div id="fb-root">
Jalan-Jalan Lagi, Kesihatan Kanak-kanak

8 Persiapan Sebelum Pergi Melancong Bersama Kanak-Kanak

Tak terasa kita sudah pun berada di bulan cuti sekolah. Sudah tentu cuti sekolah amat dinanti-nantikan oleh anak-anak kita. Banyak aktiviti yang dapat kita lakukan sepanjang cuti sekolah ini bersama anak-anak yang boleh memupuk rasa kekeluargaan dan juga rasa kasih sayang satu sama lain. Salah satunya aktiviti yang boleh kita lakukan bersama-sama iaitu pergi melancong. 

persiapkan plan melancong anda dengan baik

Pergi melancong sememangnya aktiviti yang amat menarik dan juga menyeronokkan. Akan tetapi bajet kewangan juga haruslah disediakan dengan baik agar percutian berjalan dengan lancar. Tak kiralah anda akan membawa keluarga melancong di luar negara atau didalam negara, ianya sudah tentu memiliki persediaan yang sama. 

Membawa anak-anak pergi melancong sudah tentu banyak manfaat yang boleh kita dapati. Selain kita boleh berseronok sesama ahli keluarga, bercuti juga dapat memberikan peluang menimba ilmu dan pengalaman secara realiti kepada kanak-kanak. Mereka berpeluang melihat ciptaan Allah, manusia, bentuk muka bumi, pokok, sungai, haiwan dan juga pelbagai bangunan di sekitar tempat yang kita kunjungi tersebut. 

pelbagai kebudayaan boleh kanak-kanak pelajari

Melancong juga dapat membuka mata dan minda mereka untuk memperhatikan pelbagai tingkah laku dan watak manusia. Sudah tentu budaya dan cara hidup masyarakat tempat yang kita kunjungi tersebut tak sama dengan kebudayaan yang kita ada di tempat tinggal kita. Pengalaman demi pengalaman akan mereka timba dan akan lebih mematangkan mereka dan akan lebih bersyukur dengan apa yang telah dimiliki. 

Bepergian ke luar negara mahupun dalam negara memang sama-sama memerlukan dana dan bajet yang tak sedikit. Oleh itu apabila aktiviti ini selalu dilakukan maka anak-anak akan berlatih untuk lebih berjimat cermat dan juga melatih mereka untuk rajin menabung. Sudah pasti mereka mempunyai impian untuk melancong ke tempat lain pulak suatu hari nanti dan itulah saat yang diperlukan untuk kita sebagai ibu bapa menerapkan sikap suka menabung agar dapat memenuhi impian melancong ke tempat lain suatu hari nanti. 

Berikut ini 8 Panduan Yang Boleh Anda Lakukan Sebelum Melancong

  1. Bajet 

Senaraikan perbelanjaan yang akan dibelanjakan sebelum memulai percutian. Banyak hal yang harus anda lakukan sebelum memulai perjalanan. Seperti contoh membuat Visa atau pasport untuk bepergian keluar negara. Bahkan bajet untuk pengubatan atau pun insuran sebelum perjalanan harus dibuat rapi. 

2. Buat Senarai

Anda harus buat senarai atau list perbelanjaan semasa percutian agar percutian anda berjalan dengan lancar tanpa sebarang hambatan. Misalnya sahaja tiket pesawat, booking hotel dan juga pelbagai akomodasi kendaraan atau bus semasa anda di tempat pelancongan kelak. Dan juga bajet untuk makan dan juga membeli cendara hati. 

3. Buat Penyelidikan

Sebelum anda melancong, anda harus pandai menyelidik terlebih dahulu tempat yang anda akan kunjungi. Buat rinciang segala biaya yang diperlukan dan kalau boleh anda pastikan tidak adanya bajet yang tak perlu yang harus dikeluarkan. Anda perlu peka terhadap kos yang mungkin akan bertambah jika melancong ke luar negara bersama ahli keluarga berbanding hanya melancong di dalam negara. Anda boleh tukarkan wang didalam negara sebelum bertolak ke negara yang akan dikunjungi. 

4. Dapatkan Maklumat Asas

Sebelum anda bergerak ke tujuan anda melancong, dapatkan sebanyaknya maklumat tentang penginapan, harga hotel, tempat-tempat menarik, kemudahan transportasi mahupun cuaca ditempat ditempat tujuan melancong yang akan dikunjungi. Juga tak kalah pentingnya tentang keadaan cuaca di kawasan melancong, jadi anda akan bersedia dengan pemakaian masa melancong kelak. Dan memudahkan segala urusan dan paling penting tidak adanya peluang kena tipu dan kerugian wang ringgit. 

5. Rancang Perberlanjaan Sebaiknya

Pastikan anda tidak berbelanja melebihi had atau pun bajet bulanan anda sebelum anda bertolak untuk bercuti. Kerana ini akan mengelakkan anda untuk menggunakan kad kredit untuk membeli keperluan melancong sebelum tarikh perlepasan anda. Penggunaan kad kredit amat berguna ketika anda melancong ke luar negara. Akan tetapi jangan jadikan ia menjadi kemudahan ataupun akses untuk anda berbelanja tak ikut bajet. Anda perlu juga untuk menyediakan wang cash untuk keperluan selama ditempat anda melancong.

6. Abadikan Kenangan

Sudah tentu jika kita bepergian ke suatu tempat jauh dan tak pernah datang sebelum ini, kita akan mengabadikan kenangan berupa gambar. Jug tak ketinggalan cendera hati untuk kenangan masa anda pergi melancong. Belilah barangan yang tidak ada ditempat anda dan jadikannya sebagai kenangan yang tak akan anda lupakan sampai bila-bila. Bijak membeli barangan semasa ditempat pelancongan dan juga pandai-pandailah menawar barangan sekiranya ianya boleh ditawar.

7. Shopping

Apabila tujuan anda melancong untuk bershopping, sudah tentu anda harus menyediakan bajet shopping anda dengan teliti. Lain halnya kalau percutiaan anda hanya sekadar melihat pemandangan alam dan merasai suasananya sahaja. Berhati-hati dengan ragam manusia dikawasan melancong. Risiko terdedah kepada penipuan dan kecurian amatlah tinggi, oleh itu anda harus terus berwaspada apalagi jika anda mengajak anak-anak bersama dengan anda. Kadangkala risiko menjumpai peniaga, driver taxi mahupun bus yang menipu dan mengambil kesempatan memang mudah. 

8. Jaga Anak-Anak Dengan Baik

Melancong dengan anak-anak memang akan membuat anda lebih berhati-hati. Bawalah keperluan anak-anak anda seperti snek, mainan ataupun keperluan mereka selama ditempat percutian. Kanak-kanak memang cepat bosan dan juga akan meragam apabila mereka sudah merasa tak seronok, lapar mahupun penat.  Oleh itu perlunya anda sediakan keperluan kanak-kanak agar mereka tidak membuat sebarang masalah. Misalnya sahaja membawa stoller yang sudah tentu akan sangat berguna sekali bagi kanak-kanak apabila berjalan jauh. Jika mereka kepenatan, mereka boleh berehat didalam stoller. 

Jangan lupa untuk membawa ubat-ubatan mahupun vitamin agar mereka terhindar daripada pelbagai jangkitan mahupun virus yang mungkin berbahaya untuk kesihatan mereka. Makanan tambahan yang diperlukan oleh kanak-kanak semasa melancong seperti Chewable Vita Plus, Omega Guard, dan juga Cream Herbal Blend. 

Chewable Vita Plus adalah vitamin C yang amat baik untuk menjaga anak agar sentiasa memiliki imun badan yang tinggi dan mencukupkan keperluan vitamin C harian mereka. Chewable Vita C plus berbentuk tablet seperti gula-gula yang mudah ditelan dan dihisap oleh kanak-kanak. Elak daripada demam dan selsema. 

Chewable Vita C Plus

Omega Guard pulak adalah minyak ikan yang membanti mengatasi kesakitan dan juga keradangan apabila anak mengalami keadaan yang tak selesa pada tubuh badan mereka. Omega Guard juga kaya DHA yang baik untuk perkembangan minda mereka. 

Omega Guard

Cream Herbal Blend baik untuk membantu mengelak daripada gigitan nyamuk dan juga melegakan kulit yang alami gatal-gatal ataupun ruam. Anda boleh sapu di tangan, kaki dan bahagian lain yang anda inginkan. Lenguh-lenguh selepas berjalan jauh pun akan terasa lega jika anda sapukan cream ini. 

Cream Herbal Blend

Anda boleh dapatkan 3 sekawan ini disini untuk memastikan perjalanan percutian anda berjalan dengan lancar. 

Kami juga menyediakan penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Anda juga boleh hubungi kami di talian yang tertera dibawah ini untuk membantu anda membuat belian dan pesanan. 

Pn. Nila/ En. Firdaus

sms/ whatsapp  +60176281787

Anda yang gemar dengan pengkhidmatan Cash On Delivery, kami menyediakan pengkhidmatan ini di sekitar area Batang kali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat pesanan. Barang yang anda pesan akan kami terus hantar ke alamat yang anda berikan. Sangat menjimatkan masa anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera diatas ya.

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam