kesihatan wanita

Cara Elak dan Atasi Keputihan Yang Berbau

Malunya bila kita sebagai wanita memiliki bau yang tak sedap. Apalagi bila dah berkeluarga kan? walaupun berwajah cantik tapi kalau berbau, masalah juga kan? nak letak dimana wajah cantik itu? malu yang teramat bila bahagian yang terpenting itu menjadi masalah besar bagi seorang wanita.

keputihan yang berbau adalah keputihan yang tak normal

Keputihan memang sudah selalu kita dengar dan ianya sudah tak asing lagi. Keputihan boleh dialami oleh wanita dewasa mahupun remaja. Biasa keputihan ini tidak lah bahaya dan normal berlaku. Tapi keputihan ada juga yang menjadi tanda bahawa seseorang itu telahpun mengidapi suatu penyakit yang serius.

Bahaya sekali kalau ternyata kita menghadapi masalah keputihan yang berbau busuk dan mengganggu aktifitas kita setiap hari. Apalagi jika anda sudah bersuami. Apa nak dikata kalau anda alami keputihan dan juga berbau yang tak sedap, sudah pasti ianya menjadi mimpi ngeri yang tak berpenghujung. Seeloknya memang harus di atasi segera masalah keputihan yang berbau ataupun seumpanya agar kehidupan keseharian anda berjalan dengan baik dan tiada masalah kesihatan lainnya.

keputihan yang tak normal berbahaya

Keputihan adalah cecair sel yang keluar daripada vagina. Biasanya keputihan ini akan keluar dipengaruhi oleh faktor menstruasi ataupun haid anda. Keputihan adalah normal dan biasa berlaku Pada setiap wanita. Keputihan terjadi secara semulajadi untuk membantu membersihkan vagina dan menjaganya agar sentiasa sihat. Keputihan seperti minyak pelumas yang akan melindungi vagina daripada jangkitan dan infeksi.

keputihan

Biasanya keputihan yang normal berwarna jernih dan transparan dan tidak mengeluarkan bau. Anda boleh melihat seberapa banyak keputihan yang anda alami. Warna dan juga tekstur kepekatan cecair keputihan. Sebahagian wanita mengalaminya sesekali sahaja dan ada juga wanita yang lain amat banyak. Keputihan normal akan keluar saat sedang ovulasi, menyusui, teransang secara seksual, mengambil pil perancang dan saat anda alami tekanan.

Akan tetapi ada juga keputihan yang tak biasa dan ianya amat memudaratkan kesihatan. Keputihan yang tak normal boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti jangkitan bakteria vaginosis, jangkitan kulat vagina hingga penyakit berjangkit seperti gonore, klamida, dan juga HIV AIDS. Jadi anda harus boleh membezakan keputihan yang normal mahupun yang tak normal.

Diantara tanda-tanda keputihan yang tak lazim dan tak normal biasanya seperti berikut ini:

  • Keputihan yang berbau
  • Keputihan yang berwarna
  • Keputihan yang menyebabkan gatal di area Vagina
  • Pedih atau sakit di area Vagina ketika buang air kecil.

Apabila anda ada ciri-ciri atau tanda seperti diatas, anda harus segera cek dan periksakan diri anda ke doktor untuk rawatan lebih lanjut dan dapat melakukan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan anda.

Untuk mengelak terjadinya keputihan yang tak normal, anda harus menjaga kesihatan diri dan juga kebersihan vagina sepanjang masa. Vagina yang bersih akan membantu menjaga kesimbangam bakteria yang baik didalam vagina untuk mencegah risiko jangkitan. Anda sudah tentu boleh melakukan pelbagai cara untuk sentiasa bersih dan dalam keadaan terbaik.

Diantara usaha yang boleh dilakukan agar sentiasa terhindar daripada jangkitan mahupun keputihan yang berbahaya diantaranya iaitu:

  • Sentiasa menukar seluar dalam bila alami keputihan yang banyak. Pilihlah seluar dalam yang dapat menyerap keringat dan juga terbuat daripada bahan yang tak panas dan tak ketat,
  • Elakkan menggunakan pembersih wanita yang tak seimbang pH nya.
  • Sentiasa menjaga vagina anda tetap kering apabila selepas buang air.
  • Amalkan makanan yang sihat dan seimbang setiap hari dan mengambil makanan tambahan seperti vitamin untuk antibiotik semulajadi dari dalam.
  • Dan elakkan diri anda daripada stress mahupun tekanan.

Diantara makanan tambahan yang biasa diambil oleh wanita-wanita pada zaman sekarang ini yang tiada bahan kimia diantaranya iaitu Alfalfa Complex, Garlic Complex dan juga Vita C Plus. Set makanan tambahan ini amatlah sesuai untuk diamalkan setiap hari agar keputihan dapat dielakkan dan juga mengatasi masalah keputihan.

Alfalfa dan Garlic
Vita C Plus

Alangkah malunya kita sebagai wanita apabila mengalami masalah Vagina berbau kerana keputihan. Apalagi jika anda sudah berumah tangga, sudah tentu suami anda akan merasa tidak nyaman dengan keadaan anda. Jadi jangan malas untuk sentiasa menjaga kesihatan Vagina anda dan juga amalkan makanan seimbang dan juga makanan tambahan seperti Vitamin 3 serangkai diatas untuk membantu agar sentiasa terhindar daripada keputihan.

Saksikan Video ini untuk anda

Jadi kepada anda wanita sahabat kaknil yang setia mengikuti perkembangan blog ini, jangan sampai anda mendapatkan masalah keputihan ini. Amalkan semua tips-tips yang kaknil bagi dan mudah-mudahan anda semua terhindar daripada keputihan yang amat memalukan ini.

Jangan lupa untuk mengambil 3 sekawan Vitamin untuk elak keputihan, jangan risau dimana untuk mendapatkannya. Anda boleh hubungi kaknil disini untuk dapatkan set keputihan dan juga lainnya untuk kesihatan dan kecantikan anda. Selain pengiriman ke seluruh Malaysia, Kaknil juga menyediakan pengkhidmatan Cash On Delivery (COD) untuk anda semua yang berada di area sekitar Batangkali, Rasa, Kuala Kubu Bharu, Bukit Beruntung, AntaraGapi, Ulu Yam dan Genting Highland sekitarnya.

Jadi jangan tunggu lagi, hubungi Kaknil disini untuk dapatkan 3 sekawan Vitamin Keputihan dan produk lainnya yang anda inginkan. Anda boleh menghubungi Kaknil di nombor talian yang tertera di bawah ini.

KakNil/ Firdaus

+60176281787

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam