Jalan-Jalan cari makan

Customer Beratur Berjam-Jam Untuk Cendol Durian Viral Di Cisoka Buat KakNil Terkejut Penasaran

Teringat kaknil percutian kami ke Jakarta minggu lepas, ada yang istimewa dalam percutian kali ini. Selain kami mengunjungi tempat-tempat yang asri jauh dari kesibukan ibukota kami pun mengunjungi tempat-tempat menjamu selera yang ramai diperkatakan warga setempat.

jalan -jalan Jakarta 2018

Sebut sahaja makanan popular dikalangan masyarakat setempat seperti ayam kremes, dawet durian viral dan juga ayam bakar pedas yang tengah popular disana. Tanpa disengaja kaknil mendengar dari orang-orang disana ada sebuah kedai cendol yang amat popular sampai orang akan beratur untuk mendapatkan secawan cendol durian. Bayangkan mereka akan beratur selama 2 sampai 3 jam hanya untuk dapatkan cendol durian tu. Dan pengunjung yang datang pun adalah bukan hanya dari area terdekat akan tetapi dari area yang jauh juga. Kedai ini popular disebut Central Duren Cisoka.

Ramainya beratur demi cendol durian viral

Hari tu kaknil tak sengaja lalu dikawasan yang diperkatakan masyarakat tentang cendol durian viral tu. Area berkenaan di sekitar area Cisoka, Tangerang Banten. Kaknil melihat ramainya orang beratur dan sangat sesak. Tanpa pikir panjang lagi kaknil terus berhenti dan terus ambik posisi untuk beratur sama. Lama juga kaknil beratur dalam 2 jam. Tak tahu lah rasa cendol durian tu sedap ke tak, tapi demi nak mencuba kaknil gagahkan juga beratur. Macam-macam gelagat manusia yang nampak ketika kaknil beratur.

Sambil beratur tu kaknil berborak dengan seorang kakak ni, beliau bukan warga tempatan akan tetapi duduk agak jauh sekitar 2 ke 3 jam dari kedai tersebut. Beliau pun mendengar kabar cendol durian viral ni dari sosial media dan kebetulan hari itu beliau ada menghadiri acara kenduri kahwin sedara di area kedai tersebut dan menyempat diri untuk singgah mencuba. Oh ya pihak kedai menyediakan kerusi untuk beratur menunggu.

bergambar bersama Sis Titta sambil menunggu

Menu disini cukup lumayan banyak, ada teh tarik ala-ala teh tarik viral di tempat kita, soup durian, ais cendol durian chesee, sosej bakar dan juga banyak lagi yang lainnya yang tak dapat kaknil ingat semuanya. Harga yang ditawarkan juga lumayan murah dan bersesuaian. Hanya yang kaknil pelik begitu ramai orang yang beratur untuk dapatkan cendol durian tu. Apa yang istimewa sangat ya agak-agak? staff tak cukup atau layanan kurang cepat? banyak pertanyaan yang berlegar-legar diminda ketika itu.

cendol durian viral

Tunggu punya tunggu akhirnya sampai lah giliran kaknil untuk order cendol durian yang viral tu. Harga cendol durian tu dalam Rp. 20.000 dan kaknil beli dalam 4 bungkus. Hanya tempat mereka buat cendol durian tu tak nampak, mereka buat didalam ruangan tertutup. Kalau mereka buat cendol durian tu dihadapan customer akan lebih baik. Jadi customer pun akan berpuas hati dan nampak sendiri bagaimana mereka hidangkan cendol durian tu.

Rasa cendol durian tu lumayan sedap dan juga terasa duriannya. Berbaloi lah kaknil tunggu 2 jam untuk dapatkan cendol tersebut. Hanya kalau boleh kaknil bagi pendapat untuk owner kedai cendol durian tersebut, buatlah tempat penyediaan cendol tu ditempat yang dapat dilihat oleh customer agar customer tak was-was untuk menikmati hidangannya. Semoga kaknil akan dapat rasakan kembali cendol durian viral tersebut di lain waktu dengan sistem yang lebih cepat dan mantap.

luas pemandangan di area kedai central duren

in sha Allah, aamiin

Untuk anda sahabat kaknil yang berada di Jakarta dan sekitarnya, wajib untuk anda rasa Cendol Durian Cisoka ini kerana rasanya memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Cukup lemak, manis dan terasa duriannya. Kedai ini buka setiap hari dan bercuti setiap hari kamis. Untuk Tuan kedai semoga tambah berjaya untuk ke depannya dan dapat menyediakan pelbagai makanan yang menarik lagi di masa hadapan. Kalau Tuan kedai terbaca postingan kaknil ini, jangan lupa untuk belanja kaknil lain kali ya, hehehe..maaf bergurau sahaja.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

One Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam