div id="fb-root">
kesihatan wanita

9 Cara Bantu Atasi Masalah Senggugut

Senggugut sememangnya sudah tak asing lagi bagi wanita. Senggugut dialami oleh wanita sebelum atau semasa datang haid. Apabila otot-otot pada uterus iaitu rahim mengecut untuk mengeluarkan lapisan rahim. Kebanyakan wanita mengalaminya dengan teruk akan tetapi jangan bimbang ianya adalah keadaan normal. 

senggugut pengaruhi emosi

Perubahan hormon saat alami haid dapat membuat wanita mengalami perubahan emosi dan juga sakit pada tubuh badan. Rasa sakit yang dirasakan di area payudara yang kadang merasa membengkak dan juga sakit. Selain itu wanita akan rasa sakit dibahagian perut seperti kejang dan nyeri. 

Selalunya mereka yang tengah haid alami sengugut akan merasa sakit belakang, sakit pinggang dan juga sakit di bahagian atas celah peha selain rasa kebas di bahagian bawah abdomen. Ianya akan berlaku sehingga 2 ke 3 hari ataupun ianya bermula sebelum kedatangan haid lagi. 

Senggugut berlebihan disebabkan oleh kontraksi rahim, dan alami kekejangan. Lapisan rahim melepaskan zat kimia khusus yang disebut prostaglandin. Zat kimia ini dilepaskan dari dinding rahim, kekuatan kontraksi pun bertambah. Kadar prostaglandin yang tinggi dapat menyebabkan sakit perut dan kejang yang teruk. 

Senggugut kadang tak terindentifikasi. Namun, ada juga beberapa hal yang membuat anda lebih berisiko mengalami rasa sakit saat sengugut, seperti: 

  • Wanita berusia dibawah 20 tahun, semakin meningkat usianya semakin berkurang rasa sakitnya. 
  • Memiliki riwayat keluarga yang alami senggugut saat datang haid
  • Merokok
  • Pendarahan yang teruk ketika haid
  • Memiliki haid yang tak teratur
  • Belum memiliki anak
  • Mengalami masa akil baliq awal 

Gejala yang dialami ketika senggugut

  • Mual
  • Muntah
  • Berpeluh
  • Pening
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Kembung perut
  • Sakit kepala 

Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk membantu mengatasi masalah sengugut ini. Diantara wanita ada juga yang mencuba rawatan traditional mahupun lainnya. Diantara cara yang boleh anda lakukan apabila mengalami sengugut diantaranya iaitu

  • Berehat dengan cukup 
  • Melakukan senaman, biasanya melakukan pergerakan badan akan membantu anda mengurangkan rasa sakit dan boleh dilakukan dengan berjalan ataupun aktiviti senaman lainnya. Bergerak seperti berjalan dapat membantu membuang hormon endorphins yang mampu meredakan kesakitan dan gejala kebas dan kejang dalam perut. 
  • Jangan mengambik minuman berkafein mahupun bergas. Meminum kopi yang berkafein akan meningkatkan tekanan darah yang menjadi kejang pada perut. Dan minuman bergas pulak amat tajam dan boleh menyebabkan usus perut terluka kerana semakin tipis akibaat minuman bergas. Anda disarankan agar hanya meminum air suam untutk membantu mencukupkan air dalam badan. 
  • Mengambil sumber makanan anti radang. Sebanyak 80% wanita yang mengalami sengugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengambil makanan yang banyak mengandungi Omega3 yang amat tinggi yang mmebantu mengurangkan rasa panas dalam perut. Selain itu juga ianya berpotensi untuk hilangkan kejang dalam perut. 
  • Makan makanan yang seimbang dan berzat. 
  • Mengambil vitamin B6, dan B1 
  • Hindari tekanan 
  • Kadangkala sengugut akan terjadi sekejap sahaja. Kesakitan sementara dapat diredakan dengan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam. Atau menggunakan pek panas yang diletakkan pada bahagian bawah perut atau dengan mandi air suam. Ianya akan membuat anda lega dan selesa. 
  • Mengambil ubat tahan sakit yang diberikan doktor mahupun dibeli di farmasi.  Ubat ini akan diambil biasanya apabila sengugut sudah terasa begitu teruk. 

Anda boleh menjalani rawatan yang sesuai yang boleh anda dapatkan. Apabila sakit senggugut ini berlarutan, sebaiknya anda berjumpa doktor dan dapatkan rawatan sewajarnya. 

Kaknil nak kongsikan kepada anda makanan tambahan yang boleh anda amalkan setiap hari untuk bantu mengelak dan juga membatasi mengatasi masalah senggugut ini. Diantaranya iaitu mengambil Gla Complex, B Complex dan juga Omega Guard. 3 jenis vitamin ini sudah tentu tiada bahan kimia dan selamat untuk diamalkan setiap hari. Vitamin ini membantu dalam mengatasi kesakitan dan bertindak sebagai anti radang dan juga membantu mengatasi masalah hormon yang tak stabil juga membantu anda mengatasi tekanan. Dan juga mendapatkan ketenangan. 

Anda boleh dapatkan 3 vitamin ini disini. 

kami untuk buat pesanan/belian.

Pn. Nila/ En. Firdaus

sms/ whatsapp  +60176281787

Anda yang gemar dengan pengkhidmatan Cash On Delivery, kami menyediakan pengkhidmatan ini di sekitar area Batang kali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat pesanan. Barang yang anda pesan akan kami terus hantar ke alamat yang anda berikan. Sangat menjimatkan masa anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera diatas ya.

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam