div id="fb-root">
Jalan-Jalan cari makan, Jalan-Jalan Lagi

Jalan-Jalan Ke Negeri Matahari Terbit Part. 1

Alhamdulillah akhirnya  sampai juga masa nak menaip entry perjalanan kami ke Jepun beberapa bulan lepas. Tak tahu nak mula darimana, banyak kenangan yang kami dapatkan ketika perjalanan kami ke Jepun tempoh hari. Berawal dari perjalanan kami dari Kuala Lumpur dan singgah sehari di Manila untuk transit. Perjalanan kami kali ini dari kuala lumpur ke Manila seramai 5 orang dewasa, seorang baby dan seorang kanak-kanak.

Kumpulan Kami sampai awal di Osaka

Alhamdulillah perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Manila berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Begitu terujanya kami ketika nak mendarat di Manila, kerana sebelum pesawat mendarat, ada sekawanan awan putih cantik yang diselami dengan indahnya pelangi. Memang pemandangan yang luar biasa yang tak pernah kami alami. Nampak jelas dan terang dari tingkap pesawat. Begitu indah dan amat luar biasa. Pemandangan sebegini kaknil rasa memang amat jarang apalagi kami melihatnya dari atas pesawat, seakan-akan mengalu-alukan kedatangan kami di Manila ketika itu.

Selama semalam di Manila, kami sempat juga melawat area sekitar airport dan juga bandar yang berdekatan untuk sekadar jalan-jalan dan menikmati keindahan alam sekitarnya juga budaya penduduk setempat. Anda boleh baca entry kaknil sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut perjalanan kami ketika singgah di Manila tempoh hari.

Philipine Airlines

Perjalanan kami teruskan ke Jepun pada tengah hari ketika itu, kami bergerak ke airport dalam lingkungan pukul 10 pagi waktu Manila dan akan boarding pukul 2 petang.  Alhamdulillah perjalan kami lancar dan selamat tiba di Kansai International Airport (KIX) dalam lebih kurang dalam pukul 07.15 malam waktu Jepun. Begitu teruja sekali Kaknil dan Rania yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Jepun. Suasana yang bersih dan juga hening ketika itu. Begitu ramai sekali orang ketika itu. Nampak ramai pelancong seperti kami dan juga warga tempatan. Proses imgresen amat cepat dan juga sigap. Nampak sangat orang jepun ni disiplin dan juga cekap.

Kami ada 3 kumpulan. Kumpulan pertama ialah kumpulan kaknil, Rania, Falinah, Mama Falinah, Kakyu, baby kausar dan sha yang singgah semalam di Manila. Dan kumpulan kedua adalah Zaleha dan baby Lutfi yang berusia setahun lebih yang akan sampai di airport pada esok hari pukul 5 pagi. Dan kumpulan terakhir adalah Mel dan Mien yang akan sampai esok lusa. Jadi kumpulan kaknil adalah kumpulan pertama yang akan sampai di Jepun. Kami sepakat untuk tunggu Zaleha dan baby di airport sampai esok pagi. Dan akan bergerak ke penginapan bersama-sama keesokan paginya.

Sampai di Kansai Airport

Jadi kami menginap di area airport sahaja malam tu sampai pagi subuh sambil menunggu kedatangan Zaleha dan Lutfi. Selepas kami mengambil barang dan berniat nak mencari penginapan, tiba-tiba sahaja tergerak hati kaknil untuk membuka beg dan ingin mengambil Sesuatu didalam beg berkenaan. Beg bagasi kami dah dibalut dengan plastic wrap agar ianya aman dan tidak berlaku apa-apa yang tak diinginkan semasa perjalanan. Tapi alangkah terkejutnya kaknil kerana kaknil mendapati beg bagasi kaknil pecah dan beg satu lagi tu pun alami masalah yang sama. Hanya beg yang kecil tu mengalami masalah rosak di bahagian kunci. Sedangkan yang satu lagi pecah dan kemek.

beg bagasi yang rosak

Kaknil rasa kecewa dan berpikir macamana nak berjalan dengan keadaan beg yang pecah seperti ini. Akhirnya kaknil putuskan untuk bertanyakan masalah ini ke kaunter airlines berkenaan. Kami menempah perjalanan pergi balik dengan menaiki Philipines Airlines. Masa ketika itu sudah menunjukkan pukul 10 malam. Dan kaunter philipines airlines pun sudah tutup. Akhirnya kaknil pergi ke kaunter pertanyaan yang ada ditingkat bawah airport dan bertanyakan bagaimana cara nya untuk mengatasi masalah yang kaknil hadapi. Syukur Alhamdulillah petugas yang berada di kaunter itu banyak membantu kaknil. Mereka menyarankan kaknil agar tetap di airport sampai esok pagi untuk membuat aduan berkenaan beg kaknil yang rosak. Mereka juga membantu untuk menghubungi pihak Philipines Airlines ketika itu dan malangnya pejabat mereka sudah tutup dan kaknil harus menunggu sampai esok pagi.

beg hitam ini juga rosak

Akhirnya kami hanya tidur di kerusi-kerusi yang ada dan menunggu sampai pagi disana, kerana apabila kita masih ada di airport, peluang untuk kita buat aduan dan mendapatkan gantian beg bagasi akan lebih besar. Sekurang-kurangnya dapat pinjaman beg untuk sementara waktu. Lagipun kami juga memang harus berada di airport sampai subuh untuk menunggu kedatangan kumpulan kedua iaitu Zaleha dan Lutfi. Dalam pukul 6 pagi kami bertemu kumpulan kedua dan kaknil pun cepat-cepat uruskan perihal bagasi di kaunter Philipines Airlines. Alhamdulillah mereka menggantikan beg kaknil yang pecah dan rosak. Akan tetapi mereka hanya mengganti sebuah sahaja, kerana stok pada ketika itu hanya ada satu sahaja.

bersama Staff Philipines Airline yang sangat membantu dan peramah

Kaknil rasa itu sudah memadai daripada tidak ada sama sekali. Akhirnya kaknil membatalkan aduan kepada pihak airlines kerana mereka sudah pun  mengganti beg bagasi yang rosak tersebut untuk kaknil. Pihak pengurusan Philipines Airline amat bekerjasama dan sangat memahami, terima kasih kaknil ucapkan kepada mereka. Bukan sahaja layanan yang baik bahkan mereka juga amat cekap dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelanggan mereka. Syabas kaknil ucapkan. In sha Allah ada rezeki kami akan ke Jepun lagi bersama keluarga dengan Philipine Airlines. Aamiin.

area airport kansai

Alhamdulillah masalah bagasi sudah selesai, akhirnya kami mulakan pengembaraan kami di Osaka, Jepun. Terasa lega dan gembira sekali masa itu. Perjalan kami mulai dari airport Kansai ke Namba Station. Kami akan terus ke penginapan untuk meletakkan barang-barang dan berehat sebentar kemudian keluar untuk berjalan-jalan sambal cari makan. Kami menyewa apartment melalui Airbnb ketika itu. Sampai di Namba Station, kaknil dan kawan-kawna mencuba untuk mencari lokasi penginapan kami. Dan ternyata alamat yang tertera sukar untuk di cari. Akhirnya kaknil menghubungi host berkenaan dengan meminjam phone salah seorang warga tempatan ketika itu yang kebetulan ketika itu kami bertanyakan lokasi penginapan tersebut pada beliau. Beliau meminjamkan phonenya untuk terus berhubung dengan host berkenaan. Tiba-tiba host tersebut berkata alamat penginapan tersebut tidak betul, sedangkan alamat terakhir yang beliau bagi adalah alamat itu.

kami melanjutkan perjalanan ke Namba Station

Masa tu memang banyak masa kami habiskan untuk bertanya kepada mereka yang berada disekitar kami dimana pastinya lokasi penginapan tersebut. Tapi kebanyakan orang tempatan tidak pandai berbahasa inggeris. Memang kaknil dan kawan-kawan seakan-akan diuji dan amat sedih ketika itu. Seramai-ramai orang ketika itu tak ada yang boleh membantu kami. Akhirnya gadis jepun yang membantu kami meminjamkan phone tadi menemui kami dan berkata host penginapan tadi membuat panggilan dan akan datang menjemput kami. Alhamdulillah akhirnya Allah memberikan jalan keluarnya kepada kami. Sampai pada akhirnya kami dibawa ke penginapan tersebut. Alangkah terkejutnya kami kerana jaraknya amat jauh sekali daripada Namba Station tersebut. Lumayan jauh dan berpusing-pusing. Kami berjalan kaki dari Namba Station tu dalam 30 minit ke penginapan yang dicari.

lokasi Penginapan kami di Namba

Sampai di penginapan kami berehat sebentar dan membersihkan diri. Penginapannya lumayan bagus dan sama dengan yang diiklankan di web airbnb. Hanya kami sudah penat mencari dan telah menghabiskan banyak masa. Kaknil akan sambung kisah ini pada entry selanjutnya. Jangan lupa untuk terus mengikuti entry-entry kaknil ya.

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

7 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam