Jalan-Jalan Lagi

Pentingnya Tulis Vision Board Untuk Realisasikan Impian

Tak pernah pun KakNil membayangkan akan menjejakkan kaki ke Jepun sejak dari kecil lagi. Banyak kaknil dengar cerita tentang negara matahari terbit itu, silih berganti kenalan, keluarga dan juga kawan melancong kesana. Bahkan ada keluarga jauh yang menetap disana dan berkahwin dengan orang sana.

Suasana di malam hari di sekitar bandar

Semenjak kecil lagi kaknil sering menonton serial Oshin dan juga cerita Jepun lainnya. Memang agak teringin nak rasakan budaya mereka, masakan mereka, bahkan nak tengok rumah mereka.  Tapi kaknil selalu rasa mustahil nak jejakkan kaki kesana. Akan tetapi ada terlintas di benak apa perasaan kaknil apabila boleh menjejakkan kaki disana. Tanpa sedar, kaknil pun menulis satu entry di blog kaknil ini untuk pergi kesana. Itupun atas saran mentor kaknil ketika itu. Beliau bertanya pada kaknil, nak pergi kemana kalau seandainya diberi peluang untuk melancong ke luar negara. Tanpa rasa apa-apa, kaknil menjawab Jepun. Dan kaknil tumpahkan luahan itu pada entry Percutian Idaman kaknil ketika itu.

Tak silap kaknil buat disitu nak merealisasikan keinginan ke Jepun pada tahun 2018. Tanpa rasa apa-apa, kaknil pun menulis dan publishkan entry tersebut. Tapi alangkah terkejutnya kaknil apabila di awal 2018, seakan-akan perjalanan ke Jepun itu pun sepertinya sudah dekat. Hingga tanpa sengaja group kaknil mencadangkan kami untuk adakan “me time” ke Jepun.

Perjalanan naik train nak ke Osaka Station

Seakan-akan dirancang, akan tetapi macam pelik juga. Vision Board yang kaknil tulis akhirnya akan menjadi kenyataan. Begitu magic dan kaknil hampir tak percaya yang kaknil akan segera bertolak ke Jepun pada masa yang sama dengan yang kaknil tulis sebelum ini. Rasa tak percaya tapi itulah hakikatnya.

Jadi bagi anda yang ada impian, jangan segan untuk tulis impian anda. Anda boleh tulis kat mana-mana anda nak atapun senang nak tengok. Kat buku, kat noted, kat blog ataupun apapun media sekalipun. Lihat setiap hari dan tanpa sedar anda akan dibawa untuk merealisasikan impian tersebut. Kita akan terangsang untuk buat lebih lagi agar impian kita tu terealisasikan.

Tunggu update entry dari Kaknil  tentang perjalanan kaknil ke Jepun pada entry selanjutnya.  Tunggu ya.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam