div id="fb-root">
Ibu berpantang, Ibu Menyusui

5 Masalah Yang Biasa Dialami Ibu Semasa Berpantang

Semasa berpantang sudah pasti ada sahaja masalah yang dialami ibu. Apalagi bagi mereka yang melahirkan anak untuk yang pertama kali. Jom kita ketahui apa sahaja masalah yang biasanya terjadi kepada ibu-ibu semasa berpantang. Ini hanyalah panduan yang perlu anda ketahui, bila ada masalah yang serius dan rumit, diharapkan anda segera berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda lebih lanjut.

Ibu berpantang

Diantara masalah yang kerap terjadi iaitu:

Biasanya luka pada episiotomi, anda akan mengalami sakit pada faraj dan kesakitan ini akan berlanjutan sehingga seminggu dua. Rasa sakit ini akan dirasakan ketika berjalan mahupun duduk. Apabila ianya amat mengganggu, anda boleh terus berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan koyakan yang terjadi. Biasanya untuk kes yang agak teruk ini terjadi kerana ada sebahagian jahitan yang terputus. Biasanya doktor akan menjahit semula atau akan menyapu krim untuk luka bercantum semula. Ikut keadaan luka dan koyakan yang dialami.

  • Perut mengalami senggugut atau keras seperti sakit sengugut.

Biasanya kita memanggilnya dengan sebutan “sakit rengat”. Ianya terjadi pada rahim sebaik sahaja melahirkan. Akan tetapi anda jangan risau kerana rahim masa ini mengecut dengan kuat. Kecutan ini menghalang aliran darah dari rahim seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah.

  • Ibu mengalami masalah sembelit.

Sembelit dimasa berpantang kadangkala amat memeritkan. Kerana kita akan takut untuk membuang kerana takut luka jahitan akan terbuka dan akhirnya akan menahan rasa untuk buang air besar. Sembelit juga akan memudaratkan kesihatan. Ibu digalakkan untuk mengambil lebih serat  dan juga air masak. Amalkan pengambilan makan tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan juga kalsium yang cukup serta zat besi. Ianya baik untuk melancarkan penghadaman dan elak sembelit ketika berpantang. Dan elak terjadi buasir.

  • Selepas melahirkan bayi, payudara ibu akan menghasilkan susu dan akan alami bengkak susu.

Kadangkala ianya akan banyak mengeluarkan air susu dan ada kalanya ia akan sakit, membengkak dan juga berat. Sebahagian ibu akan mengalami demam jika terjadi bengkak susu. Oleh itu anda harus susukan bayi dengan kerap dan apabila memungkinkan anda boleh pam susu agar bengkak semakin surut. Anda juga boleh  buat urutan ringan di area payudara dan juga bersihkan payudara agar bengkak akan berkurangan.

  • Selepas melahirkan bayi, keadaan fizikal anda akan berubah.

Akan ada kenaikan berat badan bahkan ada yang nampak sangat gemuk. Anda tak perlu risau kerana ini hanyalah untuk sementara masa sahaja. Berat badan anda akan kembali normal asalkan anda menyusukan bayi dengan rutin dan juga menjaga pemakanan anda dengan makan makanan yang sihat dan seimbang setiap hari. Susukan bayi secara ekslusif dan anda akan rasakan perbezaan yang kentara dengan berat badan anda.

Ibu berpantang harus sentiasa ceria dan berpikiran positif

Selain daripada penjagaan kesihatan selama berpantang, ibu berpantang harus juga membuka minda dan menjauhi perkara-perkara yang membuat ibu tertekan seperti stress dan juga keletihan. Usahakan anda sentiasa ceria dan berpikiran positif untuk merangsang keceriaan anda setiap hari bersama bayi. Jangan lupa untuk membuat senaman ringan agar badan anda tetap cergas dan sihat.

Pengambilan makanan tambahan seperti Set Berpantang dan Menyusui Bayi  juga amat digalakkan untuk anda amalkan setiap hari. Selain memperbanyak susu ibu, set ini juga bagus untuk dalaman dan luaran juga. Set ini juga akan kembalikan lagi tenaga ibu dan juga mempercepat luka sembuh dan kering serta memberikan sistem imun yang tinggi kepada bayi melalui penyusuan ibu. Juga mengelakkan daripada sembelit dan kurang susu badan.

Set Berpantang dan Menyusui Bayi dengan ceria

Anda boleh dapatkan info dan maklumat lanjut tentang Set Berpantang dan Menyusui Bayi ini disini.

Anda boleh mendapatkan Set Menyusui disini.

Belian secara online guna kad Kredit/Debit ->>Klik Sini Saya Nak  Beli Set Ibu Berpantang dan Menyusui

Ikut sahaja langkah yang diberi, Web belian adalah selamat dan dilindungi (https :Hyper Text Transfer Protocol Secure (HTTPS) is the secure version of HTTP, the protocol over which data is sent between your browser and the website that you are connected to)

Jika anda tak nak buat order sendiri, anda boleh menghubungi kami untuk buat pesanan/belian.

Pn. Nila/ En. Firdaus

sms/ whatsapp  +60176281787

Anda yang gemar dengan pengkhidmatan Cash On Delivery, kami menyediakan pengkhidmatan ini di sekitar area Batang kali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat pesanan. Barang yang anda pesan akan kami terus hantar ke alamat yang anda berikan. Sangat menjimatkan masa anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera diatas ya.

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam