div id="fb-root">
Umum

Simpan Duit Raya Anak Untuk Keperluan Masa Depan Mereka

Alhamdulillah sudah menginjak Syawal, tak terasa sudah memasuki 9 syawal hari ini. Masih belum terlambat untuk kaknil ucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf zahir dan bathin untuk sahabat semua. Mungkin selama penulisan kaknil ada yang mengguris hati anda semua, mohon dimaafkan. Bagaimana raya anda tahun ini?

Simpan duit raya untuk keperluan masa datang

Sudah tentu ramai yang mulai bergerak ke ibukota untuk memulai aktifitas harian seperti biasa. Bagi anda yang akan menuju destinasi masing-masing, diharapkan selamat sampai tujuan anda. Pandu cermat ketika memandu dan elakkan segala risiko dalam perjalanan anda. Tak terasa dah dekat juga nak masuk sekolah bagi anak-anak kita. Rasanya baru semalam je cuti berhari raya.

Seperti biasa, bila datang masa hari raya, sudah tentu anak-anak yang paling gembira. Kesempatan anak-anak akan kumpul duit raya yang mereka dapat dari sanak saudara dan juga keluarga lainnya. Masa inilah kita harus bijak dan dapat melatih anak-anak untuk menabung. Ajar anak-anak menyimpan duit raya yang mereka dapat dan masukkan ke dalam account bank yang bersesuaian.  Ini penting untuk melatih anak-anak sedari kecik untuk berjimat cermat dan tahu pentingnya tabiat menabung. Ianya baik untuk masa depan mereka kelak. Dan secara tak langsung juga kita menanamkan kepada mereka budaya hidup bersederhana dan jimat cermat. 

Selamat hari raya Idul fitri

Alhamdulillah sebelum ini Kaknil dah buat account bank untuk kedua anak kaknil. Untuk masa depan mereka kelak. Apabila terjadi apa-apa dimasa akan datang, sekurang-kurangnya ada tabungan masa depan mereka. Banyak skim tabungan yang boleh anda sertai untuk menjamin wang anda selamat dan dapat faedah yang bersesuaian. Contohnya sahaja banyak plan yang ditawarkan untuk pendidikan, caruman masa depan, kesihatan dan lain-lain plan yang boleh anda ambik.

Yang paling penting jom tanamkan sikap dan amalan menabung pada anak-anak kita. Walaupun sedikit lama-lama jadi bukit. Betul kan?  Kanak-kanak yang dilatih menabung sedari dini akan lebih matang dan terurus dalam kewangan mereka di masa akan datang. Mereka akan lebih cermat dan jauh daripada sikap membazir dan boros. Semua keputusan ada ditangan anda dan andalah yang mencorakkan masa depan anak-anak anda sendiri.

Selamat hari raya dan maaf zahir bathin untuk anda semua, jom simpan duit raya dalam tabungan untuk masa depan yang lebih cemerlang.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

6 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam