Jalan-Jalan Lagi

Riadah Keluarga Bertambah Seronok Di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu

Cuti hujung minggu sudah sememangnya menjadi rutin kami sekeluarga meluangkan masa bersama. Kali ini kami hanya beriadah ke area dekat-dekat sahaja. Kali ini kami ke Taman Millenium Kuala Kubu Bharu yang letaknya tak berapa jauh dari Batangkali.

Taman Millenium Kuala Kubu Bharu

Taman Millenium Kuala Kubu Bharu merupakan taman rekreasi keluarga yang semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat sekitar sini. Taman ini sudah semakin cantik dan banyak perubahan yang dilakukan oleh Majelis pembandaran yang membuat taman ini semakin meriah dengan pelbagai kemudahan yang disediakan untuk pengunjung.

Diantara kemudahan yang disediakan di Taman ini diantaranya iaitu:

  • Kemudahan aktif
  • Kemudahan pasif
  • Tandas
  • Surau
  • Dewan
  • Gerai
  • Menara Padang
  • Bilik Persalinan.

Tempat ini sangat cantik dan memang menyediakan banyak permaianan dan juga alat senaman untuk pengunjung yang datang. Bagi kaknil amat selesa dan sejuk mata memandang. Kanak-kanak juga amat bergembira kerana bebas memilih permaianan untuk mereka gunakan. Disekitar taman Millenium ini juga ada sebuah tasik yang sangat indah. Anda boleh menikmati pemandangan semula jadi dan rasa ketenangannya.

Tak rugi jika anda berkunjung dan beriadah kesini. Bawalah anggota keluarga anda dan nikmati masa bersama keluarga. Tempatnya tidak jauh daripada bandar Kuala Kubu Bharu dan juga bersebelahan sahaja dengan MRSM Kuala Kubu Bharu. Anda boleh saksikan sendiri keindahan taman ini melalui video yang kami sajikan dibawah ini.

Taman Millenium Kuala Kubu Bharu

Taman ini akan ramai dikunjungi pada waktu awal pagi dan juga sebelah petang pada hari biasa. Jika hujung minggu, pengunjung akan lebih ramai dan tak jarang ada aktifiti yang dilakukan di taman ini seperti terjun payung atau pun paragliding. Jika anda ada disekitar Batngkali, Kuala Kubu Bharu dan sekitarnya jangan lewatkan peluang anda untuk berkunjung ke Taman Millenium ini.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam