div id="fb-root">
Jalan-Jalan Lagi

Singgah Semalam Di Manila Sebelum Terbang Ke Negeri Matahari Terbit

Masih  segar di ingatan kala kami disambut dengan pelangi yang cantik di atas awan seluas mata memandang di atas bumi Filipina. Tak pernah kaknil melihat pemandangan yang amat cantik seperti itu sebelumnya. Biasanya Kaknil melihat pelangi dari daratan. Tapi kali ini Kaknil boleh lihat pelangi yang begitu indah dari atas pesawat yang tengah mengudara di langit lepas. Ya, ketika itu Kaknil diatas pesawat tepatnya di atas bumi Filipina.

Pelangi diatas Bumi Manila yang memukau

Masa tu kalau tak silap kaknil 30 minit sebelum mendarat di Manila. Kami lihat sekumpulan awan-awan yang gebu dan putih sangat cantik sekali, ditambah lagi dengan kehadiran pelangi. Begitu cantik sekali, subhanallah. Begitu besar ciptaan Allah diatas muka bumi ini. Masa tu Kaknil transit di Manila untuk melanjutkan perjalanan ke Jepun. Kami harus singgah di Manila dan meneruskan perjalanan esok harinya ke Jepun.

Group G7 travel Ke Jepun

Pengalaman yang amat luar biasa bagi Kaknil yang orang biasa ini. Kali ini persinggahan kami di Manila hanya semalam sahaja. Sebelum sampai di Manila, kaknil sudah pun menghubungi saudara yang ada di Manila. Kebetulan abang sepupu suami kaknil berkahwin dengan orang Filipina. Jadi senanglah kaknil  berada di Manila ada orang yang akan membawa kami berjalan untuk melihat-lihat bandar Manila walaupun hanya untuk sehari.

Terminal 2 Manila

Perjalanan kaknil ke Jepun bersama  Siti Rania anak sulong Kaknil dan juga 7 orang kawan Kaknil dan juga 2 diantara mereka membawa seorang bayi. KakNil transit di Manila seramai 5 orang dewasa, 1 kanak-kanak dan 1 orang bayi. Yang lainnya terbang dari Kuala Lumpur terus ke Jepun tapi mereka lambat sampai di Jepun sehari dari kami. Perjalanan kami dari Kuala Lumpur Airport ke Manila Airport (Ninoy Aquino International Airport Terminal 2) memakan masa lebih kurang dalam 3 jam 30 minit.

Mike

Sesampainya kami di airport Manila, saudara ipar Kaknil akan menyambut kedatangan kami dan mengantarkan kami ke hotel berdekatan untuk kami bermalam. Selepas menunggu akhirnya Mike, saudara ipar Kaknil disana akhirnya Nampak dan mengantar kami ke hotel yang terdekat. Masa tu kalau tak silap Kaknil nama hotelnya Hotel Metro, tak berapa jauh dari airport dan berada di kawasan yang agak padat. Masa tu kami mengambil grab dari airport untuk ke hotel tersebut.

Mall of Asia

Selepas sampai di airport kami berehat sebentar dan keluar berjalan-jalan ke sekitar Mall of Asia. Mall Of Asia ini adalah mall yang terbesar dan terluas di Filipina.  Juga dekat dengan kawasan pantai yang ramai orang ketika itu. Kalau tak silap Kaknil ada festival bunga api ketika kami kesana. Selepas makan dan menghirup udara Manila dimalam hari, kami pun pulang ke hotel dan berjanji dengan Mike untuk berjalan ke taman dan area terdekat untuk sekedar berjalan-jalan dan mengambil gambar dan membeli sedikit cendera hati.

berjalan-jalan di sekitar bandar Manila dengan menaiki Jibni

Menurut pandangan Kaknil, ramai warga ibukota di hujung minggu meluangkan masa bersama keluarga di taman berdekatan dengan Mall of Asia ketika kami berkunjung kesana. Menurut Mike, kebiasaan itu sudah menjadi tradisi mereka untuk meluangkan masa di hujung minggu bersama keluarga selepas sibuk bekerja pada hari biasa. Ada yang mendirikan kemah di tengah-tengah taman sambil menikmati pemandangan malam dari dalam kemah.

Tapi dari pemandangan yang riuh dan penuh kegembiraan itu, terdapat suatu pemandangan yang tak biasa bagi kaknil ketika itu. Kaknil melihat banyak pengemis yang berkeliaran disekitar taman dan juga bandar Manila yang mendirikan kemah di tepi-tepi jalan. Nampaknya mereka memang tiada rumah dan memanfaatkan taman dan juga tepi-tepi jalan untuk dijadikan tempat tidur melepas lelah. Bandar yang begitu padat juga menyimpan banyak cerita didalamnya. Bersyukur di Negara kita tidak ada pemandangan seperti ini.

Rizal Park

Keesokan paginya selepas kami bersarapan, Mike mengajak kami berjalan-jalan ke Rizal Park dan berjalan-jalan disekitar sambil bergambar dan juga Mike tak segan untuk menceritakan sejarah taman itu. Rizal Park sangat luas dan ramai pengunjungnya. Kebanyakannya warga tempatan yang beriadah bersama keluarga dan ada juga terlihat group sekolah darjah yang melakukan lawatan. Rizal Park ni amat bersejarah bagi rakyat Filipina. Rizal Park ini terkenal dengan gelaran The Pearl of The Orient Seas. Taman ini merupakan salah satu taman yang bersejarah di Filipina. Ianya bekas penjajahan Spain dan ditaman inilah ada seorang wira mereka yang di hukum mati pada tahun 1896 iaitu Dr. Jose Rizal. Untuk memperingati jasa beliau terhadap revolusi ketika itu melawan penjajahan Spain, maka dibuatlah Taman Rizal ini beserta sebuah patung yang menyerupai Rizal yang berdiri tegak sehingga sekarang.

Ramai pengunjung yang beriadah di sekitar area Rizal Park

Rizal Park menjadi tarikan pelancong dalam dan luar Manila. Di sekitar taman ini terdapat juga pelbagai pusat rekreasi seperti Open Air Auditorium, Manila Ocean Park, Manila Planetarium, dan juga banyak lagi. Anda boleh berkunjung ke Rizal Park ini dengan menaiki pengkutan awam seperti Jibni, taxi ataupun kenderaan sewa. Masyarakat Manila amat menjaga sejarah mereka dengan banyaknya peninggalan sejarah yang terlihat di sekitar bandar Manila.

Intramuros

Selepas berjalan di Rizal Park, kami berjalan lagi ke Intramuros. Intramuros ni kawasan yang banyak bangunan sejarah. Boleh dikatakan banyak menyimpan bangunan tua. Sepanjang jalan ke intramuros ini anda akan lihat banyak bangunan peninggalan zaman dulu yang masih terjaga dengan baik. Masa pemerintah Spain memerintah dahulu, disinilah letak pusat pemerintahan mereka. Intramuros sendiri sering disebut juga The Walled City yang identic dengan kota Manila. Pada masa dulu, masa pemerintahan Spain, kota yang berada di luar tembok kekar ni dinamakan “extramuros” yang berarti diluar tembok. Kerana suasana didalam intramuros lebih kepada sentuhan Spain.

Terdapat banyak bangunan lama di sekitar intramuros

Kaknil dan kawan-kawan menyempatkan masa ke gereja San Augustinus yang merupakan salah satu warisan UNESCO dan merupakan satu-satunya bangunan yang masih kukuh dan tak hancur semasa terjadinya pertempuran di Manila ketika dulu. Gereja ini amat unik dan memiliki banyak koleksi yang menarik didalamnya. Kita boleh berjalan kaki dan juga menaiki becak untuk mengelilingi intramuros ini. Para penunggang beca akan mengantar kita untuk berkeliling melihat tempat-tempat bersejarah yang berhampiran dengan kadar bayaran tertentu. Tapi kaknil dan kawan-kawan lebih memilih berjalan kaki kerana terasa lebih bebas dan boleh singgah dibangunan-bangunan yang kami lalui. Nasib baik kami ada bawa Vivix dan Peformanced Drink untuk kekalkan tenaga disepanjang perjalanan kami.

Bergambar di depan Gereja Lama Warisan UNESCO

Disekitar intramuros ini juga banyak menjual cendramata dan juga pernak Pernik yang boleh anda beli dan dibawa pulang sebagai buah tangan. Pelbagai cendramata dijual disini. Selepas puas berjalan, masa untuk ke airport untuk melanjutkan perjalanan kami ke Jepun sudah pun tiba. Kami harus bergegas ke hotel untuk mengambil bagasi dan meneruskan perjalanan ke airport.

Didalam bangunan ini kita boleh membeli cendramata untuk dibawa pulang

KakNil akan ceritakan lagi, sambungannya pada entry yang akan datang, jadi tunggu ya jangan lewatkan.

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

6 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam