div id="fb-root">
Ibu Mengandung, Manfaat Buah-Buahan

Khasiat Buah Epal Yang Patut Diketahui Oleh Ibu Mengandung

Ramai pasti yang suka sangat dengan buah epal kan? Memang tak dinafikan lagi bahawa kita memang suka buah epal. Tapi tak pernah pun kita ambik tahu apa sebenarnya khasiat buah epal ni. Selalunya kita makan dan nikmati sahaja. Buah epal atau Malus Domestica, merupakan tumbuhan buah yang memiliki rasa manis dengan kandungan air yang banyak dan memberikan kesegaran . Pelbagai warna kulit epal yang kita ketahui seperti merah, hijau, dan agak kekuningan tergantung dari jenis epal itu sendiri.

Buah Epal

Ketika mengigit buah epal, kita akan rasa banyaknya air yang keluar dari buah epal. Kebanyakan dari kita memakan buah epal dengan hanya mengigit sahaja. Sebahagian yang lain ada yang membuat epal sebagai buah rojak, pai dan juga salad. Bahkan dijadikan jus buah.

Tahukah anda buah epal mengandungi flavonoid, polifenol dan vitamin C yang bertindak sebagai anti oksidan yang membantu serangan radikal bebas. Yang akan melindungi tubuh badan kita daripada virus mahupun bakteria yang mengancam kesihatan kita. Epal juga mengandungi beta karotein (vitamin A) yang mampu melawan serangan sel kanser dan menurunkan paras kolesterol jahat.

Warna Epal sesuai dengan jenisnya

Untuk anda ibu mengandung, kaknil sarankan anda untuk mengambil epal ni lebih lagi kerana ianya sangat bermanfaat apabila dinikmati sepanjang kehamilan. Menurut beberapa kajian, anak yang lahir daripada ibu yang menikmati banyak buah epal sepanjang kehamilan memiliki kecenderungan bebas daripada serangan asma selama lima tahun. Hal ini kerana zat antioksidan dan flavonoid yang terkandung di dalam buah epal, ternyata baik bagi fungsi paru-paru orang dewasa.

Epal dapat mengurangi gejala asma dan mengubati secara perlahan. Anda boleh memanfaatkan buah epal kerana kandungan fitokimia dan polifenol nya membantu tubuh memulihkan asma. Ibu mengandung juga disarankan mengambil buah epal kerana akan dapat membantu menepis radikal bebas oksigen yang boleh menyebabkan kencing manis. Ini kerana kandungan serat larut dan pektin yang memiliki peranan sebagai pengendali kadar gula dalam tubuh dengan mengangkut gula ke dalam aliran darah pada siklus yang lebih lambat.

Ibu mengandung baik amalkan memakan epal sepanjang kehamilan

Wanita yang setiap hari setidaknya makan sebiji buah epal dapat merendahkan risiko terserang kencing manis tipe 2 hingga 28 peratus dibandingkan dengan para wanita yang tak mengambil Epal sebagai buah rutin mereka. Sangat istimewa sekali bukan buah epal ini? Jadi bagi anda ibu mengandung yang belum makan epal hari ini, cepat-cepat dapatkan epal untuk anda.

Kesihatan ibu mengandung sudah tentu penting dan harus di perhatikan dengan baik agar ibu dan bayi yang dikandung akan sentiasa sihat dan terhindar daripada pelbagai masalah kesihatan yang tak kita inginkan. Selain mengambil epal, ibu mengandung juga harus menjaga pemakanan seimbang dan juga penuh dengan nutrisi. Jangan lupa jga untuk mengambil makanan tambahan seperti supplement Shaklee Untuk Ibu Mengandung agar ibu dan baby sentiasa sihat.

Anda ibu mnegandung yang masih tercari-cari makanan tambahan yang sesuai untuk anda, boleh mencuba mengambil set ibu mengandung disini yang bebas daripada bahan kimia dan selamat untuk diambik sepanjang kehamilan. Anda boleh menghubungi Kaknil disini untuk dapatkannya dan juga konsultasi terbaik untuk anda.

Pn. Nila/ En. Firdaus
sms/ whatsapp +60176281787

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam