div id="fb-root">
Ibu Mengandung

Risau Nak Bersalin?

Sudah menjadi maklum bahawa rasa takut untuk bersalin biasanya akan dialami oleh mereka yang baru pertama kali mengandung. Namun begitu ramai juga diantara mereka yang sudah pernah bersalin pun akan alami masalah ketakutan yang sama seperti mereka yang baru pertama bersalin. 

takutkah anda bersalin? 

Sama macam kaknil pun begitu. Walaupun sudah melahirkan anak pertama ketika dulu, masa hendak melahirkan anak kedua rasa takut itu tetap ada. Banyak andaian, pikiran dan macam-macam lagi perasaan yang berlegar-legar di pikiran ketika menunggu masa melahirkan. 

Akan tetapi perasaan takut ini akan berkurangan apabila kita ada pengetahuan sedikit banyak tentang persalinan. Ibu mengandung harus mempersiapkan mental dan fizikal dengan baik agar rasa gemuruh dan takut akan hilang dan menjadi tenang dalam menghadapi kelahiran. 

Adakalanya sebahagian daripada ibu/ wanita akan serik mengandung dan melahirkan kerana pelbagai masalah atau komplikasi yang dihadapi semasa mengandung dan melahirkan pada masa lampau. Bagi mereka yang pernah melaluinya, mereka akan rasa trauma dan tak mahu lagi untuk laluinya. Mungkin pengalaman bersalin dimasa lampau yang amat menyakitkan dan mencemaskan. 

Untuk mereka yang akan menjadi calon ibu untuk pertama kali pulak, perasaan takut akan timbul mungkin kerana kesan cerita mahupun pengalaman saudara mara, teman mahupun orang yang berdekatan.  Kebanyakan wanita takut bersalin disebabkan oleh pelbagai faktor, diantaranya kerana bimbang sama ada boleh bersalin secara normal ataupun melalui pembedahan. Juga tempoh masa bersalin, serta pelbagai komplikasi semasa persalinan. Tak kalah juga ibu sentiasa risau dengan keadaan bayi yang akan dilahirkan. 

Untuk menjauhkan bahkan menghilangkan rasa takut untuk bersalin ini, disarankan ibu mengandung menghadiri kelas-kelas antenatal yang banyak memberikan ilmu pengetahuan tentang kehamilan dan juga persalinan. Juga tentang penyusuan bayi. Kelas antenatal ini juga boleh diikuti oleh mereka ibu yang baru sahaja berkahwin agar mendapatkan sedikit banyak ilmu tentang kehamilan dan persalinan. 

Ilmu-ilmu yang disampaikan sudah tentu amatlah bermanfaat untuk pengetahuan ibu agar dapat menjalani masa kehamilan dan persalinan dengan lancar. Menerusi kelas antenatal juga ibu mengandung juga dapat belajar cara-cara pernafasan dengan baik sewaktu proses persalinan. Jadi apabila sampai masa bersalin, ibu sudah tahu apa yang patut untuk dilakukan agar dapat menghilangkan rasa gementar dan takut. 

Gaya hidup semasa mengandung juga pemakanan amat dititik beratkan. Amalan pengambilan makanan seimbang amatlah penting agar dipastikan kesihatan ibu dan bayi berada di tahap yang sihat dan selamat untuk melalui proses kelahiran dengan lancar. Pengambilan Set Makanan Tambahan seperti vitamin juga amat membantu ibu agar dapat lengkapakan nutrisi yang diperlukan ketika mengandung. Contohnya sahaja kaknil amalkan Set Hamil Shaklee ketika mengandung dulu. Alhamdulillah proses megandung dan kelahiran berjalan dengan lancar dan selamat. 

Vitamin Ibu Mengandung

Penting untuk ibu mengandung tahu tentang proses kelahiran yang akan dihadapi seperti tanda-tanda awal kelahiran dan lain-lainnya. Sepanjang kelahiran, ibu akan rasa kontraksi yang mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan dan kesakitan. Belbagai cara akan dilakukan doktor untuk menghilangkan kesakitan. Diantaranya seperti memberikan suntikan narkotik, Epidural dan Etonox. 

  • Suntikan Narkotik, selalunya suntikan ini diberikan di area punggung dan suntikan pethidine  yang digabungkan bersama maxalon (ubat lawan muntah) diberi ketika tahap pertama proses bersalin. Suntikan ini boleh membuat ibu mengantuk dan boleh beristirehat atau pun tidur. Suntikan ini selalunya diberikan kepada ibu yang amat risar ataupun cemas dalam menghadapi kelahiran. Akan tetapi ada kesan mengantuk kepada ibu dan bayi jika menerima suntikan satu hingga empat jam sebelum melahirkan. Akibat terlalu mengantuk, ibu mungkin akan alami masalah semasa meneran. Jika bayi mengantuk semasa dikeluarkan, antidot (narcan) akan digunakan untuk mengatasinya. Ketika melahirkan anak kedua dulu, kaknil juga alami masalah ini. Rasa mengantuk yang amat dasyat sehingga sukar untuk meneran dalam keadaan mengantuk. Berkat dukungan suami dan juga para doktor akhirnya kaknil dapat juga bersalin normal walaupun dalam keadaan mengantuk. 
  • Epidural, suntikan ini dilakukan di bahagian tulang punggung belakang untuk ibu yang tak tahan sakit, anak pertama, proses kelahiran masa yang panjang, mengalami masalah tekanan darah tinggi, dan pernah melahirkan kembar secara pembedarahan.  Suntikan ini diberikan oleh doktor pakar bius setelah kontraksi yang dialami semakin kuat. Dengan menerima suntikan ini, ibu akan tenang dan tidak stres. Akan tetapi kesan sampingannya ibu akan terasa amat selesa dan akan sukar untuk meneran dengan baik dan boleh meningkatkan risiko penggunaan vakum dan forsep untuk mengeluarkan bayi. 
  • Etonox, kaedah ini adalah ibu akan memakai topeng dan menghidu gas ketika awal hingga lewat tahap proses kelahiran.  Topeng ini akan disalurkan dengan campuran gas nitrus dan oksigen. Ibu harus menyedut dengan betul agar kesakitan akan berkurangan. 

Masalah meneran amat menjadi igauan ibu mengandung kerana risau tak dapat meneran dengan baik. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Ibu hanya perlu untuk membayangkan melahirkan bagaikan meneran untuk buang air besar. Setiap kali berlaku kontraksi ibu perlu dekatkan dagu ke dada dan jangan lentikkan perut kehadapan. Pandang kehadapan dan dan teran seperti membuang aiar besar. Dan yang paling penting jangan menjerit dan jangan angkat punggung kerana akan menyebabkan perineum terkoyak. 

gambar diambil dari google

Diantara kontraksi yang terjadi penting untuk ibu mengatur pernafasan dengan baik agar  proses meneran berjalan dengan lancar. Elakkan rasa gemuruh dengan pikirkan bayi yang akan anda dakap tidak lama lagi. In sha Allah jika anda bayangkan wajah si comel dengan secara tidak langsung anda akan bertenang dan berusaha untuk meneran dengan baik. Tidak lupa juga untuk sentiasa berdoa dan berzikir sepanjang proses kelahiran agar Allah membantu anda untuk bersalin dengan lancar dan selamat. 

Dalam proses mengandung, anda sudah sepatutnya amalkan makanan sihat dan seimbang juga gaya hidup yang sihat agar dapat menikmati masa kehamilan dengan sihat dan proses kelahiran yang selamat serta sihat ibu dan bayi. Kaknil doakan anda yang membaca post ini dan kebetulan sedang atau akan mengandung dapat menjalani proses kelahiran akan datang dengan selamat dan sihat. 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam