div id="fb-root">
Kesihatan Kanak-kanak

Menu Makanan Untuk Anak Yang Sedang Sakit

Anak-anak yang kurang sihat dan tak sedap badan sudah sememangnya tiada selera makan. Kita sebagai ibu bapa sudah tentu amat runsing dan risau dengan keadaan kesihatan mereka. Untuk membantu anak agar mahu makan ketika sakit, kita harus pandai mengatur dan juga pelbagaikan menu makanan agar si manja mahu menjamah makanan yang kita hidangkan. 

Anak yang alami demam dan juga suhu badan tak stabil selalunya tidak lapar. Jangan memaksa anak untuk makan akan tetapi anda harus pastikan anak minum dengan banyak. Kerana pada masa ini kemungkinan anak mengalami kekurangan cecair dalam badan dan diperlukan minum yang cukup untuk mengelak dehidrasi. Anda boleh memberikan anak air kelapa muda ataupun air suam agar cecair dalam badan pada keadaan yang selamat. Bawalah anak ke doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut jika anak menunjukkan tanda yang tak sewajarnya seperti kerap tidur, suhu badan tinggi, badan tak bermaya mahupun tidak membuang air seperti biasanya. 

berikan air masak untuk keperluan cecair dalam badan

Kanak-kanak yang alami sakit tekak, ibu bapa boleh berikan makanan yang suam dan juga sejuk seperti sup, pasta dengan roti putih bersama dengan coklat suam ataupun jus epal yang suam. Manakala bagi kanak-kanak yang gemarkan makanan sejuk, hidangan seperti dadih, pancake pisang bersama ais krim serta susu shakes dan jus buah-buahan adalah pilihan tepat untuk mereka. 

puding untuk legakan tekak kanak-kanak

Bagi mereka yang alami selesema perlu minum banyak air. Anda harus memberikan anak cukup air masak ataupun jus buah-buahan dalam kualiti yang banyak. Masakan yang sesuai untuk mereka seperti sup, dadih dan apabila keadaan memungkinkan anda boleh memberi susu. 

Anak-anak yang alami muntah-muntah, jangan berikan mereka sebarang makanan atau minuman sehingga perutnya selesa. Anda boleh berikan minuman untuk membahasi tekaknya apabila keadaan membaik seperti sejam selepas muntah. Dan jika keadaan tambah membaik, anda boleh berikan lebih lagi air untuk mengembalikan lagi cecair dalam badan. Apabila keadaan betul-betul sudah membaik dan tiada lagi muntah, anda boleh berikan sedikit demi sedikit makanan yang lembut seperti bubur nasi, sup ayam bersama lobak merah dan kentang. 

bubur 

Anak alami cirit-birit. Cirit birit ini memang suatu keadaan yang amat mencemaskan bagi kita sebagai ibu bapa. Anda perlu ketahui bahawa jika anak-anak alami masalah cirit birit dan mereka akan alami masalah kekurangan cecair dalam badan. Oleh itu cecair yang hilang dalam badan perlu diganti dengan segera. Sekiranya anak alami cirit birit lebih dari sekali dalam masa 3 jam, anda perlu memberikan anak minuman larutan Garam Rehidrasi Oral (ORS) untuk menggantikan cecair dan garam yang hilang dari tubuh badan. Berikan anak anda 1/2 hingga 1 cawan larutan ORS setiap jam dalam tempoh 24 jam sehingga cirit biritnya reda. 

sup ayam dan kentang

Anak akan mulai berselera makan apabila keadaan sudah berangsur normal dan cirit birit berkurangan. Dan anda harus berikan makanan yang berkhasiat agar anak akan semakin bertenaga dan juga ceria. Akan tetapi elakkan daripada memberikan susu, jus epal, dan makanan yang tinggi kandungan garam atau gula untuk tempoh beberapa hari. 

Jangan lupa untuk memberikan makanan tambahan seperti vitamin. Anda boleh berikan mereka minyak ikan Omega Guard untuk anti keradangan dan lancarkan salur darah serta  Chewable Plus untuk bekalkan Vitamin C agar anak-anak kita semakin pulih dan juga lebih sihat. Serta mengelakkan kembalinya penyakit berulang. Pertahanan sistem imun badan anak perlu ditingkatkan agar mereka lebih sihat dan terhindar daripada pelbagai jangkitan penyakit dimana pun mereka berada. 

chewable vita c plus
Omega Guard 

Dapatkan Chewable Plus dan juga minyak Ikan Omega Guard untuk simanja anda disini dan berikan hanya yang terbaik untuk mereka. 

kami untuk buat pesanan/belian. Kami menyediakan penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. 

Pn. Nila/ En. Firdaus

sms/ whatsapp  +60176281787

Anda yang gemar dengan pengkhidmatan Cash On Delivery, kami menyediakan pengkhidmatan ini di sekitar area Batang kali, Hulu Yam, Rasa, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Gohtong Jaya dan Genting Highland. Anda boleh terus menghubungi kami untuk membuat pesanan. Barang yang anda pesan akan kami terus hantar ke alamat yang anda berikan. Sangat menjimatkan masa anda. Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera di talian yang tertera diatas ya.

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee ….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

One Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam