div id="fb-root">
Jalan-Jalan cari makan

Perjalanan Ke Telaga Biru, Cisoka Banten

Pernah tak anda dengar Danau Biru? Danau biru atau telaga biru yang amat terkenal di area Banten, khususnya daerah Balaraja, Cisoka, Tangerang. Danau dengan warna yang indah dan lengkap menyediakan permainan air untuk mereka yang datang berkunjung.

Danau Biru

Danau biru atau telaga biru ni bukanlah danau semulajadi akan tetapi ianya danau buatan yang awalnya adalah tempat untuk mengambil pasir atau penambangan pasir. Tempat penambangan ini lama tak beroperasi sampai bertahun-tahun lamanya. Jadi lama kelamaan menjadi seperti takungan air yang besar dengan lubang-lubang yang dalam belasan meter. Yang lama kelamaan menjadi sebuah danau terisi air hujan. Dikeranakan cuaca yang panas dan musim kemarau yang berpanjangan akhirnya menjadikan air danau menjadi berwarna biru. Sungguh indah dan juga menawan setiap mata yang memandangnya.

Pemandangan di area Telaga biru ini amat menawan dan indah. Kebanyakan warga setempat memanfaatkan masa beriadah dan menghabiskan masa bersama keluarga. Dengan adanya telaga biru ini, tingkat perekonomian warga sekitar pun ikut meningkat kerana mereka berpeluang untuk berniaga dan juga membuat bisnes pelancongan di sekitar area danau. 

Ada sebuah kolam renang juga di sekitar danau dan juga pusat rekreasi seperti taman air yang menyediakan permainan itik atau kapal kecil untuk pengunjung beriadah. Ada juga diantara pengunjung yang memanfaatkan keindahan alam danau ini dengan membuat shooting video prawedding dan juga acara keluarga.

Anda yang sukakan ketenangan boleh mencuba untuk datang ke Telaga biru ini. Memang akan menenangkan. Jika anda nak tahu lokasinya berada di desa Sukatani kampung Cigaru, Cisoka, Tangerang, Banten. 

Jika anda dari daerah Jakarta, selain datang dengan kendaraan sendiri, anda juga boleh menaiki kereta api mahupun pengangkutan awam lainnya agar sampai ke area Telaga Biru ini. Jika anda menaiki kereta api dari arah Jakarta mahupun dari arah Rangkas Bitung, anda boleh berhenti di station 3 raksa. Dan melanjutkan perjalanan dengan menaiki angkot Adiyasa jurusan ke Balaraja dan berhenti di perempatan Polsek Cisoka. Dari Polsek Cisoka anda boleh naik ojek ke area Telaga Biru. Kerana dari perempatan Cisoka ke Telaga Biru tidak berapa jauh.

Kalau anda menaiki bus dari Jakarta atau dari Serang mahupun Merak, anda boleh berhenti di Balaraja dan menaiki angkot Adiyasa dan berhenti di perapatan Polsek Cisoka. Dan dari situ anda boleh naik Ojek ke area Telaga Biru. Sangat senang sekali untuk boleh sampai ke Telaga Biru ini.

Biaya masuk pun percuma, hanya jika anda berkendaraan motor seperti kereta dan motor ada biaya parking yang mereka kenakan. Motor dalam RP2000, dan Kereta dalam RP10,000.

Jadi bila anda gemar dengan keindahan alam semula jadi, Telaga Biru amat sesuai untuk anda kunjungi. Selain pemandangan yang indah, anda akan juga rasai pengalaman baru yang mungkin tidak akan anda dapatkan ditempat lain. Penduduk kawasan yang ramah dan juga makanan yang sedap dapat anda nikmati disana.

Mudah-mudahan dilain waktu KakNil akan datang lagi ke Telaga Biru ini, dan sudah tentu akan banyak lagi pemandangan baru nantinya yang akan mereka sediakan untuk pengunjungnya. aamiin ya Allah. Maaf tak banyak gambar yang kaknil ambik masa berkunjung kesini kerana bateri masa itu dah low.

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam