div id="fb-root">
Jalan-Jalan Lagi

Jalan-Jalan Bersama Tadika Usaha Cemerlang Ulu Yam ke Pelbagai Tempat Di Kuala Lumpur

Masih belum terlambat untuk kaknil kongsikan perjalanan kami tempoh hari bersama Tadika Usaha Cemerlang Ulu Yam. Kebetulan anak kedua Kaknil Siti Humairah (Aira), bersekolah di tadika berkenaan. Ketika itu ada kunjungan ke pelbagai tempat seperti Balai Bomba Selayang, Pusat Sains Negara, Sasana Kijang Bank Negara dan juga Farm in The City. 

Lawatan Tadika Usaha Cemerlang ke Balai bomba Selayang

Perjalanan kami dimulai pada 7.30 pagi dan berawal dari Tadika Usaha Cemerlang yang berada di Desa Patin Ulu Yam. Kami berkumpulan dan menaiki 2 bus ketika itu. Ramai juga ibu bapa yang turut serta dalam perjalanan kunjungan kali ini. Sudah tentu kami seronok dan juga amat teruja ketika itu. Apalagi Aira ditemani kak Rania dan Kaknil ketika itu. 

Dalam masing -masing bus ada cikgu-cikgu dan juga murid juga ibu bapa. Masing-masing bus juga ada pemandu pelancong untuk mendampingi dan menjelaskan semua tempat yang akan kami kunjungi. 

Tempat yang pertama sekali kami kunjungi adalah balai bomba selayang. Sesampainya disana kami diberikan penjelasan dan juga latihan bagaimana nak menyelamatkan diri apabila terjadi kebakaran. Pada saat itu murid-murid diajar bagaimana caranya untuk mengelak daripada api dan juga keluar dari bangunan ketika api marak dan merebak. Begitu teruja murid-murid tadika Usaha Cemerlang ketika itu. Tak ketinggalan Aira pun turut serta dalam latihan yang diberikan. 

murid-murid diajar cara memegang hos pancutan air bomba

Ada juga peluang murid-murid untuk memegang hos air pancut untuk memadamkan kebakaran. Nampak keceriaan di wajah murid-murid yang ada ketika itu. Tak ketinggalan ibu bapa juga mengambil bahagian untuk mencuba memegang air pancut tersebut. Dalam kesempatan ini kaknil ucapkan terima kasih kepada semua anggota balai bomba Selayang yang berikan peluang untuk kami pada hari itu. 

Selepas meninggalkan balai bomba Selayang, kami teruskan perjalanan ke Pusat Sains Negara dan menikmati semua yang ada disana. Banyak hal yang dipelajari ketika disana. Murid-murid boleh belajar pelbagai ilmu sains yang dipamerkan disana. Ketika itu amat ramai pengunjung yang turut serta berada di Pusat Sains Negara. Mereka adalah murid-murid dari pelbagai daerah. 

Taman Prasejarah

Tiba untuk makan tengah hari, kami berehat sejenak selepas dari Pusat Sains Negara dan singgah untuk makan. Dan melanjutkan perjalanan selepas itu. Kunjungan berikutnya adalah sasana kijang Bank Negara. Pada kunjungan kali ini kami amat teruja kerana sesaat memasuki sasana kijang, kita akan disungguhi dengan pemandangan hebat iaitu dinding yang banyak mengandungi wang kertas yang sebenarnya adalah wang asli. Kalau tak silap Kaknil berjumlah RM1 juta. 

Bergambar di dinding yang terdapat RM1 Juta asli

Tanpa menunggu sudah pasti murid-murid pun teruja untuk bermain disana, ada cara untuk membuat cek, mewarnai dan juga pelbagai aktifiti yang boleh di jalankan oleh kanak-kanak disana. Memang amat baik untuk melawati Sasana Kijang ini untuk dedahkan perkara yang berkaitan dengan wang dan juga pentingnya kita untuk menguruskan kewangan dengan bijak. Kanak-kanak juga didedahkan juga untuk belajar menabung. Anda harus cuba untuk datang ke Sasana Kijang ini. Memang terbaik. 

Gambar 3D

Selepas dari melawat Sasana Kijang, kami teruskan perjalanan ke Musium 3D, dan mengambil gambar. Tempatnya ada Sri Kembangan. Sepatutnya selepas mengambil gambar disana, kami akan melanjutkan perjalanan ke Farm In The City tetapi kerana hujan terpaksa kami menangguhkan perjalanan. Dan pada akhirnya hujan semakin lebat dan terpaksa membatalkan perjalanan ke Farm In The City kerana cuaca tidak memungkinkan. 

Selepas itu kami hanya menghabiskan masa yang ada dengan pergi berbelanja ke area Mall sekitar area Sri Kembangan dan meneruskan untuk makan malam sebelum bertolak balik ke Uluyam. Dan kami sampai di Tadika dalam pukul 8.30 malam. Alhamdulillah lawatan kami berjalan dengan lancar dan murid-murid, cikgu dan juga ibu bapa amat berpuas hati dan gembira dalam lawatan ini. Mudah-mudahan dilain kesempatan dapat bersama-sama lagi dalam lawatan seterusnya. 

Murid, Cikgu dan ibu bapa Tadika Usaha Cemerlang

Terima kasih cikgu-cikgu, ibu bapa, pemandu pelancong dan juga semua yang terlibat dalam Lawatan Tadika Usaha Cemerlang Tahun ini iaitu 2018. Mudah-mudahan semua murid-murid dapat sesuatu yang bermanfaat dalam kunjungan ini dan juga dapat menyimpan memori ini sebaik-baiknya sampai bila-bila. Begitu juga dengan ibu bapa dan juga cikgu-cikgu. 

Kaknil amat berpuas hati dengan usaha cikgu-cikgu Usaha Cemerlang Ulu Yam ini dalam memeriahkan suasana dan juga atas smeua usaha cikgu dalam mensukseskan lawatan kali ini. Terima kasih banyak. Alhamdulillah Aira amat bergembira dan banyak ilmu yang Aira dapat. Tak berhenti dia bercerita kepada papanya yang kebetulan tak ikut bersama ketika itu. Mudah-mudahan program seperti ini akan berterusan di Tadika Usaha Cemerlang. aamiin. 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam