahkan oleh pegawai bank (ditandatangani dan di cap) mestilah menunjukkan nama, nombor account, transaksi terkini 3 bulan dan baki semasa (sehingga bulan penyerahan). Cetakan perbankan internet diterima dengan syarat semua maklumat diatas dan salinan asal yang disahkan oleh pegawai bank
  • Jadual tinggal di Jepun berikut dengan tarikh ketibaan/pelepasan, pelan tentatif setiap hari di Jepun. Nama, alamat dan no telepon tempat penginapan (hotel)
  • Penyerahan dan pengumpulan visa mestilah dilakukan sendiri oleh si pemohon visa atau jika tidak, surat kebenaran asli diperlukan dari pemohon visa untuk menyerahkan atau mengumpulkan bagi pihak (masing-masing untuk penyerahan dan pengumpulan).

Bagi anda yang bertempat tinggal jauh dari Kuala Lumpur, anda tak perlu risau kerana ada pejabat yang berhampiran tenpat tinggal anda untuk anda memhon visa ini. Anda boleh semak dibawah ini kawasan yang mungkin anda boleh datangi.

Dokumen penting yang harus anda lengkapkan
Sila semak kawasan liputan dibawah ini untuk penyerahan visa:
  1. Pemohon dari kuala lumpur, Selangor, Negeri sembilan, Melaka, Johor, Pahang hendaklah mengemukakan permohonan kepada kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.
  2. Permohonan di Perak, Kelantan, Trengganu, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pejabat konsulat Besar Pulau Pinang di Pulau Pinang (rujuk secara langsung untuk kelepuan visa).
  3. Pemohon dari Sabah mesti mengemukakan permohonan kepada Pejabat Konsular KK di Sabah (rujuk secara langsung untuk keperluan visa)
  4. Pemohon dari Serawak boleh mengemukakan permohonan kepada Kedutaan Jepun di Pejabat Konsular Kuala Lumpur atau KK di Sabah.

Permohonan visa anda sekurang-kurangnya akan siap dalam tempoh 3 hari bekerja. Amat cepat dan menjimatkan masa anda. Hanya satu hal yang perlu anda ambik perhatian iaitu sijil perkawinan di masing-masing negeri tak sama. Macam kaknil sijil perkawinan kaknil negeri Johor. Ada tulisan JAWI, dan pihak kedutaan minta untuk kaknil membuat salinan translatenya.

Jika anda boleh membuat sendiri pun boleh. macam kaknil, pada masa tu tidak mempunyai cukup masa nak ke Johor untuk meminta translate kan sijil kawin, jadi kaknil translatekan sahaja sendiri ke bahasa inggeris dan emailkannya kepada pihak kedutaan. Akan tetapi seandainya anda boleh minta dari Jabatan Agama tempat sijil kawin anda dikeluarkan itu lebih bagus. Pihak jabatan Agama Islam daerah masing-masing sudah menyediakan translate sijil kawin tersebut. Mana tahu anda akan ke negara lain dan pihak kedutaan meminta translate sijil perkawinan, anda sudah ada dan hanya buat salinan sahaja.

Setakat kaknil buat permohonan visa di kedutaan Jepun amat memuaskan. Layanan yang mereka berikan amat bagus dan juga cepat. Mudah-mudahan kaknil akan dapat peluang lagi melawat Jepun di masa akan datang bersama  keluarga tersayang, aamiin.

Kansai Aiport, Osaka, Japan

Mudah-mudahan sedikit coretan entry kali ini dapat membantu anda yang ada plan nak ke Jepun bersama keluarga tersayang. Kemana pun kita pergi tidak akan ada masalah selagi kita ikut undang-undang dan juga ikut proses yang sewajarnya. Semua kemudahan ada didepan mata kita, hanya tinggal kita sahaja memanfaatkannya sebaiknya.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam