div id="fb-root">
Ibu Mengandung

Gusi Rosak Boleh Cetus Kelahiran Pramatang

Selalu kita dengar bahawa kalau ibu mengandung tidak boleh untuk cabut gigi semasa kehamilan. Kalau sekadar nak cuci atau cek sahaja tidak mengapa. Sama dengan Kaknil masa mengandung kedua-dua anak dulu. Hanya boleh cuci gigi sahaja. Apapun tidak dibenarkan untuk mencabut gigi. Tapi kalau sekadar untuk melakukan pemeriksaan gigi memang diharuskan.

penjagaan ibu mengandung amat penting

Namun begitu ibu mengandung tidak digalakkan untuk melakukan pemeriksaan gigi pada tempoh masa tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan. Mengapa begitu agaknya? mengapa ibu mengandung tidak digalakkan melakukan aktifiti agresif pada gigi pada masa tersebut? diantara sebabnya iaitu kerana yang seperti diterangkan dibawah ini.

  • Tiga bulan awal

Tempoh minggu pertama merupakan masa untuk kebanyakan organ dalaman bayi terbentuk da berkembang. Apapun sebarang rawatan yang memerlukan suntikan sebagai contoh untuk mencabut gigi perlukan suntikan, maka ini perlu untuk dielakkan. Akan tetapi apabila kes yang agak mendesak, perlu adanya pertimbangan doktor dan apabila mungkin ianya akan diberikan dengan dos yang amat rendah.

  • Elakkan pengambilan sebarang antibiotik tanpa pengawasan doktor.

Anda perlu beritahu kepada doktor yang anda sedang mengandung. Kerana doktor akan memberikan ubat mahupun kaedah yang sesuai dengan keadaan anda, agar tidak memudaratkan ibu dan juga bayi yang di kandung. Walau bagaimanapun apabila sekiranya anda memerlukan antibiotik, doktor akan memberikan antibiotik yang sesuai untuk ibu mengandung.

  • Semasa mengandung, ibu kadang mengalami masalah gusi berdarah.

Dan adakalanya gusi menjadi bengkak dan mendapatkan jangkitan. Ini terjadi kerana adanya perubahan hormon semasa ibu mengandung. Oleh itu ramai ibu mengandung yang alami masalah gusi berdarah ketika memberus gigi mahupun melakukan flos gigi. Pendarahan pada gigi ini cenderung kepada berlakunya gingivitis dan ianya boleh melarat sampai berlakunya penyakit gusi yang kronik (periodontal disease). Penyakit ini boleh menyebabkan kemudaratan kepada bayi dan ianya berisiko kepada lahirnya bayi pramatang.

  • Ibu mengandung harus mengurangkan prosedur berkaitan pergigian.

Hal ini kerana ianya akan berdampak tak baik kepada ibu kerana akan merasa tidak selesa. Contohnya sahaja pada kehamilan trimester ketiga.  Sudah tentu tidak selesa dalam keadaan perut yang dah besar dan berbaring di klinik pergigian  kerana berat bayi akan menekan abdomen. Alangkah lebih baik jika ianya ditangguhkan selepas bayi dilahirkan.

kesihatan ibu dan bayi amat dititik beratkan selama kehamilan hingga bersalin

Sebab-sebab Gigi Mudah Rosak Semasa Mengandung

  • Masalah gusi
  • Muntah (asid dari perut boleh menjejaskan permukaan gigi)
  • Rasa mengidam terhadap benda manis seperti coklat dan gula-gula
  • Loya dan muntah semasa memberus gigi.

Jadi buatlah langkah bijak untuk anda semasa mengandung agar kesihatan anda dan bayi tidak terjejas. Sentiasa menjaga kebersihan gigi agar ianya tidak ada risiko kesihatan untuk anda dan bayi yang dikandung. Ibu mengandung harus membekalkan kalsium yang cukup agar tidak mengalami masalah semasa mengandung dan melahirkan.

Ibu mengandung harus menjaga kesihatan dengan amalkan budaya hidup sihat dna seimbang. Elakkan makanan yang tinggi lemak jahat dan juga tinggi gula. Elakkan minuman berkafein dan mengandungi gas berkabonat. Ibu mengandung harus mengambil banyak makanan berkhasiat dan juga mengandungi cukup nutrisi. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran juga amat digalakkan.  Amalan mengambil makanan tambahan seperti Set Vitamin Ibu Mengandung juga amat membantu ibu untuk lebih sihat dan bayi yang dikandung tumbuh dan berkembang dengan baik dan sihat.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam