div id="fb-root">
Petua Dan Tips

Kenapa Badan Saya Masih Berbau Sedangkan Mandi 3 Kali Sehari?

Persoalan bau badan memang tidak akan ada habisnya sampai bila-bila jika kita tidak dapat mengetahui puncanya. Masalah badan berbau ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tidak mengira usia, jantina, kaya, miskin, tua, mahupun muda.

Bau badan buat suasana tak menentu

Selalunya usia remaja awal akil baligh ramai alami masalah ini. Kadang kita tidak dapat menerima kenyataan yang badan berbau walaupun dah mandi kerap kali dalam sehari. Jangankan tak mandi, yang mandi beberapa kali sehari pun masih juga berbau badan. Agak-agak apa punca sebenar masalah bau badan ini? Sudah tentu bau badan amat mengganggu aktifitas kita setiap hari. Rasa malu, rendah diri bahkan mungkin tidak mahu berhadapan dengan orang lain.

Jom ketahui 7 Keadaan Penyumbang Kepada Bau Badan Yang Tak Sedap
  • Kelenjar Peluh

Setiap kita memiliki 2 kelenjar peluh yang berbeza iaitu accrine dan juga appoccrine. Kelenjar accrine terdapat di seluruh tubuh badan kita dan ianya bertanggung jawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Kelenjar appoccrine pula terdapat di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala, ketiak dan juga sebagainya. Cecair yang dikeluarkan oleh bahagian ketiak dan kulit kepala ini lebih bersifat lemak dan ianya cenderung lebih berisiko untuk berbau.

  • Rambut

Rambut boleh mengeluarkan bau yang tak sedap. Bau rambut yang memyengat boleh menarik perhatian bakteria  dan bakteria ini akan bertindak memecahkan lemak di kelenjar apoccrine yang akan memgakibatkan keluarnya bau yang tak sedap dikawasan rambut. Semakin banyak bakteria di kawasan itu, maka semakin berbaulah rambut anda. Jadi kalau taknak rambut berbau, keraplah mencuci rambut anda agar tiada bakteria yang akan mengganggu.

  • Gunakan Deodoran untuk selamatkan anda dari bau ketiak.

Penggunaan Deodoran amatlah di sarankan untuk mengurangkan bau ketiak anda. Para remaja terutama sekali tengah menjalani proses akil balik yang tengah berkembang dan sudah tentu pertumbuhan badan akan semakin berkembang. Mereka ini amatlah perlukan deodoran untuk memyelamatkan mereka daripada bau ketiak yang amat menyiksa. Deodoran membantu menghentikan peluh keluar akibat aktifiti yang dilakukan.

  • Periksakan Diri Anda Ke Doktor

Apabila masalah bau ketiak atau bau badan masih menjadi masalah besar anda, jangan segan untuk memeriksakan diri anda ke Doktor. Kerana ianya akan dapat membantu anda untuk keluar dari masalah ini. Jangan rasa malu atau sungkan dengan keadaan anda.

  • Pengaruh pemakanan dan juga tabiat yang salah.

Kita harus boleh memilih makanan apa yang patut untuk diambil. Selain mengambil makanan seimbang, pemilihan makanan juga menjadi tunggak utama agar kita tidak mengalami masalah badan berbau. Jauhi diri anda daripada mengambil makanan yang akan memicu bau badan semakin teruk. Contohnya sahaja bawang putih, bawang merah dan juga serbuk kari yang diambil secara berlebihan boleh mendatangkan bau badan yang tak sedap.

  • Lakukan Apa Sahaja Dengan Kadar Yang Sederhana.

Menggunakan apa sahaja sabun, shampoo atau pun minyak wangi janganlah berlebihan. Kerana ianya akan merusak kan kulit anda dan juga berisiko kepada jangkitan kulit yang memburukkan keadaan kesihatan anda. Pilihlah produk yang sesuai untuk kulit anda dan pastikan ianya bebas bahan kimia dan selamat untuk anda gunakan. Penggunaan barangan atau produk yang beralkohol akan menambahkan kulit anda semakin kering dan juga badan akan semakin berpeluh.

  • Jaga kestabilan tubuh badan dan Elakkan daripada Tekanan.

Tekanan yang melampau akan membuatkan tubuh badan kita menjadi tertekan dan akan memicu badan kita semakin berpeluh. Keadaan gementar akan memburukkan lagi keadaan itu. Jika anda alami masalah atau kemurungan, cepat berjumpa doktor agar anda dapat atasi masalah anda dan terlepas dari terus berpeluh yang akan menjadi punca badan semakin berbau busuk.

Faktor pemakanan dan gaya hidup amat penting untuk mengelakkan kita daripada bau badan yang tak sedap.

Untuk mengelak daripada bau badan banyak hal yang boleh kita lakukan selain mengetahui faktor diatas. Selain itu kita perlu mengambil makanan tambahan untuk tetap sihat dan jauh dari bau badan. Disini kaknil akan memberikan saran kepada anda untuk mengambil diantara makanan tambahan seperti Garlic, Alfalfa, Vita C Plus dan juga Omega Guard. Set ini amat membantu kita untuk mengelakkan masalah dari dalam dan luar berkenaan dengan bau badan. Ianya juga amat baik sebagai antioksidan untuk melawan pelbagai serangan radikal bebas  dan juga pelbagai jangkitan.  Selain itu juga akan membantu anda untuk sihat dari dalam dan luar. Elakkan segala jenis bau yang tak sedap.

Makanan Tambahan untuk Elak Bau Badan

Jangan risau dimana anda untuk dapatkan Set makanan tambahan ini, anda boleh dapatkannya disini.

Klik Disini >>>>>Saya Nak Beli Set Makanan Tambahan Untuk Elak Bau Badan Yang Menyiksa Disini.

Belian secara online guna kad Kredit/Debit ->>Klik Sini Saya Nak  Beli Set Perangi Bau Badan

Ikut sahaja langkah yang diberi, Web belian adalah selamat dan dilindungi (https :Hyper Text Transfer Protocol Secure (HTTPS) is the secure version of HTTP, the protocol over which data is sent between your browser and the website that you are connected to)

Jika anda tak nak buat order sendiri, anda boleh menghubungi kami untuk buat pesanan/belian.

Pn. Nila/ En. Firdaus

sms/ whatsapp  +60176281787

Anda yang gemar dengan pengkhidmatan Cash On Delivery, kami menyediakan pengkhidmatan ini di sekitar area Batang kali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat pesanan. Barang yang anda pesan akan kami terus hantar ke alamat yang anda berikan. Sangat menjimatkan masa anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera diatas ya.

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang

 

 

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam