Ibu Mengandung

7 Sebab Kenapa Ibu Hamil Perlu Mengambil Cukup Nutrisi Setiap Hari

Ramai ibu mengandung yang mengabaikan keperluan mengambil protein semasa mengandung. Tidak banyak juga yang ambil mudah dengan pemakanan ibu semasa mengandung. Apakah makanan biasa sahaja sudah cukup untuk nutrisi ibu dan bayi setiap hari?

ibu mengandung

Tentu sahaja ibu mengandung harus memperhatikan keperluan nutrisi mereka selama mengandung. Pengambilan makanan selama mengandung amatlah berkait rapat dengan kesihatan si cabang bayi yang ada dalam kandungan. Pengambilan makanan yang tak cukup keperluan gizinya akan mempengaruhi kesihatan ibu dan bayi dan sudah tentu akan berakibat tak baik untuk keduanya.

pemakanan ibu mengandung amat penting

Oleh itu penting bagi ibu untuk mengkosumsi makanan yang sihat dan seimbang semasa mengandung. Jika ibu mengamalkan pemakanan yang tak sihat sudah tentu bayi juga tidak akan mendapatkan bekalan makanan sihat yang secukupnya. Dirisaukan perkembangan bayi akan terbantut dan mengalami pelbagai komplikasi yang sudah tentu kita tak inginkan.

Berikut ini Jenis-Jenis Vitamin ataupun Makanan yang Perlu Ibu Ambil Tahu dan Amalkannya Semasa Mengandung dan Sebab Kenapa Perlu Mengambilnya.

  1. Ambil makanan yang mencukupkan keperluan Protein, kerana ianya penting untuk menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat dan membantu bakal ibu untuk meningkatkan otot tanpa peningkatan lemak.
  2. Vitamin B12. Biasanya boleh didapati didalam daging, ikan, telur, susu. Ianya penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf.
  3. Folik Asid. Ini sangat penting sekali untuk mengelakkan kecacatan spina bifida atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang bayi. Ibu perlukannya sebanyak 400mcg setiap hari. Anda wajib ambik folik asid ini seawal kehamilan sampai 3 bulan pertama.
  4. Vitamin C. Diperlukan oleh ibu mengandung untuk membantu menyerap zat besi yang diambil oleh ibu. Vitamin C ini amat diperlukan untuk perkembangan bayi seperti tulang, kulit dan juga sistem imun.
  5. Vitamin D, membantu untuk kesihatan tulang ibu dan gigi yang sihat. Juga amat diperlukan untuk perkembangan tulang bayi. Vitamin D ini membantu untuk penyerapan kalsium lebih sempurna.
  6. Kalsium. Kesihatan tulang dan gigi bayi amat perlukan kalsium. Dan juga perkembangan jantung, otot dan saraf bayi. Kalsium diperlukan untuk degupan jantung yang normal. Jika si ibu tak ambil kalsium dengan secukupnya maka bayi akan mengambil keperluan kalsium daripada simpanan kalsium si ibu dan ini akan berisiko ibu mendapatkan Osteoporosis (kereputan tulang) dikemudian hari. Ibu perlukan 1000mg setiap hari semasa hamil.
  7. Zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi. Masalah hb rendah semasa mengandung akan berisiko kepada bayi pramatang dan kelahiran yang tak cukup berat badan.

Jadi jelas disini keperluan makanan yang cukup nutrisinya akan berpengaruh kepada ibu dan bayi semasa mengandung. Ini amat penting agar proses kehamilan sampai bersalin berjalan dengan lancar. Selain itu juga, kondisi mental dan juga kejiwaan ibu amat perlu diambil berat agar suasana hati ibu ada dalam keadaan yang baik. Buat senaman ringan dan elak tress dan tekanan. Ianya amat berpengaruh dalam kejiwaan ibu dan bayi yang dikandung. Amalan kerohanian juga amat penting masa ibu mengandung agar ibu mengandung lebih tenang dan lebih bersedia dalam menanti masa kelahiran kelak.

senaman adan tenang amat penting bagi ibu

Disini kaknil nak kongsikan kepada anda ibu mengandung yang susah nak mencukupkan kepeluan makanan tambahan setiap hari dengan mengambil Set Kehamilan Lengkap Dari Shaklee yang akan membantu anda mencukupkan keperluan nutrisi anda setiap hari. Set lengkap ini lengkap dengan vitamin, mineral, protein yang boleh menyokong kesihatan anda dan bayi selama masa kehamilan.

set mengandung cukupkan kepeluan nutrisi ibu mengandung

Anda yang susah nak dapatkan Set makanan tambahan ataupun vitamin untuk ibu mengandung, jangan risau anda boleh dapatkannya disini. Anda boleh dapatkan maklumat selengkapnya dna juga boleh tanyakan apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh hubungi kaknil di talian yang tertera di bawah ini.

KakNil/ Firdaus

+60176281787

Bagi anda yang nak buat pemesanan dan pembelian set makanan tambahan seperti didalam gambar diatas, boleh membuat belian terus disini. Klik sahaja Link yang disediakan dan anda akan terus boleh buat pembelian dengan menggunakan Debit kad mahupun Kad Kredit. >>>KLIK DISINI SAYA NAK BELI SET MENGANDUNG SHAKLEE>>>

Bagi anda yang ingin membuat belian langsung melalui Kaknil, anda boleh terus hubungi nombor talian yang tertera diatas. In sha Allah kaknil akan membantu anda dengan sebaik mungkin. Kami juga menyediakan pengkhidmatan Cash On Delivery untuk anda yang berada di kawasan area Batangkali, Rasa, Uluyam, Antara Gapi, Kuala Kubu Bharu, Bukit Beruntung dan Genting HIghland. Kami akan hantar produk yang anda inginkan terus kepada anda dengan segera. Menjimatkan masa anda dan lebih efiesien. Jadi jangan lupa untuk amalkan Set makanan tambahan sihat selama kehamilan anda, agar ibu dan bayi sihat. Sampai jumpa lagi dalam entry berikutnya. Anda bosan dirumah tiada pemasukan atau pendapatan? nak pendapatan sampingan? jom join kami disini untuk dapatkan Side Income anda.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam