Otot dan Sendi

6 Amalan Bantu Elak Daripada Serangan Gout

Memang tak dinafikan lagi Gout sememangnya penyakit yang ditakuti oleh kita semua. Kaknil sendiri ada anggota keluarga yang alami masalah gout ini iaitu pakcik sendiri. Adakalanya beliau tak boleh berdiri sampai hilang kekuatan seluruh badan. Hanya boleh berbaring dan semua aktifiti harian beliau di bantu oleh ahli keluarga yang lain.

Gout

Beliau memang telah alami gout akut dan telah pun lama mengidapi penyakit gout ini. Adakalanya bila sampai masa sakit datang, ianya boleh berhari-hari dan betapa siksanya kita melihat penderitaan beliau menahan sakit. Kadang sampai demam dan tak selera nak makan mahupun minum. Kerana sakit yang teramat.

gout yang menyerang sendi tangan

Gout ini adalah penyakit yang telah lama dihidapi oleh manusia berkurun lama dulu. Penyakit ini berpunca daripada asid urik yang teramat banyak atau berlebihan didalam tubuh badan. Asid urik yang sepatutnya disingkirkan oleh badan malah berkumpul dibawah kulit dan membentuk benjolan yang boleh membentuk semacam serbuk kristal bila sudah lama mengidapinya. Ianya akan berkumpul dalam area sendi seperti ibu jari, belakang kaki, buku lali, lutut dan juga beberapa kawasan sendi lainnya. Jika ianya teruk boleh menyebabkan jari-jari susah nak digerakkan dengan normal.

penderita Gout

Gout merupakan penyakit arthritis yang berpunca daripada Hyperuricemia iaitu aras plasma urate (asid urik) melebihi bacaan yang normal. Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Biasanya purin larut didalam darah dan dikumuhkan didalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mumgkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik didalam darah. Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Kebanyakan pengidap penyakit gout ini dialami oleh para lelaki. Meskipun demikian ramai juga para wanita yang alaminya. Cara untuk elakkan daripada terkena penyakit gout ini sudah tentu harus menjaga pemakanan dan juga amalkan budaya hidup yang seimbang. Harus berani berkata tidak untuk makanan yang berisiko terkena gout.

Disamping itu anda boleh amalkan 5 amalan ini untuk bantu elakkan terkena penyakit gout ini. Diantaranya iaitu:

  1. Amalkan mengambil makanan seperti buah nanas yang kaya dengan Bromelain dan juga Vitamin C. Ianya membantu untuk mengurangkan keradangan sendi. Dan juga tinggi antioksidan.
  2. Membiasakan Mengambil Kunyit dan Halia dalam masakan. Kunyit sememangnya amat bermanfaat untuk kesihatan kita kerana ianya adalah antibiotik semulajadi dan juga membantu mengurangkan keradangam sendi sekaligus mengelak daripada terkena serangan gout. Komponene Gingerole dan Zingiberene dalam halia juga mengurangkan keradangan. Anda boleh membiasakan diri untuk meminum air halia disebelah petang atau pagi untuk membantu elak gout ini.
  3. Amalan mengambil daun pegaga. Daun pegaga selalu dijadikan salad dan sayuran bagi sesetengah orang. Pegaga amat tinggi dengan Phytochemical yang membantu menyahtoksik dalam badan. Anda boleh makan begitu sahaja ataupun membuat jus pegaga yang dicampur dengan sedikit air limau. Memang sedap rasanya.
  4. Buah Lemon. Ramai yang menjadikan lemon sebagai minuman. Lemon ini amat sesuai untuk anda amalkan kerana ianya sangat berkesan membantu menyahtoksik dan juga meningkatkan lagi kandungan vitamin C yang diperlukan tubuh badan kita.
  5. Elak mengambil makanan yang tinggi purin. Anda harus membatasi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin seperti ikan bilis, ketam, udang dan seafood lainnya.
  6. Selain itu anda dinasihatkan untuk mengambil makanan tambahan yang tinggi antioksidan seperti Vivix serta Alfalfa dan Vita C Plus yang kaya dengan vitamin C. Selain itu juga dapat mengambil sumber makanan yang boleh elak daripada keradangan seperti mengambil minyak ikan Omega Guard.

Walau bagaimana pun jika anda sudah mengidapi gout, rawatan doktor memang sepatutnya anda jalankan. Ikuti arahan doktor dan mengambil ubat yang diberikan doktor dengan sewajarnya. Apabila anda ingin mencuba rawatan tradisional juga tidak mengapa. Asalkan ianya tidak memudaratkan kesihatan anda.

Untuk anda yang berminat mengambil makanan tambahan seperti Vivix, Alfalfa, Vita C Plus dan juga Omega Guard, anda boleh mendapatkan set ini disini. Set ini tiada bahan kimia dan amat selamat untuk anda amalkan setiap hari. Ianya bukanlah ubat akan tetapi ianya makanan tambahan yang membantu untuk mencukupkan keperluan nutrisi anda setiap hari dan juga elak daripada keradangan dan kesakitan serta berikan tenaga untuk tubuh badan anda.

Anda buat belian Set Gout disini.

Anda yang berada di kawasan area Batangkali, Rasa, Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu, Bukit Beruntung dan Genting Highland sekitarnya boleh dapatkan pengkhidmatan Cas On Delivery (COD) daripada kami. Barang akan kami hantar sampai ke depan pintu rumah anda atau ke tempat yang kita telah sepakati bersama. Hubungi kami untuk info dan maklumat lanjut melalui no talian yang tertera di bawah ini.

Kaknil/ Firdaus +60176281787

Anda nak harga yang special untuk setiap pembelian produk Shaklee….?? Klik Disini Untuk Join Ahli sekarang

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam