div id="fb-root">
Semua Tentang Shaklee

“Biarlah Saya Berjalan Kaki Agar Dapat Hadirkan Semangat Dalam Diri Saya”

Tak seperti biasa, pagi ini ada sesuatu yang mungkin akan buat hari ini agak berbeza dari hari sebelumnya. 

“Berjalan kaki untuk dapat merasai keperitan dan bangkitkan semangat”.

Ini kata-kata akak yang KakNil jumpa di KTM Batangkali awal pagi tadi. Seperti biasa kaknil hantar cece Rania ke sekolah setiap pagi. Adik Aira sentiasa ikut dengan kaknil sekali sebab akan terus dihantar ke sekolah. Pagi ni agak berbeza kerana selepas mengantar cece Rania ke sekolah, adik Aira rasa nak buang air kecil. Tanpa melengahkan masa kaknil berhenti di KTM Batangkali yg tak jauh ketika itu.

Masa Aira cakap nak buang air kecil tu dah dalam perjalanan ke sekolahnya. Nasib baik baru je lalu KTM. Jadi singgah sekejab daripada ditahan jadi penyakit atau boleh terkencing didalam kereta pulak nanti.

Bergegas ke toilet dan siap juga akhirnya. Nak melangkah ke luar toilet datang seorang kakak ni dengan berpakaian seragam security. Kak tersebut sapa kaknil, kami bersembang seketika. Dan ternyata kak tu dari Tanjung Malim, beliau bekerja di Batangkali ini dan menaiki KTM setiap hari untuk bekerja. Kaknil agak terharu sebab jauhnya kak ni bekerja dan harus berjalan kaki dari stesen KTM menuju ke Sekolah rendah Batangkali sini.

“Bukan sennag nak cari kerja masa sekarang ni dik”, kak tu cakap sambil membetulkan seragamnya. Beliau dah cuba untuk mencari kerja di area tempat tinggal beliau akan tetapi tak bersesuaian dengan gaji. Sambil-sambil sembang akhirnya tiba kaknil nak bergegas keluar toilet. 

Kaknil tawarkan untuk ikut kaknil sekali sebab memang boleh je kaknil hantar mengingat masa dah nak dekat pukul 8 pagi. Dan kaknil pun memang melalui sekolah tempat kak tu kerja. Kak tu kena bekerja 07.45 pagi. Tapi beliau menolak tawaran kaknil dan kata lebih baik berjalan kaki agar beliau sedar erti perjuangan dan akan manfaatkan masa berjalan tu untuk menginsaf kan diri beliau akan perlunya beliau berjuang untuk masa depan.

Macam kena tampar sekali rasanya pipi kaknil. Bagus nya kakak ni, masih boleh berpikiran positif dengan keadaan beliau yang sebegitu. Kaknil rasa malu sangat ketika itu, kenapa kita tak pernah ada rasa begitu. Kakak tu dah bagi pelajaran yang amat bermakna sekali pagi ini untuk kaknil.

Bukan tujuan yang dicapai tu yang menjadikan kita bahagia akan tetapi proses perjalanan menuju kejayaan itulah yang akan membuat kita bahagia dan seronok. Hargailah masa yang kita ada dan tetapkan hati kita dengan sentiasa bersemangat walaupun apapun keadaan kita

Kadang kita terlalu manja dan amat selesa dengan keadaan kita sekarang. Sedangkan dalam masa sekarang kita boleh buat lebih lagi yang sudah tentu akan buat kita lebih jadi bermanfaat untuk orang lain. Kaknil berpesan pada diri sendiri dan juga sahabat semua agar sentiasa memanfaatkan masa yang kita ada dengan buat yang terbaik dan sedaya upaya meningkatkan kualitas diri dan juga perbuatan kita ke arah yang lebih bermanfaat untuk orang lain. 

Jangan pernah berhenti berharap dan juga berusaha kerana kita tidak tahu nasib dan juga masa depan kita kelak. Yang terpenting kita buat sehabis baik hari ini dengan harapan hari esok lebih baik yang akan kita dapatkan. 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam